CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 3681|Reply: 15

Safee Sali player Q.P.R.?

[Copy link]
Post time 19-9-2011 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Based on info dari wikipedia..bole pecaya ke ni? :re:

http://en.wikipedia.org/wiki/Safee_sali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 11:55 AM | Show all posts
Jgn percaya sgt bro. Safee kan ada dekat Cardiff. Tgh training dgn team Cardiff. So far dia ok jer kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply 2# mertzxx

tu la pasal..takde la pulak denga kat mana2..tiba2 kat wiki kuar info camni..konfius la jugak..adei...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply  mertzxx

tu la pasal..takde la pulak denga kat mana2..tiba2 kat wiki kuar info camni..konf ...
AverageJoe Post at 19-9-2011 12:00


Wikipedia ni source yg tak boleh percaya sangat,
sapa2 pun bole ubah dan tambah delete apa2....
takde kredibiliti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 02:17 PM | Show all posts
wikipedia tak leh caya la sapa2 boleh edit..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 10:29 PM | Show all posts
Safuq rahim tk dpt selected team harimau mgkn bawa diri ke qpr.
(mcmla senang dpt)..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 08:00 PM | Show all posts
Safee tak dapat masuk QPR dari segi undang-undang sebab ranking M'sia terlampau rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:38 PM | Show all posts
Safee tak dapat masuk QPR dari segi undang-undang sebab ranking M'sia terlampau rendah.
reinloch Post at 21-9-2011 20:00



    itula..koc kat sana dah suka..harapkan kuota negara komanwel je la

xpon try main kat cardiff dulu championship division boleh kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 8# cak!

harap2 macam tu lah..sebab ada dengar yg utk liga championship, prosedur work permit tak lah strict macam premier league..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 02:41 PM | Show all posts
Reply  cak!

harap2 macam tu lah..sebab ada dengar yg utk liga championship, prosedur work permit ...
AverageJoe Post at 22-9-2011 13:40


ALamak xleh jugak :cf:


    Kerenah birokrasi sekat misi Safee Sali!

Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bharian.com.my
2011/09/22




SAFEE berlatih di Cardiff City hingga 26 September ini.


Imigresen Britain sekat keluar permit kerja pemain

BIARPUN penyerang sensasi negara, Safee Sali berjaya memikat hati pengurus Cardiff City, Malky MacKay setakat seminggu berlatih bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu, impiannya mungkin tidak kesampaian akibat menjadi mangsa birokrasi kerajaan Britain.

Mackay tampak memberi perhatian terhadap Safee, 27, pada setiap sesi latihan meskipun beliau hanya hadir untuk ujian percubaan selama dua minggu, namun isu masalah mendapatkan permit kerja buat Safee menjadi penghalang pengendali berkenaan menyunting terus pemain Pelita Jaya itu.

Safee yang menghubungi pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim di tanah air memberitahu, peluangnya untuk menyarung jersi Cardiff City pasti lebih cerah andai Malaysia berada di ranking ke-70 atau ke bawah, sekali gus melepasi syarat mendapatkan permit kerja itu.

“Kekangan pihak imigresen di sana untuk mengeluarkan permit kerja adalah urusan Kementerian Dalam Negeri United Kingdom, bukan Persatuan Bola Sepak (FA) England. Safee dilihat sebagai mangsa keadaan dan birokrasi.

“Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang boleh bantu dengan proses ‘Government to Government’ atas alasan tanggungjawab British membantu negara bekas jajahan takluknya atau Komanwel.

“Bagi saya, Malaysia layak diberi keistimewaan seperti mana rakyat kita dapat keistimewaan tanpa visa untuk ke United Kingdom. Jadi kerajaan Malaysia harus bantu dalam perkara ini untuk berbincang dengan pihak kerajaan Britain,” kata Zakaria, semalam.

Safee akan menjalani latihan bersama kelab berkenaan sehingga 26 September ini dan akan tiba di tanah air, dua hari kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 09:38 PM | Show all posts
safee bukan hebat melampau sangat pun
dia dapat main masa aff suzuki cup pun sebab nasib

byk player cedera masa tu.. kalau tak
takda punya dapat panggilan si raja tu sarung jersi team negara
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 10:48 AM | Show all posts
tak dpt main kat liga english pun takpe...try liga lain plak...liga ausie ke, jepun ke, jerman ke...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 10:58 AM | Show all posts
Cardiff City tawar Safee satu lagi sesi latihan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Aksi memikat 'Harimau Berantai Malaya', Safee Sali pada ujian dan latihan hampir dua minggu di Cardiff City, mendorong pengurus kelab bola sepak Liga Kejuaraan England itu, Malky Mackay menawarkannya satu lagi sesi latihan bagi tempoh yang sama pada masa hadapan.

Menyifatkan penyerang handalan Asia Tenggara itu sebagai kebanggaan negaranya dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Mackay berkata: "Kami memintanya agar kembali ke sini bagi dua minggu lagi pada masa hadapan, kerana ia akan memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

"Dalam tempoh ujian 10 hari itu (sejak 12 hingga 26 September), Safee menunjukkan sikap dan etika kerja yang terpuji ketika menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara latihan kami di Cardiff City.

"Memang ada perubahan besar dan gaya serta tahap bola sepak yang berlainan di sini tetapi dia mampu menyesuaikan diri dan menerapkannya dengan baik," katanya," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelab The Bluebirds dan berpangkalan di selatan Wales itu.

Beliau turut menyedari khidmat 'David Beckham Malaysia' seperti digelar media Wales ini, turut ditagih skuad kebangsaan Malaysia dan Pelita Jaya.

Mackay bagaimanapun menjelaskan bahawa agak sukar untuk mendapatkan gambar aksi Safee sepanjang ujian 10 hari itu seperti yang dikehendaki media terutama apabila berdepan sejumlah perlawanan liga dan persediaan yang perlu dilakukan The Bluebirds.

Sementara itu, Safee turut mengulas pengalaman yang ditimba dengan pasukan utama dan simpanan di kelab yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee itu: "Perlawanan di sini jauh lebih pantas. Anda tidak punya banyak masa dengan bola. Ia memang tahap bola sepak yang baru dan berbeza sama sekali.

"Latihan berjalan lancar dan semua rakan sepasukan amat mengalu-alukan kehadiran saya. Walaupun cuma hampir dua minggu, banyak yang saya pelajari sini. Insya Allah, saya mungkin kembali pada masa hadapan," katanya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 ini sempat menonton perlawanan Liga Kejuaraan Cardiff City menentang Leicester City, Ahad lalu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isterinya.

Selepas merayakan sambutan Hari Malaysia di sana semalam, Safee pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang ini bagi menyertai latihan skuad negara menjelang persahabatan dengan Australia di Canberra, 7 Oktober.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 02:05 PM | Show all posts
naekkn ranking MALAYSIA ku dulu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 06:40 PM | Show all posts
malaysia U23 will be malaysia player..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083848 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list