CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daiman

Abang A penagih dadah.sambungan kisah Fendy..

 Close [Copy link]
Post time 16-5-2013 02:03 PM | Show all posts
x yah jamin..


nk tau kisah ilmu itam jugak.. (da lebih 10 respond lom?)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 02:15 PM | Show all posts
susah2 suh je dia memondan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 02:48 PM | Show all posts
Tuantanah..nak request cerita abang yg berguru dengan suami mona fendy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 03:35 PM | Show all posts
shoryu posted on 16-5-2013 02:48 PM
Tuantanah..nak request cerita abang yg berguru dengan suami mona fendy

tak bley.baru 5 request.aku cakap nak 10 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:04 PM | Show all posts
sy rikues nak dgr cite menuntut ngan fendiii
ni yg ke 6 dah..
lg 4...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 06:31 PM | Show all posts
nak dgr jugeksss kesah nuntut ngn mona pendy tu req ke 7
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 07:15 PM | Show all posts
Bior dia duduk dlm penjara sampai habis hayat. dlm penjara terkawal, ada ustaz, sem jemaah, etc,etc.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:39 PM | Show all posts
x yah jamin TT..
kalau betul2 nak berubah pokok pangkal dari hati..
tp kalau diri sendiri tak kuat lupa kan je la.
memang tak jadi apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 09:12 PM | Show all posts
aku bookmark benang ni sbb nk dgr cte menurun ilmu hitam tu. request ke 8.

better abg a tu duduk kat dlm penjara dr biar melata kat luar. lagipun kat dlm tu ada ustaz yg boleh membimbing kan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:42 PM | Show all posts
sambungan cita tt..

Abang A ni menuntut ilmu hitam melalui hubby mona fendi disebabkan mereka jiran dalam jel.. nak di jadikan cerita Abang A ni mmg rapat dengan Abg B ( suami mona fendi ) ...antara ilmu sihir yang sempat dituntut Abang A ialah ilmu tiga langkah pat2 malim tangkap lalat.. ilmu ni bisa digunakan masa dalam keadaan dharurat di mana kalau dapat tangkap dalam 3 langkah 3 ekor lalat maka Abang A akan ghaib dan kebal..

ilmu lain yang diperturunkan ialah ilmu mak limah kangkung.. iaitu buah pukulan ghaib yang boleh buat usus rasa nak terkentut biasa Abg B gunakan ilmu ni untuk curi ayam dalam reban orang kampung atau curi getah skrap...

ilmu yang menjadi perhatian golongan penjenayah di malaysia turut diperturunkan abg B kepada abg A.. iaitu ilmu cak lempong.. kalau di amalkan 3 bulan berturut turut ilmu ni? maka sudah sampai tahap KITARO.. pakar musik jepun.. dah boleh buka konsert dalam penjara.. ilmu cak lempong ni pantang larang tak boleh digunakan untuk main guitar mahupun viola.. hanya boleh digunakan untuk main kompang, pelempang, penerajang dan drummer..

berkat ilmu kesihiran yang kuat ni maka Abg A berjaya jd kebal dan hebat.. setakat pusher dadah pe barang.. sekarang Abg A ada buka kilang dadah ladang ketum.. barulah usahwan berjaya cm adam
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:47 PM | Show all posts
nak denga pasal suami mona fendy
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 12:36 AM | Show all posts
ok dah cukup 10 request. jom citer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan ini saya nak sampaikan request ke 11, kot tak cukup kuat sokongan permohonan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:31 AM | Show all posts
Jangan dijamin.. anta la ke pakar rawatan islam supaya lembut hati  nya..

Tt sila smbung cite dier menuntut dengan fendi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:50 AM | Show all posts
Hoho..ha TT dah lebih 10 request dah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 01:44 PM | Show all posts
Masa aku sekolah dulu kan,classmate aku anak sedara kepada mona fendy.orangnya cantek,senyuman dia, mata nya sebijik sejibon macam mona.tapi ramai yang tak tau dia anak sedara mona.memasing zip mulut.hehe..saje nak bitau.tak mo tau tak pe.

ok,sebab dah lebih 10 orang berguling2 mintak aku citer kisah Abg A kat dalam unibersiti ( jail la,agar manis sket bila dibaca ) ok2,aku tunaikan.tapi aku mintak ampun sembah ratu sebab aku tak boleh cerita detail sangat.cukup kias2 manja aku cerita sebab aku takut...takut apa..???  sebab aku takut hantu mona n fendi cekik aku..hehe..tak la gurau..aku takut sebab nanti tersilap cerita aku yang kena.yela,kes dorang ni satu malaya bercerita ok.kes Mona dan Fendy ni berhantu tau.aku tak mo kena saman..sorry tau..sorry...

ok,sebelum tu aku berbasi2 dulu..sorry tau aku tak berapa pandai susun ayat.korang paham2 jela sendiri k..

Abg A masuk jail hujung tahun 80an,masa tu aku hingusan lagi.selekeh lagi.tak banyak aku tau apa yang berlaku.aku sempat pegi mahkamah masa dia dibicarakan dan sempat beberapa kali g penjara kajang tengok dia..waktu tu,alamak...kesian sungguh aku tengok dia.nampak keinsafan dalam diri dia.menangis2 mintak mak ayah dia,family aku usahakan keluarkan dia dari penjara tu..kesian.yela,cer korang bayangkan,dia tau dia akan mati.kena gantung..sebab dah trus sumbat dalam bilik akhir.tak de amek diploma,master tapi dah trus amek PHD.ini istilah orang kat dalam penjara.macam tula lebih kurang..

ok,sebelum tu korang kena tau suasana dalam penjara tu macam mana tau.supaya korang takut agar tak nak sesekali masuk situ..dan untuk memudahkan korang faham macam mana Abg A boleh kamcing dengan fendy.
ok,kat dalam penjara tu,kalau dah namanya bilik akhir kan,memang kejenya makan tido berak cangkung.apa yang berlaku kat luar memang tak tau.peribahasanya ialah katak bawah tempurung.ngerti..???  dan kat dalam penjara bilik akhir,tak banyak bilik macam penjara biasa.suasana sunyi,takut,seram,gelap dan penuh dengan keinsafan.bila banduan dah sampai turn kena gantung,orang yang ikut turn pulak beralih ke bilik tu..makin dekat dengan pintu bilik gantung makin dekatla nyawa dia diambil.sorry kalau silap.aku ingat2 lupa apa yang abg A cerita.

satu hari tu ada banduan baru masuk.ditempatkan sebelah bilik abg A.masa tu Abg A tak kenal dan tak tau sape orang sebelah dia.dari memek muka lelaki sebelah dia tu dia nampak yang orangnya tenang,seolah2 dah redha atas kematian dia.tak macam banduan yang first time masuk bilik akhir sure menangis,meraung2,merintih non stop.

soalan pertama yang Abg A tanya,kes apa?
Fendy jawab sepatah "bunuh....! ".

"ok,kau selamat"  kata abg A..

maksudnya selain dari kes rogol banduan mesti boleh kamceng sesama banduan lain.tetapi,kalau masuk dalam tu atas kesalahan merogol,habesla...pergh...kena kaw kaw.ingat lagi nada suara masa abg A cakap " kaw kaw " tu .kes merogol..??? kalau kau merogol seorang kat luar,kat dalam kau kena rogol dengan 100 orang.kau nak..?? kes merogol kat dalam penjara amat serius.dianggap kes paling balaci sekali.biar kau bunuh orang tapi jangan kau rogol orang..ngerti..?? banduan2 sume suka ok kalau ada orang baru kes merogol masuk dalam tu.ha..sesapa yang kat sini nak merogol anak2 dara orang tu,fikirla banyak kali sebab kat dalam tu,kau boleh kena rogol sampai mati..perghhh...insaf tak..?? aku pompuan,so aku terlepas dari kes nak rogol orang

ok,masa hari pertama banyak yang disembangkan tapi Abg A tak tau langsung itu adalah Fendy yang menggemparkan mesia ketika itu..tau pun selepas abg A mintak warden paper.dan warden ada jugak sikit2 bitau pasal Fendy ni.pada mereka yang kat bilik akhir biasa2 je pada mereka kalau kes bunuh,tokan,songlap etc.macam kes Fendy memula tu Abg A tak tau segah mana kes dia.setakat tau kes bunuh,bakar itu biasa2 je.apa yang abg A bitau,fendy sangat peramah orangnya.banyak bercerita, tak sombong dan selalu share ilmu.perangai Fendy memang susah nak duga,sebab waktu siang perangai nya lain dan pada waktu malam perangai nya lain.

masa malam pertama fendy kat dalam jail,dalam suasana yang gelap,sunyi,seram tu tetiba Abg A dengar suara orang sedang bercakap.Abg A cuba pasang telinga,sah suara tu datang dari bilik Fendy.tapi dengan siapa dia bercakap..? wardern..? mustahil wardern sebab warden pun takut nak masuk bilik akhir.apatah lagi pada waktu malam.kawan2 yang lain..? mustahil sebab bertahun dia kat dalam tu dia dah cam sangat suara setiap sorang.Abg A cuba intai sebab jarak bilik Abg A dan Fendy terlalu dekat.sah...! Fendy tengah bercakap dengan seseorang.tapi dengan siapa..???

nantikan sambungannya...nak tau dengan siapa Fendy bercakap ? dan dimana Fendy ketika malam.? tu pun kalau ada request lebih 10 orang..
maseyyy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 02:13 PM | Show all posts
daiman posted on 17-5-2013 01:44 PM
Masa aku sekolah dulu kan,classmate aku anak sedara kepada mona fendy.orangnya cantek,senyuman dia,  ...

ngah request cerita seterus nya
sila jangan bia kn cerita ini tergantung



ikhlas dari peminat cerita mu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 02:18 PM | Show all posts
daiman posted on 17-5-2013 01:44 PM
Masa aku sekolah dulu kan,classmate aku anak sedara kepada mona fendy.orangnya cantek,senyuman dia,  ...

adoi la ko ni.....citer je la bagi abes
letih arrr, asik nk kne request sambungan jer
smpai 10 org lak tu
adohaiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 02:19 PM | Show all posts
edoraixora posted on 17-5-2013 02:18 PM
adoi la ko ni.....citer je la bagi abes
letih arrr, asik nk kne request sambungan jer
smpai 10 o ...

sabar..sabar..kutip tacang dulu..pelan2 kayuh.hujung2 baru kita klimaks k..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 02:58 PM | Show all posts
daiman posted on 17-5-2013 02:19 PM
sabar..sabar..kutip tacang dulu..pelan2 kayuh.hujung2 baru kita klimaks k..

haishhh....camtu plak
xpo la, ambe redho menunggu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.095295 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list