CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: DumBell

(koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki

  [Copy link]
 Author| Post time 6-1-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 6-1-2022 02:31 PM
salam dbell....lama dbell tak muncul kat mps ni
kawan pun lama dah x masuk mps
sila2...cerita yg b ...


salam aoknye.. mentelah aok on9 ni kawan nok tanya pasei org chenor yg buat gewang te.. aok kenai tak?.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:02 PM | Show all posts
DumBell replied at 6-1-2022 03:28 PM
salam aoknye.. mentelah aok on9 ni kawan nok tanya pasei org chenor yg buat gewang te.. aok kenai  ...

maap ler...kawan tak kenei ke dia
bukan org kampung kawan, dia beloh ke bandor nu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 10:13 PM | Show all posts
jilid iii

Di Sorok Hantu Kopek/Tetek

Bulan Syaaban sudah dipenghujung harinya,maka tibalah masanya umat islam seluruh dunia untuk bersedia dgn bakal tibanya bulan yg berkahnya dibuka pintu pintu langit dan tertutupnya pintu pintu neraka rapat rapat,beningnya cahaya syurga dan harumnya angin kala bulan itu tiba..yaa..bulan ramadhan..
Marhaban Ya Ramadhan!!!
..dahulu bila masuk ramadhan,org bermalas malasan duduk dirumah kerana panas dan teriknya waktu kala itu..bila bulan itu dikurniakn oleh ALLAH SWT dgn berkah dan limpah redhanya..maka panasnya bkn seperti zaman bahari..panasnya tempiasnya syurga dan anginnya angin dgn tempiasnya bauan syurga ditambah ada malam2 istimewa buat insan insan terpilih dlm bulan itu..malam lailatul qadr..

Buat warga kampung pelbagai ragam dampak dilihat,ada yg memikirkan rezeki,ada yg memikirkan barakah,ada juga yg memikirkan hal dunia..buat kanak2 pula..bulan puasa amat ditunggu tunggu mereka kerana pada malam2 tersebut,ditutup hati2 untuk merasa takut diganti dgn rasa gembira dgn permainan permainan yg selalu di maintan tiap tiap tahun oleh mereka..yaaa inilah masanya,waktunya bermain mercun,bunga api,meriam kabait dan bermain permainan polis sentri one two jaga,zero fine atas jalan,berbasikal malam dan main sorok sorok sampai jumpa..

Pada kebiasaannya panjut dan pelita akan dipasang di kaki lima jalan sepanjang menuju ke masjid..makanya cerahlah kampung kala itu,(tradisi tiap tahun  itu kini lenyap ditelan zaman)
maka bermulalah cerita abg ju disorok hantu..

dgn lafaz bismillahirrohmanirohom...

Sudah masuk hari ke-3 puasa,feel ramadhan masih belum masuk kejiwaku..mana taknya badan belum rasi dgn lapar dan dahaga.."ahh,hari keempat insyaallah hilang la kut",pujuk hati miah pada dirinya..sambil baring tengah hari dan memikirkan apa yg mak sarah akan menyuruhnya membantu memasak untuk juadah berbuka buat adik adiknya tiba-tiba ada suara sapaan dari luar rumah.."suara mcm ramai"tiba2 lamunan miah terhenti dan bingkas bangun dari baring sambil mendodoi adiknya yg masih kecil dan tak reti puasa itu.."haa ko atan,chot,anon dan sarimah"..ngko org dtg tengah hari buta ni kenapa? pekik simiah pada sahabat sahabatnya.."xde apa miah..ni atan ajak main nyorok nyorok lepas kita main meriam busut(kabait)malam ni.."kata si chot dgn nada serius dan tersenyum kambing biri birinya.."ohh..ok lah..aku ok je,panggil le yg lain lain pakat2 main ramai2 baru syok!!"kata si miah dgn tgn digenggam dan ibu jari ke atas tanda setuju dan best..


bersambung..maaf sahabat nanti sambung balik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 10:16 PM | Show all posts
DumBell replied at 11-1-2022 10:13 PM
jilid iii

Di Sorok Hantu Kopek/Tetek

nama nama dah diubah..nama akak dbell pun dbell ubah dan cuba selami bait2 perbualan dia masa bercerita kisah ni dan kata2 org org kampung yg mencari abg ju yg hilang disorok hantu tu..tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 02:13 AM | Show all posts
sambungan...

"Bzzttt..cerrr..tezetttt..krappp..krapp.." lagi lagi sikit lagi..jerit adiknya miah dari dlm rumah sedang melihat siarat tv yg terganggu.."dah ok ke"pekik miah dari luar rumah sambil memusing tiang antena tv dari jenis buluh..hari sudah memaling ke senja..miah perlu cepat kerana sekejap lagi akan berkumandangnya azan marghrib,bunyi azad dari masjid susah dan payah didengar kerana jauh,maka keluarganya hanya menggunakan siaran tv ataupun radio,disebabkan radio jenis national mereka rosak dan tiba2 siaran terganggu,mungkin kerana angin kuat memusingkan arah frekuensi antena..

"btzztt,blib blib..bunyi frekuensi di kaca tv yg kelabu bintik2 memaksa mencari frekuensi..zup!! keluar juga akhirnya tetapi terlewat melihat intisari rancangan,dan sekarang keluar waktu imsak dan berbuka dgn lagu padang pasir.."haaaa..along!!! dah,dah.dah ada siaran!!"terang adik miah sambil berlari ke muka pintu memanggil akak sulungnya.."ok ude..sambil miah berjalan masuk ke rumah dan meyambung membantu maknya membuat pemanis mulut,disebabkn kuih melaka paling cepat dibuat pemanis mulut,maka miah cuma membuat kuih itu dgn mengukur kelapa menggunakan kukur kuda kepang(kukur kayu),
"Alhamdulillah"sebut miah,nak sengkak perut kerana membalun macam macam hidangan,dari tapai ubi,nasi berlaukkan asam pedas,kuih melaka dan air sirap cap bunga ros..miah menyandar di tiang seri sambil memujuk perutnya agar selesa untuk melakukan ibadah selepas ini..selepas selesai marghrib,miah dan 2 lagi adiknya ke laman rumah untuk menyalakan pelita dan bermain bunga api..sedang asyik bermain,datang lah kawan2nya untuk bermain permainan nyorok-nyorok dan kesepakatan itu telah dipersetujui mereka petang tadi..

maka bermulalah permainannya,mereka diundi untuk mengetahui siapa yg jadi tukang cari dan siapa yg dicari..dan undian tersebut,miah menjadi tukang cari,kawasan permainan pula adalah di kwsn rumah pak hammad dan pak harun..pusingan pertama,miah berjaya mencari kesemua pemain dan org yg pertama dapat jumpa adalah si chot..maka pusingan kali ini chot menjadi tukang cari...

dan bermulalah episode yang panik..chot dapat mencari semua org kecuali ju,puas mencari dan chot mengalah kerana tak dapat mencari ju..ramai menunggu ju keluar tapi tak keluar2,dan mereka berfikir ju balik rumah sebab masa sudah menunjukkan pukul 11 malam,dan mereka bersurai..

tengah hari itu,mak minah datang kerumah"assalamualaikum rah",aku nok tanye ade ju main kat sining dok malang(malam) takdi?dia dok balik lagi ni,"terang mak minah dgn nada risau.."haa miah ,semalam engko dgn geng-geng ko main umah pak hammad kan? aju main jugak kan? tannya makku.."haah mak,tapi kiteorang ingat aju balik rumah sbb panggil2 tak menyahut.."terang miah pada maknya..ishhh,bg tau abah engko dgn pak hammad cepatt!! bentak mak dan miah berlari ke rumah pak hammad untuk memberitakan kehilangan si aju,dan petang itu penuh lah warga felda di rumah mak minah,pak ripin suaminya mak minah mendengar tak limat pak hammad untuk membuat gerakan mencari aju di ladang getah berhampiran,dan yg selebihnya mencari di rumah rumah berdekatan..pencarian dimulakan pada petang itu juga dan selepas waktu berbuka segelintir pula membantu mencari aju..tetapi hampa..tiada jejak tiada tanda,aju hilang bergitu sahaja,berita aju hilang pantas tersebar ke seluruh warga felda,dan gossip gossip dan treori konspirasi pun tercetus,ada yg mengatakan aju mungkin di culik org untuk dibuat bahan sesembahan untuk membina jambatan dan bangunan,ada pula teori lain iaitu aju mungkin diculik untuk dijual organnya ada pula bercerita hilang diambil bunian...

sudah 4 hari mereka mencari aju,mak minah sudah kesedihan sejak 2 hari lepas,pak ripin sudah buar keputusan untuk membuat kenduri tahlil,dan abahku muncul bersama pak addam yg baru balik dari terengganu,"haa dam,tu siripin tu dah pening tu"ucap ayah ku,masatu aku bersama mak tengah tenangkan mak minah sambil aku membantu membuatkn air minuman.".mcm ni pin,lepas buka pose,kita ke rumah karim, berkumpul kat sana,"terang pak adam,mereka setuju dan marghrib itu..

marghrib itu mereka solat hajat di ruang tamu rumah,tiba2 bau kemenyan menusuk hidung..dan pak addam bangun dan berkata,kita ke rumah hammad..sesampainya di rumah pak hammad.."Assalamualaikum mad"ucap pak adam,ayah ku dan pak ripin,"waalaikummussalam,"sambut pak hammad,haa nape ni?tanya pak hammad dgn rasa pelik dan curiga.."gini mad,budak tu kt bawah rumah mu,jom tolong kami suluh kt bawah kolong tu"tegas pak adam,pak hammad bingkas bangun dan mencapai lampu picit cap kucingnya(everyready) dan bersama kami menyuluh di bawah kolong rumahnya..aku tak ketinggalan melihat dari sisi kolong,tak berani nak masuk bisik hati miah pada dirinya sendiri..haa dah jumpa!! pekik ayahku dgn sinaran lampu picitnya aku lihat di sebalik busut bawah rumah itu,aju sedang memakan sesuatu dalam bekas tempurung,badannya penuh bintik2,miah lihat,pak adam menyarungkkn kain dan memeluknya serta menyeret aju keluar kolong yg amat rendah,kalau orang dewasa perlu merangkak masuk,bagi kami yg kanak kanak ni hanya berjalan itik untuk masuk...
..dan malam itu penuh isi ruang rumah mak minah dgn org ramai ingin melihat kondisi aju yg kurus dan badannya dipenuhi gigitan nyamuk,..
semasa pulang kerumah,miah bertanyakan tentang aju,dan ayah miah berkata"aju disorok hantu kopek,dia makan telur semut dalam tempurung kelapa,dan kalau tak cepat lagi 2 hari dia meninggal sbb kekurangan air dan gizi makanan...terang ayah miah padanya.."oo " sahaja yg terkeluar dari mulut miah tika itu..dan kisah itu diceritakan pada aku pula oleh kak miah...

"zazzzz..aku melepaskan tali pancing,aku harap lemparan itu tidak menanggalkan umpan udang hidup ku..dan aku meletakkan di pancang dan terus ke pokok ketapang dimana ada sahabat yg baru aku kenali tadi..dia pun sekeluarga bercuti di pengkalan balak melaka.."haa,mcm tu lah ceritanya ikmal" tegasku padanya yg kulihat dahinya berkerut pelik.."itu la aku pun pelik bulan puasa ada hantu.."hahaha,kami bergelak sakan sambil aku melirik ke joran aku untuk memastikan kalau2 ada ikan yg sudi menggetu umpan ku,maka joran akan bergoyang..huhuhu..

sedang asyik bersembang,tiba2 aku lihat ada sepasang suami isteri berlari memegang anaknya dari air pantai ke persisir..mcm sesuatu terjadi tu " aku bersuara pada ikmal sambil telunjukku mengarah ke pasangan itu,kami bingkas bangu dan berlari kearah mereka..sesampainya kami ikmal bertanya"eh kenapa bang".."dgn nada kelam kabut dan marah abg itu bersuara,"entah la,anak aku gi pegang obor obor ,tiba2 menagis dan bagi tahu gatal,kalau engkau berdua tanya bukan boleh baik pon,pantat betul"aku tersenyum dan berkata"jap bang angkat anak abang ke pangkit,akak pulak gi ke kedai sangkut tepi2 pantai pengkalan balak ni,gi beli tapai,tak kira la tapai apa pun"tegas aku sambil memaut anaknya dan menuju ke pangkin batu berdekatan kami,"abang bawak anak abg ke tpt mandi awam tu kita mandi air paip dulu,"abg itu mengikut kata kami,satu lagi masalah timbul,kami tak bawa duit dan tukang jaga tandas awam itu tidak membernarkn kami masuk,dan aku mencagarkn jam tangan hadiah perkahwinanku dari isteri untuk membuat kesepakatan mencagar dan akan aku datang balik dgn duit 50 sen nanti setelah urusan mandi selesai,sbbkn situasi menegang dan perlu cepat ,mcm tiada masa untuk ke chalet mengambil dompet..benarlah kata org tua-tua,"sediakan payun g sebelum hujan..huhuhu,selesai mandi kami ke pangkin batu tadi yg telah diduduk menunggu oleh isteri abg(tak tau nama)dgn seplastik beso tapai..aku dan dan tergelak,anak abg tu yg asyik nangis pun dah hilang kesiannya..aku terus mencapai tapai pulut dan menyuruh abang itu memerah tapai ke mulut anaknya utk keluarkan  air tapai itu..setelah tapai ke empat,baru hilang gatal dan bisa obor2 itu,dan aku berpesan pada abang itu untuk ke klinik segera untuk mengambil suntikan,sbb yg tadi tu petua sahaja takuty malam karang naik gatal balik,pasangan itu mengucapkan terima kasih pada aku dan ikmal,setelah selesai aku ke pancingku dan ikmal ke keluarganya untuk memaklumkan ttg ampai2 tgh banyak di persisir laut pengkalan balak,dia takut anaknya pula kena sengatan obor2..
dgn ilmu kumpau yg aku miliki,ternyata ilmu itu ampuh,seekor ikan pun tak dapat,,cilaka betul(hahahaha)aku mengarau pancingku dan ke chalet bersihkan badan,keesokan paginya aku  dan keluarga balik ke ibu kota,sesampai nya dirumah..aku baru teringat tentang jam yg aku cagar tu..dalam hati aku"alamak kalau betara guru tau ni masak aku kena bebel seminggu"..huhuhuh..

tammat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 02:15 AM | Show all posts
DumBell replied at 20-1-2022 02:13 AM
sambungan...

"Bzzttt..cerrr..tezetttt..krappp..krapp.." lagi lagi sikit lagi..jerit adiknya miah da ...

kalau ada waris abang penjaga tandas tu..sori bang terlupa..hahaha,dah cari abang kerap ke sana juga tapi tak jumpa...kalau boleh jgn jual la jam tu,kalau terpaksa jual lah sbb dah jadi hak abg,sayaje yg culas dan tak teringat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 01:23 PM | Show all posts
~Kisah Perjalanan Berjumpa Cikgu~~

petang itu selesai kerja aku balik ke rumah menaiki moto ku seperti hari hari biasa,dlm perjalanan mcm mcm aku jumpa,kelakuan manusia yg kegopohan,kelakuan mode bertenang sampai ada yg hi beam,dan macam macam lagi,bagi aku itu satu peringatan untuk AKU berwaspada,sentiasa awas(Anda Waspada Anda Selamat..A.W.A.S)tak kira kemana kita pergi,terlintas ucapan arwah guruku..ikut resam padi,ikut adat lebah..setinggi mana ilmu yg ada tetap lah zuhud dan memuliakan org lain dan sehebat mana kita dan banyak mana pengaruh kita tetap bermanfaat pada semua..itulah pokok padi,dan itulah koloni lebah...kata kata itu terngiyang ngiyang ditelinga ku yg kepalaku disarung topi keledar pakistan jual karpet(helmet index) yg talinya yg merapuh dan skin kalernya berbalar..alfatihah buat cikguku,ilmu mu bermanfaat dan moga dgn ilmu yg diajar pada kami ini menjadi taman taman syurga buat mu di alam kubur..aminn..

sesampainya aku di rumah ku..aku masuk rumah dan menanggalkan pakaianku yg tersedia baldi berwarna merah di tepi pintu rumah,aku buang pelitup mulut  di tong sampah dan spray sanitize dan  mencapai
kain sal yg sudah disediakan isteri ku tersangkut di kerusi makan,(sbbkn rumah flat meja makan dekat pintu depan dan ruang tamu)aku mencapai kain sal dan menanggalkan semua pakaian dan meletakkan ke dlm baldi yg tersedia itu,aku mencurahkan air se jug dan sedikit clorox dan sedikit spray sanitize untuk last touch up kemasan terakhir,dan aku terus menuju ke bilik air untuk mandi dan bersihkan diri..selesai semua itu aku baring untuk hialngkan sisa kepenatan bekerja..

sedang leka berbaring,isteriku merapatiku dengan muka yg ada seribu satu makna dan maksud,aku mula tergelak dan menggeleteknya sambil bertanyakan gerangan maksud hatinya yg terbuku.."ibu ni mcm nak kabo menda kat babah ni,cuba bg tahu?"terang ku sambil menggeletek belikatnya.."hahaha,kikiki,xyah la babah!!haa,geli weh..aa,xde pape lah saje"..terang nya,,"tak perlu la sembunyi ibunya,lihat raut wajah ibu babah dah tau ada menda nak kabo,cer kabo baru la tau,setuju tak setuju tu lain kira.." pujuk ku pada isteri agar dia menceritakan apa maksud dihatinya.."mmg ada,tapi babah kena janji setuju ea?" terangnya..dan dan aku tergelak besar ,,dalam hati aku,itulah perempuan,nak kata apa dah PEREMPUAN,semua betul,yg salah kita yg jadi lelaki ni..hahaha aku sambung gelak,"kan babah dah kabo,setuju tak setuju tu belakang kira,cerita dulu,mana ada borang agremment sign dulu baru baca,adoii la ibu ni,,aku masih ketawa sambil berucap kata kata itu.."malas lah gini"isteri ku mencebik mulut dan berlalu pergi ke dapur.."aku tau taktik dia,jap lagi dia panggil makan la tu,bisik hati ku pada aku..aku bangkit dalam posisi duduk di atas katil dan kaki menjulur ke lantai.."babah mai makan ni,ada lauk kari dengan asam pedas,"laung isteriku dari dapur.."aku tersenyum,"amboi mcm tu sekali lauknya,,lain macam ni permintaan,mcm berat je nak setuju"bisik hatiku sambil kaki ku melangkah ke meja makan..
semasa makan aku diuji lagi,isteriku duduk disebelah memerhati aku makan,dlm hati aku"ishhh,,tahap kritikal ni,jap lagi cabut la gi lepak" hati aku memberi cadangan bernas dan dipersetujui oleh akal ku..selesai makan dan basuh tgn,belum sempat aku nak mengeluarkan ayat yg disusun oleh akal tadi,isteriku menarik tangan ku ke kerusi ruang tamu dan memaksaku duduk bertentang dengannya..betul lah kata kata peribahasa melayu dulu dulu,kita hanya mampu merancang..hanya Tuhan yg menentukan,dia lah sebaik baik perancang..aku ikutkn sahaja akibat kekenyangan..

"err,,babah babah,nanti hujung bulan 12 ni kita balik kampung ye,aboh ada sebut nak tgk adik beradik dia..lagipun lama aboh tak balik kg.."soal isteriku sambil menggenggam tgn ku.."ooo,tgk lah dulu,tapi mmg babah ada cadang nak gi tgk ayah ngoh awak tu katanya strok..belum aku ucap kata tak setuju pada bulan tersebut,anakku yg bongsu berlari dan memelukku,"babah,ecah nak tgk tok mak,nak duduk umah wan ngan tokki..sambil mukanya melihat ke mukaku dgn sinar gembira.."ok..ucap ku pada anak ku yg bongsu,"yeay "isteriku memberi tapak tgn 5 dan anak ku membalas hi5 sambil gelak mereka berdua.."adus terkena aku,,adoii..bisik hati ku dan tersenyum melihat gelagat mereka berdua yg rupa-rupanya dah siap2 bagasi bewarna oren dan biru..

berenti sat dah kol 1.30 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 02:53 PM | Show all posts
sambungan..

maka tarikh balik kamung pun terlah diset peringatan kan di dalam telefon bimbit ku..
setelah bersiap2 kami menaiki kenderaan jenis kereta menuju destinasi yg dituju,,ya..kg halaqmanku,.dgn ucapan bismillah aku mengenderai kenderaan ku,sepanjang perjalanan ku lihat kesan kesan bencana banjir,dgn balaknya,lumpur setinggi bumbung kereta hingga lumpur dan timbunan pasir,apa yg mennakjubkan aku,laluan sungai jadi terang dan bersih..alhambulillah,moga mereka mereka yg rakus kembali dgn sifat sifat adab dan maaf, dgn alam dan penciptanya..amin bisik ku..sesampainya di kampung aku berehat dan mcm biasa aku ke rumah mat,walaupun dia baru kawan ,ada berita gembira yg dia sorokkn pada aku iaitu isterinya mengandung setelah 4 tahun menanti cahaya mata.."tahniah mat dalam hati ku berbicara sambil aku membawa motosikal  ke rumahnya..aku singgah ke rumah makku kerana rumah mat hanya berhadapan rumahku(aku sampai ke rumah mertuaku hantar anak dan isteriku)..
"assalamualaikum ..matt,oo mat..ucap ku,tapi tiada sahutan,dari belakang rumah keluar abgnya awi,"wsalam..haa ah ko baru balik ke?eii banyak cuti ko,bln lepas balik ni balik lagi?..tanya awi.."eh bln lepas balikkan sbb abah aku meninggal takkan ko lupa?..soal ku balik pada nya.."ooo..ye ye..hahaha.."gelak awi malu2..sambil aku duduk di kedai gunting rambutnya,dia masih bercerita ttg bekas isterinya,aku masih menjadi pendengar setianya,ada dia selitkn perihal iparnya iaitu isteri mat.."aku ngan mat bergaduh,bini dia jadi tak suka kucing pulak,skrg mat mcm kena cocok idong balik ke rumah mertua dia"..terang awi sambil tangannya didepa dan jari telunjuk mengarah ke barat laut.."oo, sebenarnya gini awi,kita kena paham pe'el org ngandung ni..layankan aje..bab ko cerita aritu tu ko dah bg tau mat belum?.."dah aku dah bagi tahu dia"..terang awi pada aku yg jawapannya itu aku akan perkuatkn lagi bila jumpa mat,kebetulan mat sampai dan awi cepat cepat ke belakang rumah untuk sambung mengait sampah.."assalamualaikum ah,,"sahut mat,wasalam mat"sambut aku dan menyuruhnya berehat dan mandi dulu sambil aku menunggu di tpt biasa yg kami dulu2 zaman bujang main daun terup di beranda belakang rumahnya yg bersimen..tpt itu lah saksi aku bertarung suara dgn john ttg minyaknya,tpt itu lah juga kami belajar sikit2 ilmu dan petua dari org org lama seperti pak mid sambil2 main terup,.."aku perhatikan sekeliling,,suram..mungkin sebab masing2 dah ada haluan masing masing..wallahualam..senyum aku sendirian selama aku menunggu mat selesai..
selesainya dia menguak pintu dia terus bersila dihadapan ku dan bersalaman.."aku tau ni mesti ada apa2 ni"mat menyerkap jarang"..aku sambut salamnya dan berkata"xde apa2 cuma..apa yg awi cakap tu..ko handle la dulu duit felda tu,ko pun nak pakai duit stenbai utk isteri ko nak bersalin nanti..terang ku,jgn pikir bukan bukan,awi yg bagi tau aku minggu lepas dan aku bincang ngan dia ada molek bini ko balik umah mak dia..ada org perempuan lain yg jaga,umah ko ni ada ko ngan awi je,apa2 payah nanti"terangku..mat menundu dan ku lihat matanya memerah menahan tangis..dia bangkit dan terus ke belakang rumah dan memeluk abgnya awi dan mencium tangannya..dari ajuh aku berjalan perlahan lahan menuju mereka,kedengaran"weh weh,tak usah lah beriya-iya,ko pakai la duit tu dulu,tapi jgn lupa kalau adik beradik lain nak duit,suruh bini ko transfer la sikit"bentak awi sambil dia menarik tangannya yg digenggam mat..aku tersenyum melihat gelagat mereka sambil mat memaling kearah ku dgn tersenyum,apa yg dia fikirkan aku pun tak tahu,yg penting menda dah selesai..mat bergegas menaiki moto kerana mengejar masa waktu bekerjanya sebagai kelindan lori dan pengait sawit yg berjaya..maklumlah,setelah berkerjaya dan ada keluarga ni mmg dia sibuk sangat..ada 2 org yg aku sebut bodoh berlapik lapi..sorg tu ame dan sorg lagi dia,dah terhantuk baru nak tergadah..masa ada masa taknak buat lesen kereta,ni bini dah sarat baru nak ambil lesen..masak lah kalau ada gagal dan perlu ulangan,,selama ni bini dia yg membawa dia kehulu kehilir naik kereta kelisanya..hahaha adoii la korg ni..dari dulu pesan tak tembus kepala berlapikkan besi baja ni..skrg haa baru korang nampak terang jalan dan panduan Allah..tapi xde menda selagi hayat dikandung badan dan ada sifat maaf dan malu,kita cuba utuk buat yg terbaik dgn kesilapan lalu..amiin..dan aku balik ke rumahku berjumpa mak dan berehat panjang dlm rumah..

malam itu kawanku yan datang dgn membawa sedikit air sakit pinggang..hahaha,dia tau aku minum air ketum yg direbus nipis,jadinya dia bawa sedikit buat aku yg membuat ubat..sambil2 duduk aku menuangh air itu dan menambah seulas al manna(arabic gum)dalam cawan berisi air ketum itu utk buat ubat urat dan memar badan..
"ah..ko ada perasan tak"??..ucap yan sebagai pembuka bicara.."perasan apa?terangku ingin tahu..sambil menghirup air ketum panas itu..
"tak..aku tgk matahari.."..teruskan kataku sambil mengangkat tangan dan kelima-lima jari menjulur ke yan yg tangan ku diangkat separa pinggang dlm kedudukan bersila.."aku perati dari tahun dua ribu dua puloh lagi.."katanya terhenti seperti ingin menyusun ayat.."aku lihat matahari menyorong jauh dari barat daya..seolah nak ke selatan..dah setahun lebih xde perubahan ingat mcm dulu,dah gelongsor ke kiri,dlm 3,4 bulan masuk balik ke laluan..ni tidak..kalau tgk araqh kiblat,gelongsor matahari jauh 40% ke kanan jauh tu,..skrg kalau masuk hutan ke apa kena guna aplikasi dan teknik lain weh,..naya gini..terangnya bersugguh..aku tersenyum mendengarkn kata2nya"
mcm ni yan..menda ni pasti berlaku dan kalau ikut logik pakar dari seluruh dunia dan ada juga pakar malasyia sebut mmg selalu terjadi,dan teori akhir zaman ni busted..dan mmg itu juga lah yg Allah tentukan buat kita yg tersedar,mana yg kabo sains dan apa macam lagi teori tu..biarlah mereka..kang kalau kita masuk campur makin digelaknya kita..mcm dkt sosmed ada aku baca fakta sains sorg pakar bghn ni kabo..tiap tahun gelincir dan itu perkara biasa,,..teringat kata2 ust.mad dulu kan?..org buat tak endah masa matahari terbit dari barat..sbb sibuknya kita dgn urusan dunia..sampai2 berita yg menggegarkn dunia tika itu..matahari telah terbit dari arah bertentangan dan bukan dari lazimnya,mengikut pakar kaji dari russia dan balai cerap di hawaii perkara luar biasa ini terjadi setiap 200 juta tahun sekali..""haa masani baru umat islam terkicuh..ada yg berlari ada yg berhenti kerja ada yg sujud taubat..tetapi waktu itu nasi sudah menjadi bubur..para ulama,ustaz2 yg kealpaan menangis semahu-mahunya..masi itu lah byk perkataan"kalaulah" keluar dari mulut kita yg pendosa ni..amiin moga kita dijauhi dgn fitnah dan keadaan kacau bilau itu.."aku mengangkat tangan dan berdoa dan diamiin kan oleh yan.."terima kasih 'ah..baru aku lena nak tidur mcm ni..huhuhuh"terang yan berpuas hati dgn penerangan aku (yg panjang lebar itu walaupun aku rasa mcm tak cukup nak bagi penerangan dlam penulisan ni,takut jadi panjang nak menulis)..

bagi aku nak percaya mana satu tu terserah kita,sebab masing masing ada proksi masing masing,jangan kita mengecam  antara satu sama lain,nabi pernah bersabda"makin dekatnya hari keguncangan itu,orang orang menyumpah dgn perkataan keji pada mak ayah masing masing dan dianggap biasa..ilmu Allah luas,kamu ikut sains ada yg ikut tauhid,syariat,makrifat,logik akal dan atas pagar..mana2 pun kita bertoleransi,nak terima ambil taknak buang jauh2 dan jgn menyebarkn argument agar org lain tidak dipengaruh oleh akal kita..kalau kita sahaja nak pakai,kalau rasa dah terlalu jauh baru kita menegur dan menyatakan khifiat dan dalil kita kenapa dan mengapa..wallahualambissawab..

lek jap..penat nak layan anak2 jap..salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 03:23 PM | Show all posts
edoraixora replied at 6-1-2022 05:02 PM
maap ler...kawan tak kenei ke dia
bukan org kampung kawan, dia beloh ke bandor nu

oo gamoknye..kala gitu tak pe lah..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 04:13 PM | Show all posts
Edited by DumBell at 20-1-2022 04:21 PM
DumBell replied at 20-1-2022 02:53 PM
sambungan..

maka tarikh balik kamung pun terlah diset peringatan kan di dalam telefon bimbit ku..

Sedang kami berbual panjang tiba2 aku dapat panggilan video call wassap dari nama yg tertera"lijah (adik mak lain)..aku mengangkatnya.."assalam alang..huu sakit..lijah sakit kaki bengkak dilutut sambil menangis depan kamera telefonnya.."wasalam..la ada apa pulak ni? laki lijah mana? tanya ku..ada ni terangnya..kenapa cuba bagi tau detail? paksaku padanya.."mcm ni abg che'ah..aritu masa lijah bersihkn kedai,ada sorang pakcik jawa masuk kedai,pastu dia tengok dlm kedai ,lijah tanya la nak apa,dia kabo xde menda..dan lijah promote la apa yg ada kt kedai tu,dan dia bagi no tipon,lijah kol tapi pak cik tu kabo henset tinggal dlm kete..takde la ijah syak apa apa..petang tu tiba2 sakit lutut dan bengkak..ala..sakit lang..rayu ijah pada aku.."alamak"ucap aku..mcm ni gi amik bawang putih dan bakar..pastu roti gardenia tu bakar kasi hangit2 sikit,sbb arang salah satu penawar racun..dan bawang tu ada antibiotik melawan kuman..makan cepat.."pintaku,wan..kalau ko dengar ni cepat sikit bentaqkku dlm panggilan vieo tu..ku lihat wajah adikku itu sembab dan cengkung aku lihat dah tak tidur cukup seminggu itu bak katanya pada ku...

"haa makan depan alang,"terangku..wan buat 3 keping roti bakar yg dalasmnya ada bawang putih bakar yg sudah ku bagi tahu caranya iaitu lepas bakar ketuk..lepas makan lijah muntah2 teruk..aku paksa dia makan lagi..dan aku buat air penawar melalui video call dan kusuruh minum.."pagi esok pegi klinik balik dan check balik..paksa ku padanya.."baik abang..lijah seperti tak bermaya selepas muntah hijau..malam tu dia wasap aku sampai pukul 4 pagi,aku melayan kharenahnya..ada kuselitkan petua2 agar tak kena penyakit ain dan gangguan selepas ini.."insyaalah nanti abg gi jerantut tgk kedai" kataku bagi dia yakin..dia mengucapkn terima kasih tanda akhir perbualan..

esoknya pagi pagi adu dapat berita dari ijah,dia kena pergi ke hoshas temerloh kerana bengkak dilutut agak pelik..aku tersenyum dan berdoa agar doctor dpt tgk balik keputusan check up,sbb sbelum itu doc jerantut kabo xde papa dalam perbualan mesej wasap malam tadi..dan petang itu ijah wassap aku.."salam alang,ijah kena operate sbb ada kuman dkt lutut.."ohh alhamdulillah moga cepat sembuh..doc akan korek dkt pattela(tempurung lutut) dan mungkin tebuk dkt tepi sbb nak cuci" terangku padanya.."haah,,mcm mna alang tau? terangnya dgn nada pelik..dan aku memberitahu,sahabat ku seorg doctor dan dia dah bagi penerangan siap siap pada aku,dan aku menerangkan kembali pada adik ku itu..

"bztt..hp ku bergetar dan keluar nada bunyi."sudah banyak korban jiwa~~akibat virus corona~~meski taknampak mata~ia menggoncang dunia~~"aku mencapai dan menekan ikon hijau.."assalamualaikum..haa mcm mna??"..waalaikumsalam alang,ijah nak masuk bilik bedah dah ni"suaranya mcm risau dan gusar..dan aku memenangkannya.."xde menda lah,doktor akan bius,,tapi makan kena byk la pasni sbb nak buang ubat bius melalui kencing dan berak..terang ku.."ok baiklah..
senja itu aku dapat wassap dari iparku wan.."salam bang..ijah dah selamat operate..tapi kena tahan seminggu sbb kuman kuat,antibiotik kena on dan jenis antara yg kuat utk lawan kuman tu terangnya lagi,,"wsalam,alhamdulillah moga diberi kesembuhan,syafakillah buat ijah,,jaga dia leklok ea!"balas ku padanya..

selang 4 hari,..telefon aku berbunyi dan ijah bg tahu dpt dischage awal sbb bengkak dah surut dan boleh tidur..dan aku set kan masa esok untuk ke jerantut..aku memberitahu isteriku yg trip ke terengganu di postpone lusa ,,kulihat riak wajah mertua ku mcm tak berpuas hati dan aku menggembirakn nya dgn meminta untuk pergi ke terengganu lusa.."ahh,kite dok sebut kalau mu nok ajok aboh,kite ikut je..."terang mertua ku sambil melihat ke arah lain..dalam hati ku tersenyum walhal aku tahu dia yg beriya nak suruh isteri ku utk balik ke kampung.."haa..on lusa ye abah!!" terang ku.."kite dok kisoh,abis tu kensel la balik KL?..soal mertuaku.."eh,saya cuti 2 minggu aboh..terang ku..dan dengan mulut xde insurans ku itu mertua ku terus berbicara yg dia akan setkn kemana kami nak pergi,asalnya ke hulu terengganu sahaja,tiada list lain,skrg list dah berubah..hahaha,berpeluh aku..kikiki..xpe lah kici punya hal bisik hatiku..

esoknya aku dgn isteriku melawat lijah di jerantut taman dibelakang petron kg.temin depan masjid besar jerantut...setelah sampai aku mengurutnya dibantu isteriku..aku berpesan amalkan surah al mulk,kalau dkt kedai amal walya talattof..kalau org masuk dan baca ala yak lamuman kalau rasa pelik2,lepas baca ala yak lamuman(buka mata batin dan naluri rasa)baca ayatul kursi..pesan ku padanya..selesai bercerita kisah maknya zaman muda..aku menceritakan kejadian malam itu masa makan pinggan ku pecah dan lipan tiba2 keluar dari kain sarong ku setelah selesai solat tahajjud dan solat hajat kesembuhan bagi dia..lijah terkejut.dan dia menangis..aku mentakwil tentang itu padanya..pinggan pecah tu sihir dan sebu2,lipan tu tanda org yg menyihir tu dari susuk wanita..dan setelah itu,aku ke kedainya berdekatan dgn petron itu..signboard warna unggu tertulis "HANAGARDEN"..Aku tersenyum dan melihat ada tanah kubur di grill shuttle kedainya.."dalam hati aku merasa membuak marah,tetapi kutahan jua..lepas aku membersihkn dan menuang air yassin yg ku ambil dirumah mak..kami balik melalui jalan perlak-rumpun makmur..aku sempat singgah ke ulu cheka,lokasi rumah sahabat ku yg dibelakangnya tersergam bukit senga yg penuh misteri..setelah bersilaturrahim aku ada bertanya akan gerbang bukit senga yg ada batu berukiran pelik..dan abang asang menyatakan sudah lama dia tak berburu disana dan pada kini telah ada satu wabak dimana babi mati bergelimpangan.."aku nok nembok aya hutan takdi tapi aku tengok aya tu makan ulat dkt bangkai babi..tak mboh la aku..mmg tak nembok la 2 bulan geli nam memakannya.."terangnya pada ku yg diikuti gelak ketawa kami..petang itu aku melalui jalan perlak rumpun makmur..sedang asik melalui laluan itu..aku lihat di jengka 25 banyak lori askar dgn kawat bidungnya.."ni kena pkpd la ni"!!..ucap isteriku .."mungkin la kut terangku..dan kami singgah ke mydin mall di bandar jengka yg aku baru tahu kewujudannya..hahaha(mmg lama tak dtg situ)....

sambung jap lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 04:35 PM | Show all posts
DumBell replied at 20-1-2022 04:13 PM
Sedang kami berbual panjang tiba2 aku dapat panggilan video call wassap dari nama yg tertera"lijah  ...

sesampainya kami di rumah mertua,aku diuji lagi kaliini setelah meletakkan barang belian di beranda rumah,aku menutup pintu kereta.."tiba-tiba"entah dari mana ular menerpa tangan aku dan mematuk tanganku..aku terkejut dan memegang ular tersebut..kecil dan dari jenis alai.."aduhh!!! jerit aku kerana bisa patukan itu di celah antara ibujari dan jari telunjukku..dan tangan kiri ku merentap ular itu dgn memegang kepalanya,badannya membelit lenganku dan aku terasa seperti memegang bara api..aku mencampaknya ke bawah dan ia hilang disebalik rumput karpet .."ibu!!ibu!! ambil lampu suluh!! pekik ku dari luar rumah>> sambil tangan ku memegang tapak tanganku yg berdarah.."kenapa babah?..tanya isteriku.."xde pape..gi ambil lampu cepat dan letak kat muka pintu,,pastu sediakan susu lembu dlm botol goodday baru beli tadi tu dalam gelas beso..pintaku dgn dahi berkerut.."isteriku seakan faham dan menyediakan apa yg disuruhku..sambil aku memegang tangan,aku mencari rumput manis,ku ambil batang pokoknya dan melilit di pergelangan tangan ku.."alah bisa tegal biasa,alah bisa dgn kun Nya,sambil aku melilit rumput ke pergelangan tangan ku menjadi gelang,aku lilit 3 kali lilitan dan sambil berselawat aku membacakn ayat tannafas iaitu alfatihah 7 kali senafas..aku ke pintu dan meminum susu segelas sampai habis dan mencapai lampu suluh..menyuluh di bawah kereta ku dan sekeliling..tiada ular itu..mungkin bukan waktunya mati ditangan ku kataku dalam hati..bisa merayap sampai bahu..lenguh bahuku dan tgn ku membengkak..aku meminta isteriku mangambil kan minyak afiat botol bulat kerana ia mujarab untuk bisa dan ampuh untuk mengeluarkan bisa bila sudah minum susu fresh..alhamdulillah..pukul 12 malam itu bisa keluar dan berbau hanyir..dalam firasat dan apa yg aku belajar..itulah yg terakhir gangguan pada adikku yg aku minta pada Allah agar memaling pada aku..takut dan kesian dia tak mampu tempuh ujian ni..alhamdulillah dengan IzinNya bisa keluar dan bengkak surut..aku berdoa agar kami dilindungi dari fitnah dan musuh yg tersembunyi dan musuh yg nyata..aminn..dan aku tertidur lewat malam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 20-1-2022 04:35 PM
sesampainya kami di rumah mertua,aku diuji lagi kaliini setelah meletakkan barang belian di berand ...

Byk ujian dumbell...
Org ada ilmu ni..sokmo org nok terai( try)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 21-1-2022 08:29 AM
Byk ujian dumbell...
Org ada ilmu ni..sokmo org nok terai( try)

salam, alamak. takut saya mcm ni kak.. adoii la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 22-1-2022 01:24 PM
salam, alamak. takut saya mcm ni kak.. adoii la..

Selalu dok bc cerita kat mps gitu la..
Dlm buku tamar jalis pun...selalu atuk dia org nk uji.
Hati2 ya dik dumbell

Dik dumbell org ganu ka?.

Teringt kwn org ganu cerita...org kat kg dia suka guna sihir.
Tmbhn dlm bab berniaga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 12:16 AM | Show all posts
DumBell replied at 20-1-2022 04:35 PM
sesampainya kami di rumah mertua,aku diuji lagi kaliini setelah meletakkan barang belian di berand ...

Subuh pun membuka tirainya hari itu,ku lihat isteri dan mertua ku sibuk kesana ke mari mengemas dan mengosongkan peti ais.."uih..mcm pergi berjalan sebulan ni"bisik hati ku sambil tersenyum.."err bu,makan pagi ade? tanya ku membuka persoalan.."tu ha kt atas meja ,buka la tudung saji"katanya padaku yg sedang sibuk mengemas dan melayan telatah anak2..selesai makan aku membantu menyusun bagasi ke bonet kereta,kubiarkan nampak padat sbb nanti kalau ada ruang peti ais pun nak dibawanya...

dgn lafaz bismillah kami memulakan perjalanan ke hulu terengganu,yaa..ke kampung bukit bading pertama2 pergi setelah itu akan bermalam di kuala pueh kg.dusun..
kami bergerak pagi,sambil melayan bosan dan speed trap,aku bersembang dgn mertua ku perihal sawit lah,binatang masuk kg lah sampai ke hal politik..huhuhu..
kami sampai ke sana sudah pukul 3 petang,mertua ku berjumpa adiknya..sambil2 menyembang aku mencelah perihal harta pusaka dgn menyegerakan tukar nama geran rumah cepat2 sbb mertua ku sudah berinjak tua,takut tak selesai..kita2 paham lah takut generasi akan datang berebut hak..elok dipercepat kan tukar nama pada pak teh agar kebelakang hari tak timbul masalah,mertua ku menyutujui pendapat ku,sambil2 bersembang kami berhajat ke rumah pak ngah(adik mertuaku)utk melihat keadaannya yg dikhabarkan strok..
selesai urusan di rumah pak teh kami ke kampung(lupa nama la pulak) berjumpa pak ngah..sesampainya kami disambut pak ngah.."salam ayoh ngoh..aik? katanya stroke?..soal ku dgn nada hairan dan pelik padanya sambil bersalaman.."wsalam..duduk dulu ar..ho la seterok..dapi dok teruk mane la..doh sihak,,nguruk ngan pok li urut stoke..tu pung ambik gilirang oo..rama oram sinung nung..sib baik ayoh ngoh dime kenai,dime mari dumoh ni la nguruk pok ngoh 3 kali setiap sening pah asor..ni dah bulih angkat tangan ni.."ucap pak ngah sambil mengangkat tangan kirinya.."dulu dok gini ning,buleh angkak separuh jah..dia urut kt celoh tiok amik urak kaso ni,,urat kaso weh..sakik dok sakik tahang je loh,nok jerik wase..dakpi dok nak baik kite tahang je lah.."sambumg pak ngah lagi.."ooo..bagus la pak ngoh sihat..alhamdulillah..amiin"sebut ku..doh mu ni ding dok biase cakap ganu lagi ni guane gamok mu ni ding teruk benor..hahahaha"gelak pak ngah pada ku usai memerli ku yg selalu kena bahan kalau gi kg.dusun..teringat aku satu kisah masa kenduri kawin sepupu isteriku,aku menolong org memasak(bek woh)..pagi2 tu mereka bising pasal sayur tertuka..perempuan dgn tukang masak laki bergumam ttg nak masak sayur apa dengan tuka ni..dgn izin hati aku nak leraikn masalah mereka.."xpe pak cik,mak cik biar saya gi ke paso pagi kuala berang beli sayur lain,kalau sbb tertukar order sayur dgn penjual ni,xpe saya gi tukar sayur lain..mak cik nak saya beli sayur apa? terangku pada mereka..terus satu balai memasak gelakkan aku..rupa2nya sayur tuka tu mmg nama tuka..aku ingatkan penjual tertukar sayur dgn buah labu,..mmg sana panggil buah labu kuning tu sayur tertuka/tertuke(lebih kurang la kut)..start pada tu org sana panggil aku awang..mmg aku tak suka pun tapi mereka jumpa aku panggil awang,sampai bando kuala terengganu org panggil awang..aduihh..bini sampai gelak tak boleh control bila aku marahkan mereka..
aku tersenyum dlm hati.."cit pak ngah,perli aku,,hahaha.."aku tersengih nampak gigi padanya...ni gini pak ngah,jap lagi kami nak ke rumah mak cik  di dusun(adik mak mertua pula)terang ku padanya.."hoo..nok ke dusung pulok,tahu lah anok2 natu ni ajok kite berjalang"terang mertuaku pada adiknya..bereh loh,tapi jgn lupa ayoh teh tu kite doh kabo cepat sikit tuka name kt geran tu,nanti payoh kalau kite xdok nati,..terang mertua ku pada adiknya sambil berjalan menuruni tangga..
aku mempercepatkn langkah untuk membuka pintu kereta untuk mereka dan menghidupkan enjin kereta yg sudah sejuk akibat kelamaan duduk bersembang..hari pun dah hampir menginjak senja.dan kami sampai di kg.dusun..dalam hati aku alhamdulillah org kampung tak nampak,kalau tidak..dari jauh lagi"awang!!,awang!!"senyum aku pada diriku..malam itu kami berehat dgn makan laksa org hulu terengganu iaitu laksa kuah santan,aku pelik pelik dah tak sentuh,mmg rasa ingin mencuba tapi kalau aku mencuba,mereka pakat melihat aku mcm sesuatu je..bisik hatiku,"ah biarkan sajalah,nanti balik kl aku suruh isteriku buatkn"..bisik hatiku..dan malam pun berlabuh..dan kami ketiduran..sbb kan esok nak ke manir..dan dimanir lah bermulanya kepelikang nye(kepelikan dan keseramannya)..kesyeramannya hanya aku dan anakku sahaja yg ketakutan..
bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 12:17 AM | Show all posts
raihaneem replied at 23-1-2022 08:42 PM
Selalu dok bc cerita kat mps gitu la..
Dlm buku tamar jalis pun...selalu atuk dia org nk uji.
Hati ...

salam kak..tak kak ..saya org pahang..huhuhu..dok dang setarang bohh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:02 PM | Show all posts
DumBell replied at 25-1-2022 12:16 AM
Subuh pun membuka tirainya hari itu,ku lihat isteri dan mertua ku sibuk kesana ke mari mengemas da ...

sambung...

keesokannya kami bersiap2 untuk bergerak ke manir,setelah bersalaman dgn adik beradik mertua,ada yg menjadi guru besar di sekolang area kg.dusun..oh ya sebelum kami bergerak ke manir,kami singgah di tpt awam org bersukan air dan taman kebun org yg membela rusa,dan haiwan2 eksotik seperti burung unta dll,rumah tamu yg besar ,jenis rumah terengganu tetapi masih dalam pembikinan..terletak di belakang sekolah rendah kg.dusun hulu terengganu,dan niat untuk melihat kuburan waris moyang tergendala kerana mertua mengomel utk tidak mahu kesana..tak mengapalah bisik hati ku,lain kali aku melawat kubur tok gajah bisikku sambil memandu kereta untuk ke manir...

sesampainya kami di manir..sudah menginjak zuhur,kami bersolat,dalam rakaan terakhir antara dua sujud,aku terlihat kelibat kain putih berupa pocong siang hari dan bau kapur barus menusuk hidung ku,,aku menunduk ke bawah dan menyelesaikan solat..selesai solat,mertua ku bertanya.."mu ade bau pelik dok"cer kabo" soal ayah ku pada aku.."haah aboh,saya bau kapur barus..terang ku pada mertuaku.."cer cek betul menda apa yg tek selesai ni..kita dok tahu menahu benda gining ning"..pinta mertua ku pula.."oo baik aboh,nanti kita check.."terang ku..
"eerr mok cik..ada rasa pelik2 dok baru2 ni? ucap ku penuh debaran menanti ucapan kalimat dari makcik isteriku.."ade jugok tapi dok selalu..lepas arwoh pok cik mu ninggal..jadi gining,si mat pulok berubah peranga,dari molep ke dok berapa sekakrang nim.."ucap makcik pada ku seolah2 penuh harap untuk tiada gangguan yg pelik pelik lagi.."dok wakpe tanya gitu "..tanya makcik bagi soalan KBAT pada ku pula.."takde apa mokcik..gini..saya rasa menda tak selesai ni..boleh panggil mat tak turun?..terang ku.."tiba2.."gedegang..thuddd" bunyi dari luar..aku bergegas ke muka pintu dan melihat mat melarikan diri dari tingkap atas rumahnya.."ehh la wehh mattt!! jerit aku..."aku ke ruang atas biliknya..berkunci..ku minta izin untuk pecah masuk..dari makcikku.."makcik,saya pecah ye?terangku dgn kening mengerut.."pecoh lah..mokcik takut mat perangai gini pah ayoh ye ninggal.."bismilahi tawakkal, bamm"pintu diterajang..alhamdulillah bisik ku perlahan..aku mencari sesuatu dan terlihat ada satu bantal diletakkn diatas almari,rasa pelik sebab ditegakknnya..aku mencapai dan menyeluk cari..dan terjumpa satu tali berwarna putih dan ada yg bercampur warna cokelat kemerah merahan..aku mencium bau tali kain itu"ispp..mm bau tanah.."ku perkirakan ini tali kafan..aku membawanya keluar dan menunjukkan pada makcik.."makcik ni ha..tali kafan"terang ku sambil menunjuk tali dlm genggamanku yg ada talinya berjuntai di jari kelingkingku.."haa!! Ya Allah!!jerit makcikku sambil menangis"huu pada la kt tandas tak hilang bau kapur barusnya,semua baju pokcik mu bau gitu,..terang makcik sambil menangis,mak mertuaku menenangkannya..

"aboh..bawakkn baldi..terangku dgn nada serius.."aa..baik"ucap mertua ku tanda faham jika aku dalam keadaan mode sharingan(hahaha xde lah..tgh serius masa tu)..dgn baldi itu aku meletakkn tali kafan itu..aku bingkas bangun dan mencari cari cuka.."ahh alhamdulillah ada cuka makan"bisik hatiku sambil tangan mencapai cuka dan membuka tudungnya..aku mencurahkn cuka pada kain tersebut.."makcik nama mat siapa nama betul dan mana makcik sekali.."nami mokcik jamilah,mat pulok muhammad aquahaziq.."terang makcikku.."aduh..pelik nama..jap2 saya tulis kt wassap..ku buka wasap isteri dan menulis ikut sebutan huruf yg diberi oleh makcik.."a.q.u.a.ha.ziq..ok tq mak cik" terang ku..
sambil menggodak tali kafan yg bercampur cuka dan air..aku bangkit dan ke bilik tadi mencapai baju mat yg dipakai tapi tak berbasuh lagi..ku campurkan sekali.."kalau ada REZEKI..jadi lah petua org2 lama ni"bisik hatiku lagi sambil menggodak dgn tangan..bau kapur barus tiba2 datang kembali..aku tidak menghiraukannya.."bismillah..wahai muhammad aquahaziq binti jamilah..dengarkn oleh jiwa jiwa aku dan kamu kamu,datang lah dgn gemalai tiada siapa ingin merusak mu cuma ada niat tertangguh..sambil aku membaca ayat taawuz dan 3 qul..aku menghembusnya ke atas sambil melihat ke pintu rumah..
tiba-tiba hujan panas ..dalam ada bau bau hujan panas dan bau tar..keli hatan mat terkocoh kocoh ke pintu dan duduk masuk sambil menyengih kera pada ku ..(dia duduk diantara tangga batu rumah dan bersimpuh di pintu diantara alang pintu sambil tangan  sebelah memegang bingkai pintu)

assalamualaikum mat,mari sini mat..ada menda tak aabis ni ada tertangguh ni cuba kamu kabo kat kami kut boleh tolong tolong settlekn.." pancing ku padanya..
ku lihat dia mengesot perlahan lahan dan mencangkung di hadapan ku.."mat nak 7 jenis tanah,daroh haid,tali pusat anokharam(tali pusat anak luar nikah) dgn daroh kambing jatang baru tumboh bulu atah tekok ye."sambil tersengih dan melihatku dgn tajam..sebelum itu aku dah berpesan jgn nangis dan jgn tegur apa2 pun takut deal kami tak jadi pada semua yg berada di dlm rumah tu,,sblm tu anak2 ku aku suruh isteri ku menyuruk di bilik tamu..
kan saya dah bagi tahu..cuba terang satu per satu,dari mana dapatnya tali ni dan buat apa semua barang tu?"terang ku untuk tidak melemahkn semangat ku ketika sesi tawar menawar.."harap kena lah pertanyaan ku ini"bentak hatiku.."mat ambik masa nak turongkn aboh dalang liang..pas buke tali senyap2 mat simpan dalam poket..mat rindu aboh..mat tak suke aboh mati..Allah tak gune.."maroh mat sambil mata nya meleleh air mata dan matanya kemerahan menahan esak tangisnya sendiri.."doh le tu harte aboh dime jual pastu bahagi dok same rate"teriak mat lagi pada ku..ku lihat mat terduduk pula kali ini..mcm budak kecik nangis sambil kedudukan dgn kaki terkangkang.."udah mat..abis tu hok menda2 tu apa?.."mat solat hajat pastu letak tali ikat aboh kt bantal..sbb mat tahu abos sesorang dalam tanoh..tiba2 aboh muncul depan mat..semua yg aboh suruh mat dah tunai kan tapi menda2 tu tok dapat lagi untuk aboh hidup balik.."sebelum ni apa permintaan "aboh"..soalku agak keceluparan kerana ingin tahu.." aboh suruh kencing atas sejadoh,pastu letok kt masjid ,amik kitab Al Quran sapu2 tahi letok balik kt masjid..mmg jadi..mat tgk rupa aboh dan fizikal nampok tapi dok leh sentuh..nokkan menda2 tu baru boleh sentuh.. terang mat pada ku..tapi takdi mat lari sebab aboh suh lari sbb ada benda jahat nok bunuh mat" terang mat menyambung kisahnya.."oo gitu ke?..gini lah mat..mai sini terang ku..

mat mengesot ngesot ke hadapan ku..dalam keadaan leka itu..aku menyimbah air dalam baldi itu dan aku serkup kepalanya"abohh!! pegang kita ikat mat!" jerkah ku pada mertua ku.." aboh takut..sambil mencampakkn kain pelikat entah dari mana datangnya aku pun tak tahu.."pangg aku menampar baldi dan mengikat badannya dan tangannya..amat susah bergelut sorang sorang..selesai mengikat dgn kain sarung aku suruh ayah mertuaku azan kuat kuat..ayah ku mengikut apa yg aku suruhkan..dan aku meminta mak cik carikan tali yg kuat...

setelah mengikat dgn lebih kukuh..aku menepuk bahu mat.."mat..yg ko nampak tu iblis mat..ko pun tahu agama,lagi pandai dari aku..kalau yg mati pun kalau dia hidup pun itu bila tiba hari kebangkitan..pak cik bukan mati suri mat..dia mati betul..eksiden kepala pecah kena langgar lori tu kt batu 6 tu..terang aku sambil memeluk mat..""huu..Allah dok adil..kenapa ambil aboh aku..ambil la org lain tok gune"..bentak mat.."mat!!!! pang!! satu tamparan dari makcik hinggap ke pipi mat..kalau mu kelaku gining aboh mu dok tenang kt kubo nu mat!!jerkah makcik sambil menangis.."dah makcik,,dah..kita rilek2..ambil air saya nak buat penawar"ucap ku pada mak mertua pula..
selesai mak mertua memberikan gelas berisi air pada ku,,aku membacakan ayat al ikhlas 7x senafas..bismillah..dan aku menyuruh mat minum..harap2 hati yg ditutup hitamnya dunia akan putih..amiin bisikku..

sambung jap lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:47 PM | Show all posts
Menarik ni cerita baru..sempoi teruskan tn tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 02:01 PM | Show all posts
DumBell replied at 11-1-2022 10:13 PM
jilid iii

Di Sorok Hantu Kopek/Tetek

Assalamualaikum


Teringat semula kenangan masa kecik2 dulu bila TT bercerita perihal aktiviti kt kampung tu..hehehe
Teruskan bercerita kalo ada kesempatan yer,aku folow..macam biasa cerita TT bnyak pengajaran,petua semua ada ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:19 AM | Show all posts
DumBell replied at 25-1-2022 03:02 PM
sambung...

keesokannya kami bersiap2 untuk bergerak ke manir,setelah bersalaman dgn adik beradik  ...

Ater..sambung la yeop.. udoh bulan due ni.. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.085009 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list