CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 5254|Reply: 43

Jepun Gagal Eksperimen Tukar Kerajaan! Adakah Kita mahu Bereksperimen?

[Copy link]
Post time 8-4-2013 11:27 AM | Show all posts |Read mode
saya petik dari fb : http://www.facebook.com/ILOVETUNM



Meskipun ini adlaah contoh luar negara, tapi kaitannnya untuk Malaysia...

RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA

1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud, Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan tetap "spin" and "spinning".

2. Hari ini, apa yang menarik perhatian saya ketika sesi perdebatan berlangusng di PFB, sdr Ir Abu Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit itu.

3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46 pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46 kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57 kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.

4. Apa yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5 dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.

5. Sebab musabab PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan, (3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan dan Ekonomi.

6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School) dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen, meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2 sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan, memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru. Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45 Jepun.

7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45 GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200% daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.

8. Apabila saya membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan (Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma (Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor, adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.

9. Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli akademik dari M'sia yang berkhidmat di Shobi University yang meminta rakyat M'sia agar tidak mengulangi kesilapan rakyat Jepun dengan memilih Pakatan Pembangkang memerintah negara, hasilannya rakyat juga yg akan menanggung bahana seperti yang dilakukan oleh DPJ sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka. Bahkan yang paling menariknya seorang penganalisis politik terkenal, Micheal J.Green telah mengkritik DPJ yang gagal dalam Revolusi Musim Sejuk dalam satu artikel yang bertajuk Japan's Confused Revolution. Termasuk juga dengan kritikan Assc. Prof Tomoki Takeda dari Daito Bunka University yang menjadikan DJP sebagai bahan lawak jenaka dalam kegagalan Reformasi Politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang di Jepun.

10. Kesimpulannya, tidak hairanlah jika dikatakan, memilih parti yang hanya mampu berjanji, mampu berkata-kata, ibarat menanam tebu dibibir tetai kurang dan amat cetek pengalaman mentadbir yg pada akhirnya rakyat juga yang menderita, akibat terlalu teruju untuk membuat eksperimen pertukaran kerajaan. Jangan pisang berbuah dua kali. Untuk rekod, program TRANSFORMASI oleh Kerajaan M'sia pimpinan BN ternyata amat memberikan impak kepada kestabilan negara ini bahkan berjaya meningkat pertumbuhan ekonomi negara. Saya tidak berhasrat mengulas panjang program TRANSFORMASI ini memandangkan DS Mohd Najib telah membuktikan dengan 100 kejayaan yang dilakarkan dalam masa 4 tahun !.

Bacaan luas :
http://zeenews.india.com/news/wo ... ections_816987.html

Hutang Negara Jepun :
http://www.ft.com/cms/s/0/2ba018 ... .html#axzz2PTLWJNP0

Kenyataan Assc Prof
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... n_Raya&pg=pr_04.htm

Buat Perbandingan Manifesto DPJ dan PR :
http://www.dpj.or.jp/english/manifesto/manifesto2009.html

http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf

Kritikan ke atas DPJ :

http://csis.org/files/publication/twq10januarygreen.pdf

http://www.japantimes.co.jp/opin ... tform/#.UV0e75NTBPI

http://csis.org/files/publicatio ... n_JapanPlatform.pdf

Last edited by mylia on 8-4-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 11:59 AM | Show all posts
kne try jugak... mana tau menjadi

klu xjadi pun xmati... masih ckup mkn...
jepun xde kene malapetaka pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:16 PM | Show all posts
bro ker sis,

ko pernah gi jepun tak.....nie nak criter pasal jepun, jepun maju lebih 30 tahun dari malaysia, nak minum air tak yah pakai coway ker bio aura ker,minum trus dari paip, jepun x pernah blackout macam msia, public transport jepun maju, jalan dlm 100 meter dah jumpa comuter , subway, harga barang naik 10 tahun sekali, harga tiket comuter x pernah naik ....
harga kereta murah dik oiii, tak mcm m'sia.......member aku kerja kat Jepun dua kali bonus pun dah beli kereta cash, ....sama ker dengan msia....
kalau nak mcm jepun kalau dengan kjaan sekarang 100 tahun pun belum tentu lagi.......kita kena ubah kerajaan kalau nak jadi mcm jepun..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:54 PM | Show all posts
langau posted on 8-4-2013 12:16 PM
bro ker sis,

ko pernah gi jepun tak.....nie nak criter pasal jepun, jepun maju lebih 30 tahun dar ...

Br lek dr nippon jgk..jauh maju sgt beza dgn mesia..kalo nak jadik depa bkn setakat survival politik jer..minded org mesia pun kena move forward..banzaii..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:04 PM | Show all posts
so? kalu jepon bleh bagi percubaan sepenggal kenapa kita takbleh??

kalu kita takbleh bagi parti lain walau sepenggal kenapa mahyudin dgn bijan
merayu2 mintak sepenggal dikelantan??

.....fikir2kan la

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:06 PM | Show all posts
menteri jepun kalau gagal dalam menjalankan tugas dorang letak jawatan...menteri kita?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:47 PM | Show all posts
jangn sama kan negara Malaysia dengan negara lain...BODOH!!!!! kan ke ayya mahadey selalu ckp..apasal ko poyo sngt ingkar sabda nabi melayu kite tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Oleh kerana jepun gagal maka kita kena lupakan la untuk tukar kerajaan malaysia secara demokrasi... Ape punya pikiran la yg dia ikut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 03:44 PM | Show all posts
korupsi pun tak terlawan... malaysia 49, jepun 74... skala lagi rendah lg corrupt.. lg tinggi kurang corrupt... markah dr 0 smpai 100.. negara paling tinggi markah zero corrupt denmark, finland, New Zealand... tgkla kedudukan jepun ngn mesia.... beza.... sumber http://www.transparency.org/cpi2012/results

pasni habisla... mesti akak listen cakap ngn aku suh pindah jepun kan?????....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 04:31 PM | Show all posts
          agaknya pengundi2 kat m'sia ni sebenarnya bukan la nak tukar kerajaan tapi nak tukarkan beberapa orang menteri/ketua menteri/perdana menteri ???  jadi jgn kerna nyamuk; habis kelambu/rumah yg dibakar.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 05:55 PM | Show all posts
tukar kerajaan ke tukar orang yang dalam kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 07:15 PM | Show all posts
KAHKAHKAHKAH

Ni hape punya thread bangang nih? Jepun Gagal?KAHKAHKAHKAHKAH
Adoi...nak tercabut usus kanan aku gelak..TT nih budak baru abes UPSR ker? seriously Jepun Gagal?KAHKAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 07:57 PM | Show all posts
Bangang macai mana yang mewujudkan thread bebal abadi ni?MARK THAT NAME.

Tolongla wey,ni klau buat tesis final year project ni konfem berakhir di tong sampah. Nak buat comparison, buatla betul2. Amik reference celah bedah mana entah. Cakap pasal Jepun, pernah pegi Jepun?Ke xde duit nak pegi Jepun?
Jepun dengan Malaysia ibarat langit dan bumi dari banyak aspek (ni basic knowledge,klau tak tau,sila google sendiri) dan author artikel tu cuba nak bandingkan langit dan bumi?Failure.Total failure. Klau nak bandingkan negara dan negara, bagi contoh negara yang memiliki taraf/level yang seimbang dengan Malaysia. Jangan pakai 'kepala lutut'. Macam bandingkan Toyota/Honda dengan Proton. How shame. Tengok tajuk artikel pun dah tau yang artikel ni hanya layak dibaca oleh mereka yang 'buta ilmu'.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:15 PM | Show all posts
dalam bisnes, mike maddock kata berani gagal..Fail Forward

cuba ko tanya genuine businessman (bukan krooni businessman) ko orang rase depa bleh terus berjaya ka? cuba ko try niaga tepi jalan,,try tengok bleh success tak?

nanti ade orang kate..tu PR takde experience? firstly, dah tadbir 3 negeri, terbaik ato antara terbaik ikut audit negara..tak macam Pahang, nogori, sabah
kedua, dalam negeri pakatan, agak brape orang kena tangkap rasuah dalam 5 tahun ni?
ketiga, BN janji nak turun harga kereta SETELAH memerintah 50 tahun lebih..ada logic kaaa????
keempat, bekas general tentera, bekas ahli politik bn, artis, bekas polis, termasuk Musa Hassan pun dah cakap 'nuetral', yg tinggal dalam BN bekas (tunggu 4 lima hari je lagi) kena tuduh rasuah, kaku pompuan, liat bayar hutang, kaki todi, gadai tanah melayu penang, cak keting, selak kain

so, nak kate ape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:34 PM | Show all posts
kalau nak ikut track record 5 taun kebelakangan ni rasanya pr lebih baik kot dalam management pemerintahan berbanding bn. tak payah la nak bandingkan 55 tahun sebab yang bangunkan malaysia dulu bukan najib tapi pemimpin2 terdahulu termasuklah tun m ngn anwar jugak. so kita bandingkan la 5 tahun terakhir ni. mungkin ade forumer yang lebih arif bleh jelaskan siape yang lebih baik dalam pemerintahan selama 5 tahun kebelakangan ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 08:37 PM | Show all posts
TT cuma post je kat sini.. terpulanglah pendapat masing2.. x payahlah nak melahar pula.. tambah2 pula nak hina dengan soalan pernah/mampu pergi Jepun ke tidak. Kadang2 yang bercakap tu perlu muhasabah juga.. tak perlulah TT nak jawab sbb akan timbul riak.

cuma apa salahnya memberi komen yang sopan sekalipun mungkin tidak akademik. Penulis tu dah buktikan menerusi beberapa journal. antaranya published di Washington quarterly pun. Academic Journal selalunya berdasarkan kajian/pemerhatian yang telus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 08:59 PM | Show all posts
cuba ko baca tajuk ko skali lagi so kalo nak pos, kena defend le..baru le gentleman or gentle women..

jangan selak kain dah le
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:19 PM | Show all posts
I dont give a 'f' with journals sebab aku punya work sekarang hari2 mengadap JOURNAL. I knew it.

The problem is..how can JEPUN, di bandingkan dengan MALAYSIA??Ada paham??
Yang si author tu kaji negara JEPUN, ada JEPUN nak buat perbandingan dengan MALAYSIA?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:27 PM | Show all posts
ya btul..journal2, reviewer ni macam krooni gak la, kalau artikel kat UK kate

reviewer pun researcher gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:19 PM | Show all posts
Bukan setakat Jepun jek. Mesir pon sama ...............dulu sibuk berdemo nakkan Morsi, sekarang sebok berdemo nak jatuhkan Morsi. Kat Libya ................ marahkan Ghadaffi ................. sekarang hidup lagi melarat berbanding zaman Ghadaffi. Indon pon sama ................. marahkan Suharto nakkan Gus Dur yang kaki toron lat2 Gus Dur keluar imej alim, rakyat Indon suka................. lagi hampehh ada.

P/S Perubahan tak semesti kearah kebaikkan............silap2 hari bulan merana badan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.181609 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list