CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99633|Reply: 490

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
Post time 14-7-2013 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rdzaccess at 5-4-2018 02:39 AM

Ular Dalam Kubur Wanita

Lama juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa memandikan mayat, isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik ke rumah semula. Judin Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik arwah Mak Yot Bidan iaitu Usin  Macuk. Tetapi kata orang tua-tua yang balik semula ke rumah itu bukannya Mak Yot Bidan tetapi jelmaan hantu bungkus.

Semasa orang-orang kampung mengebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya ketika diketuk-ketuk.

Selepas kematian Latip Pekak tidak lah didengar lagi suara jeritan dari kubur Mak Yot Bidan. Apakah rahsia di sebalik kejadian itu tidak pula diketahui oleh orang-orang kampung. Ketika saya sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar serba sedikit ceritanya dari Judin Bauk.

“Tak tau aku apakah ilmu yang dipakai oleh arwah tu,” jelas Judin Bauk apabila saya tanyakan kepadanya.

“Yang aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agaknya ilmu membidankan orang tentulah ada padanya,” ujarnya bagaikan tergambar lagi kepadanya peristiwa yang berlaku.

“Sudah selesai semuanya, tak payahlah kita sebut-sebut lagi,” Lebai Piut mencelah.

“Perkara dah berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan tauladan tentang petunjuk-petunjuk sedemikian dari Allah...”  katanya perlahan.

“Benar kata Aki tu....” saya tersengih-sengih memerhatikan dia.

“Tapi baik juga kita mengetahui latar belakang mengapa kejadian itu berlaku. Dari sini bolehlah jadikan tauladan kepada masyarakat kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya kita semua insaf,” keinginan saya masih membara mahu mengetahui latar belakang kejadian yang menimpa diri arwah mak Yot Bidan itu.
Saya memahami maksud Lebai Piut itu. Dia tidak mahu cerita mengenai kubur berasap itu dipanjang-panjangkan. Tidaklah mengherankan kepada saya mengenai Lebai Piut itu. Dia memang bekas murid arwah Tok Aki saya. Oleh itu saya cam betul akan tabiatnya seakan-akan mirip dengan arwah Tok Aki saya.
Sebenarnya saya datang ke kampung terssebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piut. Tetapi secara kebetulan cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadai buat mulut orang-orang kampung itu, sengajalah saya tanyakan kepada Judin Bauk.

Ketika saya ke Merlimau di Melaka pun ada juga cerita mengenai kisah-kisah yang serupa dengan kejadian di kubur Mak Yot Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceritakan kepada saya.
Tetapi saya tidak ambil peduli dengan cerita Ali Burn ini, fasal kadang-kala ceritanya bercampur temberang sedikit.

Kira-kira dalam bulan Jun 1982, Ali Burn telah mengajak saya berjumpa dengan seorang lelaki tua di Felda dekat Johor. Lelaki ini tinggal bersama anak perempuannya di situ.   Tetapi dia bukanlah berasal dari Merlimau iaitu kampung Ali Burn. Bagaimanapun menantu Pak Uduh ini memang berasal dari Merlimau.

Pak Uduh sudah berumur 80 tahun. Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit. Matanya pun sudah rabun dan suaranya pun tidak berapa jelas bila bercakap. Tetapi bila Ali Burn datang dia terlalu gembira. Memang Ali Burn selalu datang ke situ menemui Rahman menantu Pak Uduh.

“Lama kau tak datang ke sini?” Tanya Pak Uduh semasa Ali Burn memperkenalkan saya kepadanya.

“Kalau aku selalu datang nanti Pak Uduh bosan” Ali Burn bergurau dengannya.

“Lagi pun Pak Uduh nak simpan-simpan sangat, kalau ada apa-pa tu bagilah pada orang muda,” tambahnya sambil duduk rapat dengan orang tua itu.

“Apa yang kau hendak dengan aku, orang tua tak berguna,” sahut Pak Uduh tersengih-sengih.

“Orang tua tak bergunalah selalunya ada isi....” kata Ali Burn memaut bahu orang tua itu.

“Kemenyan sebesar lutut jikalau tak dibakar tak berbau Pak Uduh,” dia menepuk bahu Pak Uduh.

Orang tua itu tersenyum. Dia tahu Ali Burn hanya bergurau. Kedatangan Ali Burn menemui juga memang mempunyai tujuan, Saya juga tahu Ali Burn datang menemui Pak Uduh kerana mahu mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Memang menjadi kelaziman orang tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan menurunkan ilmunya kepada orang-orang yang tidak boleh diharapkan.
Maksud orang yang tidak boleh diharap ialah mereka yang tidak bersungguh melain sekadar mahu menguji-nguji atau tidak sepenuh hati. Sebab itulah Pak Uduh sering mengelak-gelak bila Ali Burn cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan darinya.

Selepas itu Ali Burn memperkenalkan saya pada Pak Uduh. Memang saya sendiri berhajat mahu bertemu dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba sedikit mengenai diri orang tua itu kepada saya.

“Jabat tangan tadi aku tau dah, jabat tangan orang berisi...” kata Pak Uduh tersengih-sengih merenung saya.

Mungkin kerana matanya yang rabun dia terpaksa merenung saya tepat-tepat.

“Adalah isinya Pak Uduh,” sahut Ali Burn pantas.

“Kalau tak ada is kosonglah semuanya, baru jadi hantu penanggal, semua tali perut habis terkeluar ditarik kelapa..” katanya ketawa terkekeh-kekeh.

Pak Uduh juga ketawa. Saya juga ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali Burn itu. Sebab itulah kawan-kawan kami gelar dia Ali Burn temberang, kerana ada saja ceritanya mahu memanaskan suasana dengan gelak ketawa.

“Ialah, tahi pun isi juga namanya,” balas Pak Uduh dihung ketawanya.

“Tetapi berisi dengan tahi tak sama dengan ilmu...” ujarnya macam menyindir.

Dari Pak Uduh inilah saya mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburnya berasap seperti yang diceritakan Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak Uduh memang di Melaka, tetapi bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda muda yang mudah memikat pemuda-pemuda. Antara yang jatuh hati pada Naesah Lawa ialah Pak Uduh sendiri.

Akhirnya Naesah berkahwin juga dengan Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai anak. Ketika berkawin dengan Pak Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebagai orang yang warak, Pak Uduh selalu menghabiskan masanya di surau menunaikan ibadat, disamping belajar agama dari guru-guru agama yang diundang khas.

Naesah Lawa pula dalam diam-diam berkenalan dengan seorang anak muda yang lain pula. Perhubungannya dengan anak muda, satu hari telah terserempak dengan emak Pak Uduh. Apa lagi, perkara itu terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh tidak terus terburu-buru. Dia meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia belum melihat dengan matanya sendiri akan perbuatan isterinya itu.

Sejak itu emak Pak Uduh mula tidak senang dengan sikap Naesah Lawa. Malah dia menuduh Naesah Lawa sudah menggunakan ubat pengasih menyebabkan Pak Uduh tunduk mengikut perintahnya.

Sebenarnya Pak Uduh bkanlah terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia seorang yang taat kepada perintah agama. Sebab itulah dia masih boleh bersabar mendengar aduan dari emaknya sendiri terhadap kecurangan isterinya itu.Tetapi emaknya tetap berkeras menyalahkan Pak Uduh.

INDEX
39- Hantu Pakcik di IPT

37-Badi Rusa Jantan
35- Hantu Berjalan Dengan Tangan~ pg 73
34 - Lipan Bara Di Bawah Mayat~ pg 70
33 - Muka menjengah sebesar tingkap~ pg 67
32 - LELAKI TUA MENUNTUT JANJI~  pg 63
31 - Kereta jenazah bergerak sendiri pg 62
30 - Tulang kaki bertaburan di bilik~ pg 59
29 - Duri ikan sembilang di kepala~ pg 57
28 - Pukul Cucu Untuk Matikan Datuk~ pg 55
27 - Lembaga berkepala botak~ pg 54
26 - Lelaki tua berkepala buaya~ pg 52
25 - Mandi air 7 kuala~ pg 51
24 - Kubur hilang di tengah hutan~ pg 50
23 - Dendam khadam~ pg 48
22 - Mayat dimandi bingkas bangun~ pg 45
21 - Makhluk berkelahi sesama sendiri~ pg 43
20 - Orang tua keluar dari kepulan asap~ pg 41
19 - Kepala tersangkut di rumpun mengkuang~ pg 39
18 - Sudah kebumi keluar dari kubur~ pg 37
17 - Mayat bangun minta air~ pg 35
16 - Lembaga ghaib di balik langsir~ pg 30
15 - Lelaki gigi rongak~ pg 28
14 - Rintihan dari kubur~ pg 25
13 - Harimau lompat tengat serambi~ pg 23
12 - Pontianak tersesat~ pg 22
11 - Sumpah pelesit turun temurun~ pg 21
10 - Dikejar org tua berserban kuning~pg 19
09 - Orang besar kena sunat~ pg 18
08 - Dendam Angut~ pg 16
07 - Tiba tiba mayat jadj berat~ pg 15
06 - Mayat Hidup Kuat Makan~ pg 14
05 - Berlari Atas Air~ pg 11
04 - Pak Kamat menunggang harimau~ pg 10
03 - Hantu Botak Dalam Lombong~ pg 7
02 - Cabaran pokok petai~ pg 3
01 - Ular Dalam Kubur Wanita

Last edited by rdzaccess on 26-7-2014 02:16 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2013 02:37 AM | Show all posts
Tidak lama kemudian emak Pak Uduh jatuh sakit muntah-muntah drah. Ada bomoh mengatakan dia terkena santau. Sebaliknya apabila dibawa ke hospital, pihak hospital mengatakan dia terkena penyakit batuk kering. Hospital pula mengesyurkan supaya dihantar untuk mendapat rawatan lanjut di Kuala Lumpur.

Bagaimana pun emak Pak Uduh tidak mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati kerana mengidap penyakit batuk darah. Samaada dakwaan bomoh yang mengubatnya benar atau tidak, Pak Uduh juga tidakmahu mempercayai sangat.Tetapi Pak Uduh sendiri sudah mencubanya sendiri mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Quran seperti yang dipelajarinya
Setiap kali dia memberi emaknya minum air yang sudah dibacakan Yassin, emaknya muntah-muntah darah. Di dalam darah beku itu terdapat beberpa helai rambut. Malangnya, Pak Uduh sudah terlambut mahu mengubat emaknya. Orang tua itu meninggal dunia sebelum sempat Pak Uduh mengubatnya lebih mendalam.

Disebabkan terpengaruh juga dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang termakan santau itu, Pak Uduh telah mengerjakan sembahyang sunat tahjud 44 malam agar orang yang menganiaya emaknya bertaubat. Dia tidak berharap untuk bertemu dengan orang yang menganiaya itu, kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian. Hanya yang diajarkan oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu bertaubat kepada Allah.

Tidak sampai 44 malam Pak Uduh melakukan sembahyang sunat tahjudnya, tiba-tiba Naesah Lawa isterinya jatuh sakit. Dia meracau-racau dan menjerit-jerit sepanjang malam. Dia menuduh emak mertuanya sengaja membuat fitnah mengenai hubungan sulitnya dengan seorang pemuda.

Disebabkan tidak tertahan dengan peristiwa emaknya baru saja meninggal dunia, kemudian isterinya mula jatuh sakit meracau-racau, maka Pak Uduh terpaksa minta tolong kepada gurunya To' Kiyai Parjo dari Johor.

"Mengapa tak diubat sendiri?" tanya To' Kiyai Parjo apabila Pak Uduh menceritakan masalahnya.

"Hati saya tak tenteram To' Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia menjelaskan dalam perasaan bimbang.

"Kalau begitu kau tak tahan diuji" sahut To' Kiyai Parjo mengingatkan.

"Tak tenteram bererti kau tak sabar, kalau mau cari kemenangan mesti sabar. Mesti tenteram, barulah kau dapat menggunakan ilmu kau" ujarnya macam kesal dengan sikap Pak Uduh.

Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan lagi mengenai kata-kata gurunya. Yang penting dia mesti selamatkan isterinya Naesah Lawa. Dia tidak sanggup kehilangan isteri, setelah kehilangan emaknya.

"Sekarang, aku mahu kau sendiri mengubatnya" tegas To' Kiyai Parjo memberi isyarat.

Pak Uduh memahami isyarat itu. Dia mesti ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri penyakit isterinya. Dengan cara itu barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar oleh To' Kiyai Parjo.

Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo, Pak Uduh merasa dirinya keluar dari jasadnya. Dia terapung-apung di awangan menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila disuruh melihat tubuh isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring dengan seluruh tubuhnya berlubang-lubang. Kelihatan nanah dan darah keluar dari lubang-lubang sebesar guli itu.

"Apa yang kau nampak?" dia terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh.

"Berlubang-lubang badannya. Ada darah dan nanah keluar" Pak Uduh memberitahu apa yang dilihatnya.

"Bacakan ayat ini dan hembuskan ke situ" perintah To' Kiyai Parjo.

Dia membacakan tiga kali ayat yang diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudian dihembuskan ke tubuh Naesah Lawa. Sebaik saja dihembuskan seluruh tubuh Naesah Lawa menjadi hancur. Ketika ini Pak Uduh merasakan sekelilingnya bagai dilanda ribut kencang, hingga dia juga hampir-hamoir diterbangkan.

"Mengapa?" soal To' Kiyai Parjo.

"Ribut kencang..." jelasnya cemas.

"Bacakan doa ini" kata To' Kiyai Parjo memberi panduan.

Sebaik dibacakan ribut kencang tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi tubuh Naesah Lawa, tetapi kelihatan seorang lelaki berjubah putih dengan janggutnya juga putih sampai ke pusat. Dia memberitahu apa yang dilihatnya kepada To' Kiyai Parjo.
Tetapi apabila dia membacakan ayat yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo, lelaki berjubah putih itu tersenyum lalu memberi salam. Ketika ini Pak Uduh sudah tidak mendengar lagi suara To' Kiyai Parjo yang sayup-sayup tadi. Dia merasa begitu jauh terasing.

Pak Uduh menyahut salam lelaki berjubah itu.

"Kenapa kau nak tolong orang yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya.

"Mati hanya ditentukan oleh Allah....." sahut Pak Uduh keras.

"Kau orang berilmu" ujar lelaki berkenaan macam menyindir.

"Tetapi tidak mendalami ilmu kau. Ilmu Allah luas dan kau tak akan jemu-jemu mempelajarinya" kata lelaki berjubah putih itu lagi.

Pak Uduh dapat mengagak bahawa lelaki berjubah putih di depannya bukanlah syaitan. Kerana syaitan tidak akan berani menyebut ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia tidak berani bertanya siapakah lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi berhubungan dengan To' Kiyai Parjo.

"Sekarang, baliklah kau" lelaki berjubah putih itu memerintahkan dia meninggalkan tempat itu.

"Tidak......aku mahu selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh.

"Isteri seorang mukmin ialah perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" suara orang tua berjubah putih itu keras.

"Apakah kau mau seorang isteri yang dilaknati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi.

"Kau setan, memang pendusta" sahut Pak Uduh menahan kemarahan yang mula membakar hatinya. Dia cuba mengharapkan To' Kiyai Parjo segera menyeru namanya, tetapi sia-sia belaka.

Astaghafarullah-alazzim......" keluh lelaki tua itu menyesali sikap Pak Uduh.
"Jangan kau jadikan yang hak itu batil, dan yang batil itu hak," katanya mengingatkan.

"Jadi kau siapa?" Pak Uduh masih mendongkol.

"Orang berilmu mesti banyak bersabar" orang tua berjubah putih itu menasihati dia.
"Aku tau To' Kiyai Parjo, aku juga tau tentang kau. Bukankah kau telah menunaikan Sunat Tahajud selama 44 malam?" katanya mengingatkan Pak Uduh.

"Iya....." angguk Pak Uduh.

"Kau sudah memohon pada Allah tunjukkan kebenaran?" tanyanya lagi.

Pak Uduh angguk.

"Sekarang itulah kebenaran!" tegas orang tua berjubah putih itu lagi.
"Aku guru pada To' Kiyai Parjo, dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke mari......." dia menghulurkan tangannya.

Cepat-cepat Pak Uduh memeluknya. Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yang belum pernah diciumnya selama itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis.

"Maafkan saya To' Wali" Pak Uduh menangis terisak-isak.

"Sudahlah Uduh.." dia memujuk sambil mengusap-ngusap kepala Pak Uduh.

"Naesah yang memberi emak kau racun santau, kerana emak kau terserempak akan perbuatan curangnya terhadap kau. Sekarang baliklah kau" katanya meninggalkan Pak Uduh.

Barulah Pak Uduh dapat mendengar suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak Uduh meminta untuk balik segera masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia membuka mata, dan dilihatnya Naesah Lawa masih terlentang menderita sakit.

"Saya fikir tak payahlah kita ubatkan lagi Naesah ni To' Kiyai....." bisik Pak Uduh.

To' Kiyai Parjo tersenyum. Dia sudah tahu apakah yang tersirat di hati Pak Uduh. Malah pertemuan Pak Uduh dengan arwah gurunya itu juga sudah difahami oleh To' Kiyai Parjo.

"Kalau kau dah kata begitu, terpulanglah" ujar To' Kiyai Parjo perlahan.

Tiga hari selepas itu pun perut Naesah Lawa menjadi buncit. Lama kelamaan menjadi busung hingga kulit perutnya mengening-ngening. Apa yang dilihat oleh Pak Uduh melalui makrifatnya jelas telah berlaku ke atas Naesah Lawa. Seminggu selepas perutnya menjadi busung Naesah Lawa pun meninggal dunia.

Pada senja waktu maghrib hari dikebumikannya itulah Pak Uduh mendengar jeritan nyaring dari tanah perkuburan. Jeritan itu juga didengar oleh orang-orang kampung. Selepas menunaikan fardhu Maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik lelaki Naesah Lawa) bernama Selamat telah pergi ke tanah perkuburan.

Jeritan itu memang jelas seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab itulah dia mengajak Selamat ikut sama melihatnya. Memang betul jeritan itu datangnya dari kubur Naesah Lawa. Ketika mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan.

Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa.

"Mat...." kata Pak Uduh sayu.
"Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Kiyai Parjo. Biar abang tunggu di sini buat apa yang patut" bisiknya tersedu sedan.

Kesedihan yang menusuk di jiwanya bukanlah kerana kematian isterinya, tetapi penderitaan yang ditanggung oleh isterinya setelah disemadikan di dalam kubur. Kalaulah benar Naesah Lawa membuat perhubungan dengan lelaki lain dia boleh melupakan saja segalanya. Dia sedia mengampunkan dosa Naesah Lawa terhadapnya.

Tetapi perbuatan Naesah Lawa tergamak memberikan emaknya makan racun santau itu, hanya emaknya sajalah yang boleh mengampunkan.

"Baliklah Mat, minta bantuan dari orang kampung" katanya lagi menahan kesedihan.

"Baiklah bang" sahut Selamat perlahan.

"Macam mana pun abang sabarlah. Apa nak buat dah nasib dia..." Selamat cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh.

Selamat terus balik ke rumah Pak Uduh, kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadakan kenduri aruah. To' Kiyai Parjo juga ada menunggu di rumah Pak Uduh. Segala kejadian yang dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh Selamat kepada mereka yang ada di situ.

"Abang Uduh minta To' Kiyai ke sana" jelas Selamat.

Beberapa orang yang ada di atas rumah turun ke bawah. Mereka bersama-sama To' Kiyai Parjo mengikut Selamat menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur mereka dapati Pak Uduh sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi jeritan juga mula mengendur.

Kepul asap juga sudah mula berkurangan. Tetapi keadaan demikian sementara saja. Selepas itu asap dari kubur semakin menebal dan jeritan suara meminta tolong semakin kuat. Sekali-sekala keluar api dari celah-celah kepulan asap itu.
Semakin kuat bacaan Surah Yassin dibacakan, semakin kedengaran jeritan nyaring tidak ketahuan.

"Begini Uduh...." To' Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh.

"Kalau kau izinkan kita galikan semula kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yassin" ujarnya menahan kesedihan yang menusuk-nusuk.

Pak Uduh hanya mengangguk. Lidahnya sudah tidak terucapkan apa-apa lagi.

"Kalau begitu kau Selamat, bawalah kawan-kawan" To' Kiyai Parjo berpaling pada Selamat.

"Bawa cangkul, bawa lampu gaslin dan bawa air segeluk" perintahnya.

Selamat tidak menyahut. Dia terus mengajak beberapa orang pemuda balik semula mengambil barang-barang yang dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang panas dari kubur Naesah Lawa sudah dirasakan oleh Pak Uduh. Bagaimanapun dia tidak undur dari menahan panas yang semakin membahang itu.

To' Kiyai Parjo membacakan sesuatu doa sambil menghembuskan ke kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo berdoa barulah terasa bahang panas itu terasa berkurangan. Pak Uduh juga ikut sama berdoa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo kepadanya.

Tidak lama kemudian Selamat bersama dua tiga orang pemuda tadi datang membawa cangkul dan lampu gaslin. Air sejuk di dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Parjo.

Setelah diperintahkan gali oleh To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama menggali semula kubur tersebut. To' Kiyai Parjo mahu memandikan saja jenazah yang sudah dikebumikan itu dengan air yang sudah dibacakan Surah Yassin. Ketika menggalinya Selamat merungut-rungut juga kerana terasa panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menasihatkan supaya tidak disebut-sebutkan perkara bahang panas itu.

Setelah digali semula Selamat cuba membuka papan yang menutup liang lahad, tiba-tiba dia terkejut dan cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya jadi pucat ketakutan.

"Kenapa Mat...?" tanya Pak Uduh.

Selamat tidak menjawab. Dia terkaku tidak boleh bercakap apa-apa. Untuk mempastikan keadaan sebenarnya mereka mendekatkan lampu gaslin ke tebing kubur. Pak Uduh sendiri membukakan papan dinding liang lahad tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke atas mereka dapat melihat ular-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut membelit jenazah Naesah Lawa yang baru saja dikebumikan siang tadinya.

Dari mana datangnya ular-ular tersebut?

"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" kata To' Kiyai Parjo bila melihat kejadian tersebut.

Tentulah mustahil terdapat ular di dalam kubur yang baru saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil jua ada sarang ular di situ. Kalau mahu dikira ular bersarang di situ, bagaimana pula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur tersebut.
Anehnya apabila sudah digali tidak ada langsung kesan asap atau api di situ.

"Jangan difikirkan sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan mereka yang terpegun melihat kejadian tersebut.

"Pengetahuan Allah meliputi tujuh petala bumi tujuh petala langit. Kita yang hidup ini insaflah........" jelasnya dengan linangan air mata, bukan kerana kesedihan tetapi gementarnya kepada Allah.

Kemudian dia menyiramkan air sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke tubuh Naesah yang dibelit ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut ular-ular berkenaan lari menyusup di dalam lubang liang lahad dan hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo turun ke dalam kubur lalu mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembuskan kepada kepalan tanah itu.
Dengan tidak menghiraukan sesiapa dia terus meletakkan tanah yang dikepal tadi ke kepala mayat. Setelah semuanya selesai To' Kiyai Parjo memerintahkan supaya dikambus semula. Hari berikutnya tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naesah Lawa. Sementara di rumahnya Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang diingatkan oleh To' Kiyai Parjo.
Jadi, bila teringatkan pertemuan saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya merasakan ada sesuatu yang mesti telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu jadi demikian. Tetapi disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit lagi maka saya pun tidaklah mahu bertanyakan lagi pada Judin Bauk.
Bagaimanapun setelah Judin Bauk balik ke rumah barulah Lebai Piut mahu menerangkan kepada saya kisah sebenarnya mengapa kubur Mak Yot Bidan boleh jadi begitu.
"Bukan kerana ilmu sesat yang dituntut" kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada saya. Tetapi dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung" jelasnya mengeluh pendek.

"Tak ada dia menuntut ilmu sesat?" tanya saya.

"Wallahhu'alam..." dia tersengih-sengih bagaikan soalan itu mencuit hatinya.

"Tetapi Yot tu berkehendakkan Latip Pekak semasa dalam tangan suaminya lagi, iaitu aruah abang haji" katanya lagi.

"Ohhh, begitu..." saya terangguk-angguk mendengarkannya.

Aruah abang haji yang disebutkan oleh Lebai Piut itu ialah abangnya sendiri Haji Suri. Saya juga mendengar berita kematian aruah Haji Suri akibat termakan racun. Heran juga saya ketika itu, kerana orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak memberi racun.
Setahu saya arwah Haji Suri itu memang warak. Dia tidak pernah ambil tahu masalah peribadi orang lain. Malah dia akan bercakap kalau ada perkara-perkara yang ditanyakan kepadanya saja. Bagaimana orang seperti dia masih ada orang yang sakit hati terhadapnya. Kalau setakat hati pun tak apa juga, tetapi tergamak pula memberikan racun.

"Yot yang memberinya racun....." tiba-tiba isteri Lebai Piut mencelah.

"Hisss, awak tu diam" Lebai Piut berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatang dulang air ke depan kami.

"Mana awak tahu Yot yang racun, awak nampak?" katanya perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan sikap isterinya membuat tuduhan itu.

"Ramai orang cakap...." jelas Mak Ton tegas.

"Cakap orang cuma syak wasangka saja. Allah saja Yang Maha Mengetahui" ujar Lebai Piut kesal dengan keterlanjuran isterinya itu.

Memang Lebai Piut tidak mahu menerangkan lebih lanjut perkara sebenarnya. Tetapi esoknya apabila saya tanyakan kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian aruah Haji Suri itu, memang dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian aruah Haji Suri itu akibat diracun oleh Mak Yot Bidan.

Habis saja edah selepas kematian aruah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun terus berkahwin dengan Latip Pekak. Bagaimanapun orang-orang kampung tidak dapat ceritanya yang sahih, selain dari khabar-khabar angin. Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula yang berani bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan bidan di dalam kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak Yot Bidan bila tiba waktunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dah habis ke tt?
ke ada sambungan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:59 AM | Show all posts
nak sambungan lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:54 PM | Show all posts
Macam baca novel tamar jalis..
Penuh emosi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 02:40 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 14-7-2013 12:54 PM
Macam baca novel tamar jalis..
Penuh emosi..

bila nengok nama Sufeenan.. terus teringat novel ramlee awang murshid... Sufi Sunan... legend sungguh cerita tu.. memberi kesan kat hati saya...

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:06 PM | Show all posts
hmmmm..terpaku baca cerita tt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jefrilza posted on 14-7-2013 02:40 PM
bila nengok nama Sufeenan.. terus teringat novel ramlee awang murshid... Sufi Sunan... legend sung ...

Oo yeke?sy xpnh bc lg ramlee awang murshid ni..best ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 04:04 PM | Show all posts
ingatkan dari siri bercakap dengan Jin - Tamar Jalis
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 04:13 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 14-7-2013 03:07 PM
Oo yeke?sy xpnh bc lg ramlee awang murshid ni..best ye?

bacalah... best.. mulakan dengan (1) bagaikan puteri... (2) cinta sang ratu... (3)Cinta Sufi... seterusnya... Sutera Bidadari... Sunan Musafir.. terbitan Alaf 21... seronok sangat dapat berkenalan dengan Sunan Atau Saifuddin seorang Sufi Allah yang sangat Menyintai Allah dan Nabinya,,, Sebagai manusia.. aku menyintaimu... tryla baca k... memang addicted...

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 04:26 PM | Show all posts
ni ambik dari novel ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:00 PM | Show all posts
nak lagi TT
sambung cerita
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:58 PM | Show all posts
kalo tak silap nie dari tok awang jambi kan? rasa nye lah. best ouh. update lg. thx bro rdza.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 10:40 PM | Show all posts
zakutaki91 posted on 14-7-2013 05:58 PM
kalo tak silap nie dari tok awang jambi kan? rasa nye lah. best ouh. update lg. thx bro rdza.

rasanya bukan tok awang jambi....cara penceritaan dan cara pengubatan dalam keadaan tidur ni adalah dari tok awang ngah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 01:14 AM | Show all posts
2~Cabaran Pokok Petai

Baru saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya.

"Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka.

Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 malam lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan solat sunat Tahjud diikuti dengan sunat Tasbih juga.

"Maaflah ustaz" ulangi lelaki berkenaan.

"Tak apa, silalah masuk..." saya mempelawanya.

"Tak payahlah ustaz" sahutnya terus mara ke pintu rumah saya.

"Saya nak minta tolong pada ustaz. Aki Sahak yang suruh panggil ustaz" katanya.

"Rumahnya di mana?" tanya saya mahu mempastikan.

Saya sendiri tidak berapa kenal dengan lelaki berkenaan, tetapi rasanya dia lebih tua dari saya.

"Saya Sonok dari Kampung Simpang" jelasnya menghulurkan tangan kepada saya.

"Petang tadi saya pergi ambil Aki Sahak di Mancis rumah anaknya. Aki Sahak ada di rumah saya, tapi dia suruh panggil ustaz juga" dia tersengih-sengih.

Berdebar juga hati saya bila Aki Sahak meminta saya datang. Tentulah perkaranya besar juga, kalau tidak masakan dia menyuruh Sonok mencari saya. Mujur juga Sonok dapat mencari rumah saya di situ. Kalau sekadar gangguan syaitan Aki Sahak tidak pernah memanggil saya. Dia sendiri boleh menghadapinya kalau ada orang sakit diganggu syaitan.

Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanya kepada sesiapa pun mengenai tujuan mereka memanggil saya. Memang sudah saya duga biasanya kalau orang mencari saya pada tengah-tengah malam tentulah perkaranya ada pesakit yang memerlukan rawatan. Heran juga saya selama datang ke kampung itu, mereka sudah menganggap saya macam bomoh. Berkali-kali saya memberitahu mereka saya bukanlah bomoh.

Disebabkan yang meminta saya datang itu Aki Sahak membuatkan saya serba salah. Nampaknya saya mesti memikirkan perkara mahu bertukar dari situ, kerana bimbang orang akan salah anggap. Nanti mereka menyangka saya seorang bomoh, sedangkan saya tidak tahu apa-apa mengenai ilmu bomoh.

Kalau saya tidak mahu datang apa pula kata Aki Sahak. Sejak saya bertukar ke daerah itu, kerapkali sangat Aki Sahak meminta saya membantu dia. Ingin juga saya membantah tetapi cepat-cepat dia mengingatkan, "Kerja ni semua buat kerana Allah saja....".

Selepas bersiap-siap memakai baju, saya pun terus membonceng motorsikal Sonok. Malam gelap gelita tidak ada bintang-bintang di langit. Saya sampai di rumah Sonok kira-kira jam 11 lebih. Aki Sahak sudah ada di situ duduk di hujung serambi. Beberapa orang jiran Sonok juga ada di situ.

Saya memberi salam ketika menaiki tangga rumah. Kemudian bersalaman dengan mereka yang duduk di serambi.

"Terus ke hujung ustaz, terus ke hujung" seorang lelaki tua menyuruh saya duduk di hujung serambi dengan Aki Sahak.

Kampung ini kira-kira empat batu jauhnya dari tempat Aki Sahak tinggal. Semasa saya sampai itu mereka sudah bercerita fasal anak Abang Amud yang tenggelam dalam lombong. Aki Sahak memberitahu sayalah yang telah membantunya mencarikan mayat itu yang tenggelam di dalam lombong.

Akhirnya perhatian mereka sudah beralih kepada saya, bukanlah kepada Aki Sahak. Sebenarnya Aki Sahak cuba mengelak-ngelak juga apabila dipanggil orang merawat pesakit, tetapi kadangkala serba salah juga. Tidak heranlah mengapa bomoh-bomoh terpaksa mengenakan bayaran kerana penat lelah mereka terpaksa berjaga hingga jauh malam.

Malah ada kalanya tidak cukup tidur sekiranya dipanggil orang. Bagaimana kalau sampai pagi baru selesai kerjanya? Tentulah esoknya menjadi letih dan mereka tidak dapat bekerja mencari rezeki nafkah hidup? Tetapi kebanyakan orang menuduh bomoh-bomoh itu mementingkan wang semata-mata apabila mengubat pesakit.

Bagaimana kalau kami lakukan secara sukarela seperti Aki Sahak ini? Nampaknya senang saja iaitu duduk sambil berdoa. Tetapi ketika berdoa ini mestilah dengan khusyuk atau istilah moden 'kosentrasi', kadangkala terasa kepala bagaikan mahu pitam kalau 'khusyuk' ini dilakukan sampai hampir satu jam. Inilah yang tidak difahami oleh kebanyakan orang.

Apabila saya bertukar ke daerah kecil ini Aki Sahak terus meminta saya membantu dia. Bagi penduduk-penduduk di daerah ini pula asal saja mendapat tahu tentang seorang bomoh mereka akan segera mendapatkannya kalau menghadapi kesakitan. Kadangkala diserang demam panas pun segera mencari bomoh, pada hal penyakit demikian lebih baik dibawa ke hospital.

Kesihan juga saya melihatkan Aki Sahak. Tidak pernah dia boleh duduk diam di rumah untuk beribadat dan sebagainya. Ada saja orang menjemputnya. Kadangkala sampai ke Karak di Pahang, ke Segamat di Johor, ke Tampin juga. Kadangkala dia sengaja melarikan diri ke rumah anaknya di Mancis, namun dapat juga dicari orang.

"Anak Sonok ni hilang dari rumah" beritahu Aki Sahak berpaling kepada saya.

"Jadi, itulah nak minta kau sama-sama bantu" jelasnya meleret senyum.

"Eh, Aki sorang pun boleh....." ujar saya tersengih-sengih.

"Tidak..." sahutnya tegas.

"Aku tak kemampuan, sebab itulah perlu sangat kau membantu. Ini bukan kerja manusia......" dia mula serius.

"Dah bagi tau polis?" soal saya.

"Tak lagi, tapi ketua kampung dah beritahu..." sahut Sonok perlahan.

"Bila hilangnya?" saya memerhatikan Sonok tersandar pada jenang pintu induk rumah.

"Hari ni tadilah" jelasnya bertambah gelisah.

"Tengahari tadi dia mengembala kambing ke tepi kebun getah nun, top...top....kambing aje balik petang tadi. Dia entah ke mana" Sonok menerangkan.

Berita kehilangan anak Sonok yang berumur 10 tahun itu segera diberitahu kepada jiran-jiran. Biasanya petang-petang selepas balik dari sekolah, Tamin mengembala kambing di hujung kampung. Dia bukanlah penuntut di sekolah tempat saya mengajar. Sebab itulah saya tidak mengenali sangat keluarganya.

Kebanyakan penjaga murid di sekolah saya mengajar memang saya kenali. Lagi pun sekolah yang jauh di kampung pedalaman ini, bukanlah ramai sangat muridnya. Jadi, cepatlah dapat bermesra dengan penjaga-penjaga mereka. Lagi pun mereka mulai mengenali saya, sejak peristiwa anak Abang Amud.

Ketika ini penduduk kampung tempat Aki Sahak tinggal itu pun masih belum tenteram akibat gangguan bunyi air disedut lubang bergaung dari lombong tersebut. Terutamanya bila tengah malam ornag-orang yang tinggal berhampiran dengan lombong dapat mendengarnya dengan jelas.

Ada juga Tonel memberitahu Sali dia ternampak dari jauh satu benda melintang di tengah lombong. Tidak lama kemudian benda itu tenggelam semula ke dalam air. Mungkinkah ular besar yang dikatakan oleh orang-orang kampung selama ini?

"Saya minta ustaz cuba-cubalah sikit" pinta isteri Sonok tiba-tiba muncul di pintu induk rumah itu.

Matanya bengkak bekas menangis.

"Cubalah ustaz, kalau mati nak tengok juga mayatnya" dia mula terisak-isak menahan kesedihan yang menusuk.

"Hisss, jangan cakap macam tu" Sonok mendongak sambil menguis paha Siti dengan sikunya.

"Tak ada apa-apa tu, boleh jadi Tamin sesat. Sabarlah sikit......" katanya macam menasihatkan isterinya.

Sedangkan dia sendiri pun saya lihat resah gelisah sejak datang menjemput saya tadi.

"Cubalah ustaz" pinta Siti lagi merayu-rayu.

"Saya dah dengar fasal ustaz di Kampung Hulu bila anak Amud jatuh ke lombong. Saya harap benar dengan ustaz ni" ujarnya tidak menghiraukan suaminya yang tersandar pada jenang pintu induk rumah.

"Sabarlah kak...." saya pula meminta dia bertenang.

"Kita tengok dulu macam mana, jangan tergopoh-gopoh. Kalau kita sudah yakin Allah saja memberi perlindungan dan tempat meminta pertolongan, bertenanglah" kata saya mengingatkan.
Last edited by rdzaccess on 14-12-2014 03:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 01:16 AM | Show all posts
Cabaran Pokok Petai

Selalunya demikianlah ibu-ibu menghadapi dugaan apabila anak-anaknya menghadapi masalah. Tetapi saya tidak dapat salahkan mereka, kerana perasaan manusia selalunya mudah digoda. Mereka mudah hilang pertimbangan dan segera meminta pertolongan dari siapa saja, pada hal tempat meminta pertolongan hanya semata-mata kepada Allah.

Ketika meminta pertolongan inilah syaitan menjanjikan pertolongan. Orang yang tidak sabar akan segera meminta pertolongan pada syaitan tadi. Akhirnya terpedayalah dengan perangkap syaitan mahu menggoda manusia menukar aqidah, dengan meminta pertolongan kepadanya.

"Kita tunggu dulu apa kata Aki Sahak" saya menepuk bahu Aki Sahak yang duduk mrnyandar pada dinding.

"Tak ada apa kita boleh buat, sebab budaknya tak ada di sini"

Aki Sahak tersenyum penuh makna. "Nak dicari tak tahu di mana, sebab pancaindera kita hanya untuk melihat benda yang nyata" ujarnya tersengih-sengih.

"Jadi macam mana ni Aki. Anak saya Aki, macam mana" Siti terus meraung tidak dapat menahan perasaan sebak yang menumpu di dadanya.

Kemudian Aki Sahak meminta saya melakukan tidur seperti pernah dilakukan ketika mencari anak Abang Amud di dalam lombong. Setelah berbincang dengan Aki Sahak saya bersetuju tidur sendiri dengan tidak payah dikawal oleh Aki Sahak. Seperti yang telah saya jelaskan cara pengubatan tidur samalah seperti bomoh-bomoh gunakan semasa mereka 'menurun', tetapi caranya saja berlainan. Bomoh-bomoh selalu menggunakan 'akuan' tertentu sebagai sahabat, manakala cara tidur yang saya lakukan hanya satu penyerahan kepada Allah.

Cara memulakannya tidaklah memerlukan menyeru berbagai-bagai nama, tetapi memudahi dengan berastaghfar kepada Allah Yang Maha Pengampun, kemudian membaca A'uzubillah meminta dilindungkan dari syaitan, Bismillahhirrahmannirrahim, Selawat kepada Rasullullah dan tasbih mensucikan keagungan Allah. Para ahli sufi tidaklah perlu cara tidur seperti yang saya lakukan, baginya memadai merenung saja ke dalam makrifat dan mereka akan mengetahuinya.

Tetapi pengajian kita belum sampai kepada tingkat ahli sufi, maka cara tidur inilah untuk merenung secara makrifat. Itulah saya katakan amat sukar mahu menerangkannya di sini, kerana hanya orang-orang yang mengetahui saja tahu apakah yang saya gambarkan ini.

"Kau tidur dulu dan cari di mana budak tu sekarang" bisik Aki Sahak.

"Tak payah beritahu apa-apa pada Aki. Lepas tu nanti baru kita sama-sama mencari di mana dia" katanya lagi.

Saya mengangguk. Saya pun memulakan tidur saya. Tidak lama kemudian saya merasa diri saya sudah berada di satu kawasan paya. Saya terus menyeberangi paya hingga sampai ke seberangnya yang dipenuhi oleh belukar rotan. Puas saya memerhati sekelilingnya tidak ternampak pun anak lelaki Sonok yang hilang itu.

Dalam pada itu yang mesti saya ingatkan ialah lorong-lorong jalan serta pedoman yang terdapat di situ untuk membolehkan orang-orang kampung mencarinya nanti. Sebab cara yang saya lakukan ini tidak dapat membawa Tamin balik ke rumah, kecuali kalau dipandu oleh Aki Sahak. Kalau tidur bersendirian ini hanya untuk melihat saja, bukan untuk melepaskan dia sekiranya dikawal oleh syaitan yang terdiri dari makhluk-makhluk halus.

Saya menyusup di bawah duri-duri rotan itu memerhatikan kalau-kalau dia disorokkan di situ, tetapi tidak juga kelihatan. Biasanya yang melarikan budak demikian ialah bunian. Tempat yang demikianlah selalunya disukai oleh bunian. Bagaimanapun Tamin tidak ditemui di situ.

Hampir saja saya putus asa kerana tidak dapat mencari Tamin. Dalam keadaan demikianlah saya membacakan Surah Waddhuha untuk membuka jalan  supaya pandangan saya tidak dilindungi oleh makhluk-makhluk halus. Bagi memudahkan lagi saya terus membesarkan diri hingga melangkaui pokok-pokok besar yang tinggi.

Ketika inilah saya nampak seorang budak lelaki terselit di celah dahan pokok petai. Saya camkan betul-betul memang benar itulah budak yang sedang dicari. Dari segi akal memang mustahil bagaimana Tamin yang baru berumur 10 tahun itu boleh memanjat pokok yang dianggarkan lima pemeluk. Pokok itu pula terlalu tinggi yang dahannya yang paling bawah sekali sama tingginya dengan pucuk kelapa saka. Bayangkanlah bagaimana budak tersebut boleh sampai di celah dahan pokok petai itu, yang saya anggarkan kira-kira lebih 30 kaki tingginya.

Setelah saya cam semua pedoman di kawasan pokok petai itu, saya pun balik semula. Apabila saya terjaga Sonok suami isteri sudah duduk berdepan dengan saya. Tidak sabar-sabar lagi dia mahu mengetahui sama ada saya sudah berjumpa atau belum anaknya.

Beberapa kali saya menggelengkan kepala. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Bagaimanapun saya terus memberitahu mereka apa yang telah saya lihat.

"Dah kau pagar tempat tu?" tanya Aki Sahak.

Saya menganggukkan kepala.

"Budak tu dia tak dapat ambil lagi" Aki Sahak menghela nafas.

"Jadi, kalau mahu malam ni juga kita cari, kalau tunggu besok takut terjatuh pula budak tu. Maklumlah penjaga tak dapat masuk dekat lagi" kata Aki Sahak merenung muka Sonok.

"Eloklah malam ni juga kita ke situ" sahut Pak Jeli lelaki tua yang mula-mula menegur tatkala saya sampai tadi.

Dia ialah ayah Siti iaitu bapa mertua Sonok. Rupanya dia ini seorang bomoh juga di kampung itu. Walaupun dia seorang bomoh tetapi tidaklah dia merasa irihati dengan usaha-usaha yang kami buat.

Memang ada cerita mengatakan seseorang bomoh itu akan marah apabila ada orang lain mahu menunjukkan kepandaian melebihi dia. Tetapi itu adalah tanggapan saja. Seorang bomoh yang bertanggungjawab tidak akan menghalang orang lain melakukan sesuatu untuk menolong pesakitnya, malah dia sendiri akan sama-sama membantu mengikut kemampuannya.

Pak Jeli sendiri mengakui ilmu bomohnya tidak sampai kepada kekuatan doa-doa yang menggunakan ayat-ayat Quran ini. Selama ini dia sendiri memang mengakui akan kebolehan Aki Sahak.

Kira-kira 10 orang jiran ikut sama dengan Sonok menuju ke tempat yang saya katakan seperti yang dapat saya lihat tadi. Di antaranya ialah Tapa Sungkur yang biasa memanjat pokok petai. Sengaja Tapa Sungkur menawarkan diri setelah mendengar keterangan saya bahawa Tamin dibawa ke atas pokok yang tinggi.

Saya dan Aki Sahak juga ikut sama. Malah Pak Jeli sendiri sanggup ikut sama. Maklumlah Tamin itu cucu kesayangannya. Kami masuk ke hutan melalui kebun getah di hujung kampung dengan membawa suluh andang dari daun nyiur kering. Pak Jeli membawa lampu suluh enam sambung yang digunakan untuk menyuluh musang.

Disebabkan Tapa Sungkur yang selalu masuk ke hutan dialah yang berjalan di hadapan sekali. Manakala saya berjalan di belakang sedikit tetapi tidaklah jauh dari Tapa Sungkur, kerana pedoman sebenarnya menuju ke tempat yang hendak dicari ialah di dalam ingatan saya.

Apabila masuk ke kawasan hutan saya seolah-olah hilang pedoman. Tidak dapat hendak dicari tempat yang saya lihat melalui tidur tadi. Mungkin keadaan malam terlalu gelap menyebabkan kami tidak dapat mencari arah. Tapa Sungkur juga sudah berpusing membawa kami sampai ke pinggir anak air, tetapi paya yang dicari tidak juga bertemu.

"Kalau paya bukan di sini agaknya" Pak Jeli bersuara di belakang.

"Yang aku tau kawasan paya di sebelah baruh kebun getah tadi. Nampaknya kena berpatah balik kita....." ujarnya meragui jalan yang dibawa oleh Tapa Sungkur.

"Di situ mana ada pokok petai" laung Tapa Sungkur meyakinkan Pak Jeli jalan yang dituju sekarang adalah betul.

"Di situ pun tak ada belukar rotan......" katanya menambah.

"Eloklah kita tengok dulu....." sahut Pak Jeli mencadangkan.

"Jangan gopoh-gopoh"

Aki Sahak cepat-cepat mencelah.

Dalam usaha demikian tidak boleh berbantah-bantah. Kerja berbantah-bantah itu memang kerja syaitan untuk melalaikan insan sehingga kerja-kerja yang mahu dilakukan tidak berhasil.

"Kita tak boleh gopoh-gopoh, semuanya mesti bersabar. Ikut dulu ke mana hala yang diingatkan oleh ustaz tu tadi" ujarnya keras sedikit.

Pak Jeli tidak menyahut. Tapa Sungkur juga diam. Mereka tidak mahu menyinggung perasaan Aki Sahak. Selama ini memang Aki Sahak menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung berhampiran di daerah itu. Kadangkala mereka kecewa mahu mendapatkan khidmat Aki Sahak kalau ada orang-orang dari Karak di Pahang memanggilnya. Atau orang-orang dari Segamat dan Tampin juga.

"Saya cuma agak-agakkan aje Aki" tiba-tiba Pak Jeli menjelaskan dari belakang.

Bimbang juga dia kalau-kalau Aki Sahak tersinggung dengan sikapnya cepat sangat menyalahkan Tapa Sungkur menunjukkan jalan.

"Tak baik berbantah-bantah" ujar Aki Sahak mengingatkan sambil berdehem-dehem macam kahak tersangkut di tekak.

"Dengar dulu apa cakap ustaz, dia yang dapat mengagak jalannya" katanya termengah-mengah menyusur lereng bukit.

Pak Jeli terus mendiamkan diri. Dia juga termengah-mengah menyusur lereng bukit kerana banyak akar-akar pokok besar menungkal. Malam bertambah gelap di dalam hutan demikian. Ketika ini sudah lebih pukul 12 malam. Bunyi kuang sayup-sayup di balik bukit diselang-seli bunyi ngiang-ngiang cengkerik bersahutan.

Saya berhenti sejenak di atas akar kayu menungkal sambil mendongak ke atas. Melihatkan saya berhenti mereka semua pun ikut sama berhenti. Aki Sahak pun sudah sampai di belakang saya.

"Nanti dulu Tapa..." Aki Sahak memanggil apabila Tapa Sungkur yang di depan mahu meneruskan perjalanan.

Tapa Sungkur berpatah balik ke belakang mendapatkan saya.

Perlahan-lahan saya membaca Surah Waddhuha bagi mendapatkan semula pedoman jalan menuju ke pokok besar yang kami cari. Selepas membaca tiga kali Surah Waddhuha saya dapat melihat dengan jelas paya di bawah lereng bukit. Paya itulah tidaklah buyau, tetapi cuma tanah pamah yang ditumbuhi pucuk-pucuk paku.

"Cuba ikut ke bawah ni Tapa" saya memuncungkan bibir ke bawah lereng bukit.

Tapa Sungkur terus melompat mencari jalan untuk ke seberang tanah pamah tadi. Sonok mengekorinya dari belakang. Manakala saya berjalan di belakang Sonok dan diikuti oleh Aki Sahak serta Pak Jeli. Jiran-jiran yang lain semuanya berjalan di belakang.
Memang betul sebaik melepasi saja kawasan tanah pamah itu kami menemui belukar rotan yang padat. Tidak ada lorong mahu menembusi belukar ini. Kami terpaksa berlegar-legar mencari jalan untuk naik ke bukit di sebelahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2013 01:18 AM | Show all posts
Cabaran Pokok Petai

"Bangsat...!" saya terdengar Pak Jeli merungut.

"Orang di sini nak cari gaduh rupanya. Tahulah aku! Tahulah aku! Ustaz ni akan ajar kau. Aku bawa ustaz ni untuk ajar kau...!" dia menggertap bibir.

Sebaik saja ke kawasan di situ Pak Jeli sudah dapat menangkap gangguan tersebut, kerana dia memang pun seorang bomoh.

"Dia nak merasa penangan Aki Sahak dengan ustaz dengan Pak Jeli, biarkan!" gerutu Tapa Sungkur terkial-kial mahu mencari jalan melepasi belukar rotan yang padat.

"Jangan gempur dia dulu Jeli..." kata Aki Sahak mengingatkan.

"Kita jumpa anak Sonok dulu dan kita bawa balik, lepas tu baru gempur" ujar Aki Sahak selanjutnya.

Dia bimbang Pak Jeli tidak sabar bila menghadapi suasana demikian. Disebabkan dia seorang bomoh tentulah dia tidak peduli apa lagi bila mahu menentang makhluk-makhluk halus demikian. Kadangkala tindakan demikian boleh membahayakan orang yang sedang diganggu oleh syaitan tersebut. Orang demikian sudah tidak ada semangat lagi, kerana sudah dikuasai oleh makhluk-makhluk halus. Kalau tersilap langkah sukar untuk memulihkan semula semangatnya.

"Jangan gempur dulu Jeli!" ulangi Aki Sahak.

"Iyalah Aki..." sahut Pak Jeli.

"Saya serahkan pada Aki dan ustaz saja. Saya bantu dari belakang" jelasnya.

Puas berlegar-legar  kami sampai ke kawsan belukar bemban. Dari sanalah Tapa Sungkur membelok ke kanan mencari pokok besar  seakan-akan pokok petai yang saya sebutkan itu. Sebaik saja melepasi belukar bemban itu barulah kami bertemu sebatang pokok besar terpencil dari pokok-pokok yang lain.

"Aki..." Pak Jeli menarik bahu Aki Sahak.

Tangannya menyuluh ke atas dengan lampu picit sambung enam.

"Itu Aki, tengok tu, tengok" katanya bergetar menggertap bibir.

Kami semua nampak Tamin di atas pokok tersebut. Bagaimanakah cara mahu memanjat ke atas sedangkan pokok itu terpencil di situ. Kalau ada anak-anak kayu bolehlah memanjat mengikut anak-anak kayu. Manakala Tamin pula berpaut pada dahan yang di atas sekali.

Bagaimanakah Tamin boleh sampai ke atas pokok demikian besar? Sedangkan orang-orang dewasa pun tidak tahu bagaimanakah caranya mahu naik memanjat memandangkan pokok itu tidak dapat dipeluk. Demikianlah perlakuan mahkluk-makhluk halus yang tidak dapat kita lihat melalui pancaindera biasa, kecuali melalui makrifat. Tentulah kerjanya membawa Tamin ke atas pokok tersebut.

Disebabkan kami sudah tahu bahwa Tamin berada di atas pokok yang tinggi, maka kami memang sudah membawa persediaan yang cukup seperti tali serta kapak. Dengan perkakas-perkakas demikian mudahlah Tapa Sungkur mahu memanjatnya.

Mula-mula Tapa Sungkur menakik pokok itu dibuat bertangga bagi memudahkan kakinya berpijak. Tali dililitkan sekeliling pokok dan dengan ini boleh memautkan pinggangnya di celah tali tersebut. Sedikit demi sedikit dia menakik pokok dengan kapak, sedikit demi sedikit dia naik ke atas. Sehinggalah Tapa Sungkur berjaya memanjat naik, timbul juga masalah bagaimana mahu menurunkan Tamin.

Dia tidaklah pengsan atau tidak sedar diri. Tetapi seperti orang kebingungan tidak tahu apa-apa pun berlaku ke atas dirinya. Bila dipanggil namanya dia menyahut. Sebaliknya kalau ditanya yang lain-lain dia hanya menggeleng kepala atau mengangguk saja.

Tali yang dibawa pula tidak cukup panjang untuk membolehkan Tapa Sungkur menbawa Tamin turun. Kami semua menjadi hilang akal. Adalah satu perkara mustahil untuk membawa seorang kanak-kanak berumur 10 tahun turun dari pokok demikian tinggi. Kalau silap-silap berpaut mungkin dua-dua sekali terjun ke bumi.

Setelah puas memikirkan cara untuk menurunkan Tamin, akhirnya Pak Jeli sudah tidak sabar lagi. Saya lihat dia menggertap bibir menahan perasaan marahnya.

"Aki, sekarang biar giliran saya dulu" katanya memandang Aki Sahak.

"Silakan..." sahut Aki Sahak perlahan.

"Ustaz, tadi giliran ustaz. Sekarang biar saya pula" Pak Jeli menoleh kepada saya pula.

"Silakan Pak Jeli" kata saya.

Itulah baiknya bila kita ramai. Mungkin salah seorang dari kita mempunyai kelebihan dari satu segi, dan lemah dari segi lain. Manakala dari segi yang lemah itu, orang lain pula mempunyai kelebihan. Demikianlah antara saya, Pak Jeli dan Aki Sahak ketika ini.

Aki Sahak dan Pak Jeli memerlukan saya untuk mencari di manakah Tamin dilarikan oleh syaitan. Tetapi dalam kelam kabut untuk membawa Tamin turun dari pokok mungkin Pak Jeli lebih berpengalaman dari Aki Sahak dan saya sendiri. Di sinilah pentingnya kami semua berpadu tenaga.

"Tapa..." laung Pak Jeli di dalam gelap malam yang sepi itu.

Suaranya bergaung ke balik bukit.

"Tapa, turun dulu. Biarkan dia di situ. Turun kau dulu..." dia menyeru Tapa Sungkur supaya turun.

"Turun dulu Tapa" Aki Sahak juga memanggilnya.

"Biar Jeli pula naik. Jeli sendiri nak naik" laungnya dari bawah.

Terpaksalah Tapa Sungkur turun dengan hampa. Ketika ini sudah lebih pukul tiga pagi. Tamin masih juga belum dapat dibawa turun.

"Setahu saya kawasan ni tak ada pokok petai" keluh Tapa Sungkur sebaik saja dia sampai ke bawah.

Hairan juga dia dari mana datangya pokok petai di situ. Kawasan hutan di situ semuanya sudah dalam kepala Tapa Sungkur. Dia sudah mahir di mana selekohnya, di mana pokok petainya, di mana rotannya. Cuma dia satu-satunya yang selalu mencari petai di situ.

Sebaik saja Tapa Sungkur sudah turun, Pak Jeli terus mengelilingi pokok petai berkenaan. Kemudian dia menampar perdunya tiga kali. Ketika ini Aki Sahak membisikkan kepada saya supaya membantu Pak Jeli. Apabila saya dan Aki Sahak sudah terpaksa mengambil keputusan menggempur bersama Pak Jeli, cuma kami bertiga sajalah dapat berhubung antara satu sama lain.

Saya dengan Aki Sahak memang mempunyai cara yang sama, tetapi Pak Jeli berlainan sedikit. Bagaimanapun kami masih dapat bekerjasama. Sementara jiran-jiran yang sama ada di situ hanya melihat kami bertiga dari mata kasar saja. Oleh itu mereka melihat hanya Pak Jeli berkeliling pokok, sementara saya dan Aki Sahak berdiri memejamkan mata. Pokok petai yang tersergam di depan kami sudah bertukar menjadi lembaga hitam yang tinggi. Pak Jeli juga sudah berdiri sama tinggi dengan lembaga hitam berkenaan.

"Awak rupanya ye!" jerkah Pak Jeli lalu menampar muka lembaga hitam itu tiga kali.

"Awak tak tau ke, bukankah cucu kawan yang awak larikan tu" dia bercekak pinggang mencabar lembaga hitam itu seterusnya.

Lembaga hitam itu cuba menyiku Pak Jeli, tetapi dengan pantas kakinya menyepak pada bahagian dada. Tamin masih juga dikepitnya di celah ketiak.

"Sekarang serahkan cucu aku!" suara Pak Jeli keras mengancam lembaga hitam tersebut.

"Aku tahu asal kau jadi, orang memburu sesat di hutan asal kau jadi" bentak Pak Jeli bertambah marah.

"Awak jangan cari geruh Jeli..." jerkah lembaga hitam itu.

"Awak dapat sahabat baru, sahabat lama dah lupa. Tak mengenang budi awak ni Jeli!" katanya menyindir.

"Kawan tak peduli." sahut Pak Jeli.

"Kalau awak tak serahkan cucu kawan, bertempurlah kita. Belum tentu siapa yang geruh" Pak Jeli teru menyepak dagu lembaga hitam itu.

DIa tetap berkeras tidak mahu melepaskan Tamin yang dikeleknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2013 01:19 AM | Show all posts
Cabaran Pokok Petai

Seperti yang saya katakan Pak Jeli mempunyai cara bomohnya. Dia terpaksa menentang lembaga hitam setinggi 30 kaki dengan kekuatan tenaganya sendiri. Manakala saya dan Aki Sahak tidak menentang dengan kekuatan secara makrifat, tetapi dengan ayat-ayat Quran saja.

"Wallauanna Quranna Suyirat bihhil jibalu.." saya membaca doa lalu menghembuskan dari jauh.

Serta merta terpancar kilat dengan petir memukul kepala lembaga hitam itu.

Saya lihat Aki Sahak menghembuskan ayat, "Lanarjumannakum..." sekaligus memancar panah api menyinggahi tubuh lembaga hitam itu.

"Ampun.." teriaknya merintih.

"Belum pernah kawan jumpa ilmu macam ni tinggi. Ampun...Jeli, minta sahabat baru awak tu, jangan seksa kawan macam ni. Kita bersahabat lagi Jeli" ujarnya merayu-rayu meminta belas kasihan.

"Baru awak tau, siapa sahabat kawan!" ejek Pak Jeli sambil menampar muka lembaga itu tiga kali lagi.

"Cukuplah Jeli, cukuplah" rayu lembaga itu lagi.

"Sekarang, serahkan cucu aku!" bentak Pak Jeli menyepak betis lembaga itu pula.

"Kalau awak nak berlawan, satu sama satu Jeli..." dia mencabar Pak Jeli setelah panah api tidak mengancamnya lagi.

"Awak pun kalau nak berlawan, serahkan cucu kawan dulu" sahut Pak Jeli semakin berang.

"Kalau awak berani, dengan kawan, jangan dengan cucu kawan" Pak Jeli terus menyerbu menyiku rusuknya.

Lenbaga hitam itu terhuyung-hayang akibat disiku oleh Pak Jeli. Tetapi dengan pantas dia cuba membalas dengan menampar Pak Jeli. Bagaimanapun Pak Jeli sempat mengelak. Sekali lagi Pak Jeli menendang dada lembaga hitam berkenaan.

"Bukankah kawan dah cakap, awak tak dapat mengalahkan kawan, bangsat puaka hutan jembalang tanah" Pak Jeli menggertap bibir.

"Sekarang lepaskan cucu aku!" jerkahnya.

Lembaga itu mengejek dengan ketawa. Dia tetap tidak melepaskan Tamin dari keleknya. Ketika ini orang-orang yang ada di bawah pokok hanya mendengar Pak Jeli berbantah-bantah dengan Tamin di atas pokok. Suara Tamin bergaung sampai ke bawah.

"Lepaskan cucu aku!" bentak Pak Jeli lagi.

"Awak kata kuat, cubalah ambil sendiri..." lembaga hitam itu tertawa mengejek.

Kemudian saya lihat Pak Jeli menerkam garang mahu merampas Tamin dari kelekan lembaga hitam itu. Mereka bergomol menunjukkan kehandalan masing-masing. Ketika ini juga Aki Sahak membacakan sesuatu doa lalu menghembuskan ke arah lembaga hitam tersebut. Sekaligus api dari segenap penjuru menyerbu ke arah lembaga hitam.

Terjerit-jerit dia menahan kesakitan. Tetapi Aki terus meniup ke arahnya. Saya juga mengulangi beberapa ayat lain bagi membantu Pak Jeli yang membuat serangan.

"Hazihi jahannamullati kuntum tu'adun..." saya menghembuskan ke arahnya.

Serentak dengan itu petir dan kilat memancar menerkam ke kepala lembaga hitam.

"Jeli, kau berani kerana sahabat-sahabat kau membantu" rintih lembaga hitam itu gementar. "Ilmu sahabat-sahabat kau terlalu tinggi.

Belum pernah aku menentang ilmu yang demikian tinggi..." katanya merayu supaya tidak diserang lagi.

Bagaimanapun Aki Sahak tetap tidak mempedulikan rayuan lembaga hitam ini. Memandangkan Aki Sahak terus menentang, saya juga tidak berhenti dari meneruskan serangan. Asap berkepul-kepul meliputi lembaga hitam setinggi 30 kaki itu akibat tubuhnya terbakar. Dengan yang demikian dapatlah Pak Jeli merampas semula Tamin dari bawah kelek lembaga itu. Sebaik saja Tamin berada dalam tangan Pak Jeli, lembaga hitam itu terpelanting jauh dihembus oleh Aki Sahak. Dia menjerit-jerit kesakitan ketika melayang ke udara ditiup oleh Aki Sahak.

Apabila keadaan pulih semula kami pun baliklah membawa Tamin yang masih dalam kebingungan. Kira-kira hampir jam 6.00 pagi barulah kami semua sampai di rumah Sonok. Terasa mengantuk betul mata akibat keletihan dan tidak tidur semalaman.

Semasa dalam perjalanan balik itu sempat Tapa Sungkur bercerita mengenai apa yang dilihatnya. Katanya dia hairan bagaimana Pak Jeli yang sudah berumur itu boleh memanjat pokok petai yang tinggi macam beruang memanjat pokok saja. Dia tidak perlu menggunakan apa-apa, seolah-olah kaki dan tangannya melekat pada pokok berkenaan.

Semasa dia membawa Tamin turun dari pokok mudah saja kepadanya seperti menjinjing kapas. Inilah yang menghairankan jiran-jiran yang menyaksikan Pak Jeli menyelamatkan cucunya Tamin.

"Kalau macam tu bolehlah ajak Pak Jeli cari petai ke hutan" Tapa Sungkur mengusik.

"Bukan selalu boleh buat macam tu..." cepat-cepat Sonok mencelah bila mengenangkan bapa mertuanya boleh memanjat pokok setinggi 30 kaki macam berjalan di atas tanah saja.

"Hanya masa-masa tertentu saja dia boleh lakukan macam tu. Kalau saja-saja nak tunjuk mampus tak dapat" katanya menerangkan.

"Iya, ini bukan barang permainan..." Aki Sahak pula bersuara keras.

"Jangan heboh-hebohkan sangat apa yang kamu lihat tadi. Kalau boleh perkara di pokok tadi, biar habis di pokok saja" dia mengingatkan supaya keanehan yang dilihat sebentar tadi tidak diceritakan kepada orang-orang kampung yang tidak ikut sama.

Saya juga setuju dengan Aki Sahak. Perkara yang berlaku ke atas Pak Jeli yang dilihat boleh memanjat pokok setinggi 30 kaki seperti berjalan di atas tanah, bukanlah satu pertunjukkan sarkas. Ianya digunakan pada masa yang diperlukan saja.

Walaupun Tamin dapat dibawa balik tetapi keadaannya masih belum pulih. Semangatnya masih dikuasai oleh lembaga hitam yang melarikannya. Sebab itu dia masih dalam keadaan kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.

Disebabkan saya tidak boleh lagi menunggu lama di rumah Sonok, saya pun segera balik ke rumah. Lagi pun saya terpaksa bertugas. Bayangkan bagaimana mahu bertugas dalam masa mata terlalu mengantuk tidak tidur semalaman. Perkara mengubati Tamin saya serahkan pada Aki Sahak dan Pak Jeli saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:30 AM | Show all posts
update asap pls
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 02:24 AM | Show all posts
Bestttt update cepat2 bro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.123507 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list