CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 11421|Reply: 76

[Tempatan] Cuepacs kata JPA setuju 45 Ribu J17 akan naik J29

[Copy link]
Post time 9-10-2013 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Gred naik, 45,000 juruteknik nikmati skim gaji baharu

Posted on October 9, 2013, Wednesday

KUCHING: Seramai kirakira 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baharu ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013.
Skim gaji baharu itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, lewat bulan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, ia melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
“Skim baharu ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September lalu dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

“Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.

Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma.
“Sudah tentu tangga gaji akan berubah, gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baharu dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055,” jelasnya pada sidang media di sini semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan ucap tama pada Persidangan Kebangsaan Pertama bagi Juruteknik dan TVET Semi-Profesional Sarawak CREATE 2013.
Beliau menjelaskan, di bawah skim baharu itu, perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga gaji lebih baik.

Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini.
“Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada kekosongan.

Sebab itu, juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji,” jelasnya.
Selain itu, katanya, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan, jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.
“Mulai tahun hadapan, tidak ada lagi jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan, ia diganti dengan jawatan Penolong Jurutera.
Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan,” katanya.
Sementara itu, dalam ucap tamanya, Omar berkata semua juruteknik harus mempersiapkan diri menghadapi transformasi dengan mengubah cara berfikir dan bekerja serta memberi penjenamaan semula untuk menjadi penolong jurutera yang berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya semua juruteknik mesti ada ‘Green Card.’
“Pemberian ‘Green Card’ itu penting kerana bidang tugas juruteknik memerlukan mereka melawat tapak, tetapi tidak ada (dilaksanakan). Sudah 30 tahun sebagai juruteknik J22 dan J26 tetapi tidak tahu bidang kerja mereka dalam gred itu.
“Skim kita hari ini mundur kalau dibandingkan dengan juruteknik syarikat GLC. Sebab itu kita naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan ‘Time Based’ dari J29 terus ke J54,” katanya


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... haru/#ixzz2hCUiuV62
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 01:55 PM | Show all posts
J29 tgk saje??
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:05 PM | Show all posts
harap2 takde lagi projek yang lewat jadual, projek terbengkalai and kontraktor lari kalau dah 45k nak naik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:06 PM | Show all posts
rasanya bukan gred J sahaja..gred G17 juga akan dapat....tapi tu lah... macam mana dengan gred 27/29 yang sedia ada?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:07 PM | Show all posts
tiada sape nk backup J29...
omar kat technician je...
haruslah dia perbaharui skim diorg je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:08 PM | Show all posts
naik gaji lagi kah?

harap prestasi pun naiklah ya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:09 PM | Show all posts
gigih nak title engineer jugak, apsal tak jadi juruteknik kanan ja
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:10 PM | Show all posts
pasni sape ade SPMV je dah boleh mintak penolong jurutera la ek..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 02:10 PM | Show all posts
cmne ye... J17 naik J29 sedangkan J29 skang kene ade at least diploma utk dpt gred tu.. J17 cuma SPM.. mcm xfair je.. habis tu yg J29 skang cmne? takkan pas ni staf bawahan sama level ngan penolong jurutera.. so sape ketua, sape staf.. konfius..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:12 PM | Show all posts
kalau sijil tu oklah naik level diploma... tp spm pon senang2 jadi taraf diploma... esok ni skim lain bising la... ubah jawatan 2014 dgn skim gaji baru tp kelulusan sama... pakai spm pon boleh... jadi cacamerba le[as nih..... gred spm dapat level diploma.. gred diploma?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:19 PM | Show all posts
Dekat2 nk bajet ni, bertabah aje la dgr naik sana naik sini, bonus kehulu bonus kehilir, insentif kehulu insentif kehilir....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:20 PM | Show all posts
aku rasa keputusan nie dibuat sebab sekolah vokasional udah dinaik taraf jadi lepasan diploma sebab diorang ada amik sijil competency...

tapi tu baru2 nie, bukan zaman 10-20 tahun dulu...

so kalo sistem pendidikan vokasional dinaiktaraf tahun nie, thn depan sapa2 yang apply gred J29, lulusan mestilah dari tahun 2013 ke atas....bukan nya tahun 93 ker, 2003 ker...

barulah make sense sikit...

tapi aku paham, si omar nie kepahaman dia pun level SPM jer...mana paham bab2 naiktaraf tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:20 PM | Show all posts
diploma dah x releven...ahaks....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:23 PM | Show all posts
Abis yang ada diploma plak camaner??
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:23 PM | Show all posts
dapat sijil tu studi berapa lama? klu x silap 2 tahun ja... rasanya x da ambil pinjaman ptptn kan... klu diploma studi 3 tahun...pinjam ptptn.... memang x adil untuk gred 27/29....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:24 PM | Show all posts
lepas nih kecoh la.. gred f la.. w la.. x la.. y la.. z la.... pakat2 mintak diploma.. layan la korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 02:26 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 9-10-2013 02:23 PM
Abis yang ada diploma plak camaner??

diploma akan takde staff.... semua staff dia selevel dgn dia dah skang... jgn pandai2 nak arah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:34 PM | Show all posts
nak menyampuk jugak wlu bukan j29
xsure syarat camner... tp macam xptt la klu J17 terus dinaikkan gred ke J29
Klu ikut kat atas dorg dah kelompokkan SPM, SPMV DAN DIPLOMA satU grup
klu camtuh xpayah la lagi ade kelulusan diploma.
xkan xder ujian khas at least KPSL ker. kesian la ssh payah 3 thn AKHIRNYA sama gak dgn SPM

tp bkn nak ckp laa...level pertengahan ( diploma) selalu ketinggalan dalam perjuangan bende2 cam ni. gred spm boleh ade exam khas utk kenaikan pangkat utk level pegawai diploma
tp gred diploma klu pun ade KPSL syarat wajib mesti ade degree.

betul la kan rezeki masing2 tp biarla kena pada tempatnya.



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:35 PM | Show all posts
adda001 posted on 9-10-2013 02:23 PM
dapat sijil tu studi berapa lama? klu x silap 2 tahun ja... rasanya x da ambil pinjaman ptptn kan... ...

itulah masalah sistem gomen skang... dulu dia amik spm... pastu bila sijil ada.. dia amik sijil jugak tp starting tinggi skit... gred dan tangga gaji, gaji mati tetap sama... lama2 yg sijil komplen apasal kami sijil sama ngan spm juga gaji, padahal dia sendiri masa mintak keja dah tau dah gred apa dia mintak... patut gred lain katanya... pastu spm kata... kalau dia naik gred... semua naik gred sbb pengambilan memang untuk jawatan tu... pastu kuar lak statement jpa kata sijil sekian2 adalah setaraf diploma tulis plak...... last2 semua jadi diploma.. tanggagaji diploma semua sama...  masuk u nak masuk diploma nih kena kelulusan power.. diploma nih janji lulus pon leh tp bila masuk gomen... diploma adalah gaji camnih2... jadi budak pandai ka, budak diploma biasa2 ka, budak sijil gaji sekali harung sama jah..... skang geng spm pon tumpang skali... hah ambik



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:38 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 9-10-2013 02:26 PM
diploma akan takde staff.... semua staff dia selevel dgn dia dah skang... jgn pandai2 nak arah :lo ...

betuiiii.. dah xder org bawah ...hihihi
engineer pun pening mn satu j29 yg sbnr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.085156 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list