CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 47166|Reply: 386

SAMARINDA - ANNISSA TV3

  [Copy link]
Post time 27-5-2011 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 10-1-2016 02:44 AM

Terbaru di slot Samarinda TV3


KONFLIK CINTA 4 JELITAWAN DI SIRI TERBARU ‘ANNISSA’
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?
Terbaru di slot Samarinda, penonton setia TV3 bakal menyaksikan pelakon-pelakon handalan yang popular seperti Rozita Che Wan, Aida Aris, Faradhiya, Fiza Elite, Zamarul Hisyam dan Eizlan Yusof menerusi siri drama 13 episod,  ANNISSA terbitan Zeel Production mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? Jangan lupa saksikan Samarinda: Annissa yang bakal bersiaran mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.
sumber: press release tv3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 09:46 AM | Show all posts
ingatkan RCW watak utama...
jahat betol RCW nie..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:09 PM | Show all posts
oh ..ANNISSA tu short form nama dia org baru tahu ...ANNa , balkIS, Shila dan SAra...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 08:30 AM | Show all posts
dah tgk best gak..patut r sesuatu..je smlm balkis tu..sesuai r..rcw boh nama balkis...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:18 AM | Show all posts
smlm aku tgk best gak...tok ep 1...tp yg mule2 2 tunjuk cam ade org msukkan mayat dlm boot kete...ade tunjuk x sape?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 09:21 AM | Show all posts
klu ikutkan sinop nie...balkis ngan farid nie dah kawin la yerk...patut ar smlm mse anna ngan farid dok pegang2 tangan balkis cam jeles jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:16 PM | Show all posts
klu ikutkan sinop nie...balkis ngan farid nie dah kawin la yerk...patut ar smlm mse anna ngan farid  ...
sue87 Post at 1-6-2011 09:21


a'ah aku pon perasan balkis cam jeles sekali madu hah ambik ko..dorg shoot kt jakel shah alam..apsal aku tak nampak customer pon..dorang halau ker..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 07:30 PM | Show all posts
blm tengok lagi......cam boring sebab takde hero kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 01:58 AM | Show all posts
apa jadi tadi??? sapa tgk boleh bgth......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 07:00 PM | Show all posts
aida aris nie mmg da pakai tudung ek?ke utk cciter nie je?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 09:06 AM | Show all posts
anna masih tak taw lagi yg balkis madu die..kesian si kamal (eizlan yusuf)..smlm farid tak taw yg balkis tido umah die tp dorang ni pandai coverina..
shila ni keje nye songlap duit company..eh tak kan senang2 keluarkan duit juta2 kn..
a'ah kan dalam citer ni sara tak lekang ngan tudung @ selendang die..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:55 PM | Show all posts
sakit nyer hati bila di khianati oleh 2 orang yang betul2 rapat dan kita percaya..sorang rakan karib..dan sorang lagi suami...hmm...apapon...balkis memang bergetah..mana la farid tak tertarik...lagi adventure kalau rahsia2 kan...ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 10:54 PM | Show all posts
kejap je ke watak sara tu? br stat cite da resign...
die sbg ape ek dlm annissa tu? shila = finance, balkis = marketing....die ape ek?

tergamak balkis wat cam tu kt anna kan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:04 PM | Show all posts
aihh...dekat sgt ke umah si balkis tu dgn opis? skejap je si farid tu ble smp dkt opis.....konon2 die tido dlm kete la tu tggu anna. hish.....laki klo pandai menipu mmg pandai blakon!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:40 PM | Show all posts
pandai gila Farid tu tipu Anna kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:20 AM | Show all posts
kawan makan kawan tul......
tp farid tuh mmg pandai lakon tul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 10:19 AM | Show all posts
farid tu keje apa ekk?...farid tu dayus sebenarnya.....sanggup tengok bini berlakon ada affair ngan kamal..nak tutup status memasing...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 03:00 PM | Show all posts
Kesian Anna... nampak sangat si Balkis tu lg mengancam + bergetah... sampai suami tk mo berenggang klu dapat tdo sekatil...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 10:37 PM | Show all posts
aida aris nie mmg da pakai tudung ek?ke utk cciter nie je?
mimi77 Post at 4-6-2011 07:00 PM



    setahu lisa utk citer nih je
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 10:38 PM | Show all posts
farid tu keje apa ekk?...farid tu dayus sebenarnya.....sanggup tengok bini berlakon ada affair ngan  ...
aseela Post at 10-6-2011 10:19 AM



    kan....pelik tul, sanggup tgk isteri 'ada affair' gan org lain, pengetahuan dia lak tuh
just nak tutup temberang mrk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.279428 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list