CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1658|Reply: 11

[Tempatan] Wanita buang air tengah jalan naik angin hayun payung

[Copy link]
Post time 15-12-2012 07:31 PM | Show all posts |Read mode
KUALA KANGSAR: Enam lelaki terpaksa bergelut dengan seorang wanita yang tiba-tiba mengamuk sebelum cuba menyerang orang ramai menggunakan payung besi dan pemutar skru.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, wanita berusia 50-an itu dikatakan mula meracau dan ‘naik angin’ apabila kereta dipandunya mengalami kerosakan di tengah-tengah jalan raya berhampiran Jalan Kuala Kangsar ke Taiping, di sini.
Saksi kejadian, Mohd Izudin Alwi, 30, berkata, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba berhenti di tengah jalan menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan. Menurutnya, wanita tempatan itu yang memakai kemeja-T jingga kemudian keluar dari kereta Proton Iswara dinaiki sebelum tiba-tiba membuka seluar dan membuang air kecil di tengah jalan.
“Saya terkejut dan tidak percaya dengan tindakan wanita itu. Malah, beberapa pengguna jalan raya turut berhenti kerana terkejut dengan perbuatan wanita itu.
“Beberapa orang awam yang cuba menegah dan menghalang perbuatan wanita itu bagaimanapun terkejut apabila wanita terbabit mengeluarkan payung dan pemutar skru sebelum cuba memukul orang ramai yang mendekatinya,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila ada orang awam cuba memujuk wanita itu menyerahkan kunci kereta bagi membolehkan kenderaan yang rosak itu dialihkan ke pinggir jalan.
Malah, wanita itu turut menjerit dan memaki hamun orang awam yang cuba memujuk dan menghampirinya sambil dia mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Sikap aneh wanita itu menyebabkan orang ramai terpaksa menghubungi polis di Balai Polis Kuala Kangsar bagi menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

“Beberapa anggota polis dibantu orang awam kemudian terpaksa bergelut dengan wanita itu sebelum dapat menahan dan mententeramkan wanita terbabit. Dia kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, suami mangsa yang enggan dikenali berkata, isterinya itu mengalami masalah sakit jiwa sejak hampir 10 tahun lalu.

MOD kalau ada sila tutup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 07:38 PM | Show all posts
gile..... leh plak dpt lesen memandu tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 07:43 PM | Show all posts

mintak2 ler aku tak dapat isteri gila meroyan macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 07:45 PM | Show all posts
kalo dah tau binik tu sakit jiwa.. tak payah ler suruh dia dribe....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 07:46 PM | Show all posts
balai polis kuala kangsar... abang ipar anya ketua polis situ....
kesian lah terpaksa berdepan dengan kes2 mental sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 07:50 PM | Show all posts
dekat2 dengan kampung @noor2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 07:53 PM | Show all posts
blh plak drive
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:09 PM | Show all posts
mgkin dia nak terkencit no masa tu
tetiba keta rosak
tu yang dia ngamuk bila orang tgk dia kencing atas jalan
takkan nak kencing dalm keta sendiri
klu dia pakai kain ok lah kot
cankung je kain tu blh kaber
kul pakai suar susah skit nak kencing

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 09:01 PM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 15-12-2012 08:09 PM
mgkin dia nak terkencit no masa tu
tetiba keta rosak
tu yang dia ngamuk bila orang tgk dia kencin ...

hahaha... good one pittsburgh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 09:12 PM | Show all posts
Kesian pula kat perempuan tua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 09:23 PM | Show all posts
~anya~ posted on 15-12-2012 09:01 PM
hahaha... good one pittsburgh...

tu lah anya
klu pompuan nak terkewncing sgt
mmg susah
takkan nak pancut kat semak
klu lelaki blh gak pamcut dlm tin kt dlm keta ke klu siang

maybe puan tu mmg skit jiwa
tambah lagi pressure dr org ramai yg kutuk dan hina dia masa kencing kat ats jalan
mmg ler mengamok
silap2 blh kuarkan cekak  silat si ppuan tu wlupun tk pnh bljo tekwando

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 10:17 PM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 15-12-2012 09:23 PM
tu lah anya
klu pompuan nak terkewncing sgt
mmg susah

hahaha... itu kuntau payung beracun tahap kelima itu...

tapi seriouslah pittsburgh..
pompuan memang susah bila jalan2 nak terkencing tapi takde tempat..
kalau stuck dalam jam kat highway... berjam2 menunggu sementara nak dapatkan toilet r&r
memang terseksa lah... jadinya kita boleh faham lah tekanan ahsoo ini..
dan mengapa dia tak menyempat2 terkencing di situ juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080346 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list