CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 21066|Reply: 53

[Jenayah] Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

[Copy link]
Post time 6-2-2013 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Perogol bersiri dipenjara 115 tahun
RABIDIN ketika di luar Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.



RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.

Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.

Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.

Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.

Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.

Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.

Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 08:00 AM | Show all posts
eh...bukan dia ada kes bunuh jugak ker?syabbas=> Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 08:25 AM | Show all posts
hmm
bagus pun dijalankan berasingan tuduhan tu
bak kata laki aku, klu dia mati dlm penjara pun
biar kubur dia pun kat dlm penjara tu
bukan dlm kawasan perkuburan penjara
tp ni penjara khas yg klu org nak melawat kubur dia pun
ala2 masuk dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 08:41 AM | Show all posts
nape xhukum gantung je lepas penjara barang 25-30thn?bela lame2 pun buat semak dan mengabihkan boreh penjara aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:31 AM | Show all posts
penjara 125 tahun je?

jenis mcam ni, kluar je dr pntu mahkamah, tembak je, kasi kojol trus, org mcam ni takde value...

klau dia masuk penjara 125 tahun tu, ,membazir  duit la nak bagi dia makan minum dlam penjara tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:37 AM | Show all posts
oni313 posted on 6-2-2013 10:31 AM
penjara 125 tahun je?

jenis mcam ni, kluar je dr pntu mahkamah, tembak je, kasi kojol trus, org m ...

Betul....
bazir duit kita yang bagi secara tak rasmi...
ini mmg poyo...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:38 AM | Show all posts
RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.
jawa beli IC...

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:39 AM | Show all posts
siap ler kena liwat dlm penjara....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 10:46 AM | Show all posts
kasi bunuh mampos jer, membazir duit rakyat bgi dia mentekedarah.

nway selalunya pesalah kes rogol esp rogol kanak2 memang kena sodom dlm jail. semoga rabak ju bo ko setannnnnn!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:55 AM | Show all posts
ikat kaki tangan campak ke laut je la..boleh gak ikan makan.
benci aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:56 AM | Show all posts
moge insap dan bertobat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:58 AM | Show all posts
jauhi arak dan dadah! Punca segala Jenayah!

teringat satu kisah yg diceritakan ustaz dulu-dulu, (aku cuma ingat jalan ceritanya

Kisah seorang lelaki (Si A aku gelarkan) yang kuat beribadah .. lalu syaitan pun cuba untuk menggurkan iman lelaki tersebut.. bagi menjayakan misi itu, syaitan tadi telah menyamar menjadi seorang yg kuat beribadah dan sentiasa mengalirkan air mata semasa beribadah...

lalu si A tadi memerhati dari hari-ke hari si syaitan tadi beribadah dengan air mata, lalu si A bertanya bagaimana dia boleh beribadah sebegitu rupa.. sia A pun teringin beribadah seperti si syaitan yang menyamar kerana memeikirkan ibadanya belum cukup sempurna, Si syaitan menjawab, dia telah melakukan perlbagai kesalahan seperti mabuk merogol dan membunuh... sebab itu dia benar2 ingin bertaubat dan beribadah sedemikian rupa,,,

lalu si A pun berfikir ingin melakukan ibadah seperti yg ditunjukkan syaitan tadi, dia pun berkira-kira ingin melakukan kesalahan, bermain di fikirannya, kalau membunuh, besar dosanya.. kalau berzina, besar jgak dosanya, kalau mabuk minum arak.. cuma mabuk sahaja... Lalu si A pun pilih nak minum arak dan dia pun meminum Arak sampai mabuk, bila dia mabuk datanglah seorang wanita, lalu berzina dengan wanita tersebut... selepas itu, wanita yg dizinanya pun mengandung, kerana ketakutan, dia pun membunuh wanita tersebut.... apabila diketahui org Si A pun ditangkap dan dihukum.. semasa saat kematianya dihukum, datnglah si syaitan tadi.. dan berkata ke pada Si A, "aku tahu kau dalam kesakitan maut, bagi menghilangkan kesakitan itu, si syaitan tadi menawarkan untuk menghilangkan kesakitan maut itu.. maka Si A pun bersetuju.. Syaitan pun berkata.. kau mesti mengaku Aku (syaitan) sebagai tuhan kamu! Maka si A pun mengikut kata si Syaitan.. lalu matilah si A tadi dalam keadan yg kufur...

kesimpulannya jauhi perkara ang memabukkkan kerana ia ibu segala DOSA..




Last edited by orgkpg on 6-2-2013 12:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:37 PM | Show all posts
Jgn diberi parol awal sgt ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:45 PM | Show all posts
Kes dier rogol bini org dan tembak mati laki mangsa tak sebut plak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:10 PM | Show all posts
buat abeh duit beras dekat penjara baik bagi beras tu dekat yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:21 PM | Show all posts
bayangkan trauma mangsa2 dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 03:31 PM | Show all posts
elok la mampos kat dalam penjara tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:44 PM | Show all posts
kaum ni nape ye suka sgt merogol sana sini termasuk kdg rogol anak dan cucu sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:45 PM | Show all posts
mjla posted on 6-2-2013 12:45 PM
Kes dier rogol bini org dan tembak mati laki mangsa tak sebut plak.

Kes rogol and bunuh tu disebut beransingan nanti yg tu nnt dituduh akta 302
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 04:11 PM | Show all posts
berani dia minta hukuman dikurangkan selepas merogol ramai budak/remaja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-10-2022 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.096035 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list