CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 10953|Reply: 53

ZEHRA - KERANAMU LAILA (Setiap Jumaat, 9 mlm, TV3)

[Copy link]
Post time 7-4-2011 11:33 PM | Show all posts |Read mode
dr press release tv3:


KERANAMU LAILA
Drama Baru Sarat Dengan Konflik Agama, Cinta & Keluarga


Setiap insan wajar dihargai dan dikasihi. Sekiranya anda telah dikhianati oleh orang tersayang, hilang tempat bergantung dan arah tujuan hidup, sentiasa ingatlah kepada Tuhan. Usah putus harapan kerana pegangan agama yang kuat pastinya dapat membimbing ke arah jalan yang betul. Terbaru di slot Zehra, TV3 mempersembahkan sebuah drama bersiri terbitan Radius One Sdn Bhd, KERANAMU LAILA mulai 8 April 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00malam.

Diarahkan oleh sutradara Heykal Hanifah, drama bersiri 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon handalan tanahair seperti Mandy Chong, Norman Hakim, Shahrul Nizam, Wan Elyas, Juhara Ayob dan Eyzendy serta kemunculan bakat baru Ixara Aishah. Berbekalkan cerita asal Rohizan Ramli dan olahan serta skrip nukilan Zuraidah Ramli, KERANAMU LAILA mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya.


Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.

Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.

Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.

Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.

Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.

Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

Jangan lupa untuk menyaksikan suka duka kehidupan seorang wanita muallaf yang terabai dan kisah sedih gadis muda naif yang hanya inginkan kasih sayang di dalam KERANAMU LAILA di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 8 April 2011.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 11:55 PM | Show all posts
sepakah?
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:20 AM | Show all posts
rumitnya jalan cerita .....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 10:58 AM | Show all posts
heavy jalan cerita diee......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 11:01 AM | Show all posts
konflik keluarge nie cam best jerk...dr sinopsisnyer...mlm nie start kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 11:35 AM | Show all posts
emm sedenya citer harus ak x tgk dh la ak nih ati basah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:47 PM | Show all posts
sedang menonton...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:48 PM | Show all posts
oh lawanye laila tu..mcm amani pon ada.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2011 09:33 AM | Show all posts
tgk sket2 kat kedai mkn.. so mcm x paham sgt..citer cam best..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 11:24 AM | Show all posts
walaupun tak minat dengar nama NH tapi sebab terrrtengok semalam dan rasa cam best je...akan diikuti every week rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 06:12 PM | Show all posts
laila tu comella
citer ni mcm banyak konfliklaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 08:35 AM | Show all posts
laila memang comel-lah. Berlakon pun takdelah cam kayu. Not bad.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 09:10 PM | Show all posts
x sempat tgk 1st episode...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 09:12 PM | Show all posts
mesti best cerita ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:56 PM | Show all posts
Akak layan juga citer ni.. si Qayyum tu cute.. hehhehe.... wonder nape tiap kali berlakon mesti ade stail cakap tergagap-gagap..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 02:19 PM | Show all posts
cerita ni ok jugak. apsal tak hit ek? citer ni ganti ustaz amirul kan? klau ustaz amirul aku tgk sbb asyraf muslim, kali ni keranamu laila aku tgk sbb ixara aisyah ni plak. muka cun, lakonan pon menjadi. memek muka selamba je.. oraitla.. ada harapan dpt offer bnyk lg nnti. si 'tajul' hehe... wan elyas tu.. aku suka lakonan dia sejak dia jadi tajul dlm dunia baru dulu.

so far pelakon2 ok.. walau menyampah dgn NH.. tp lakonan dia ok.. so layan je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 04:28 PM | Show all posts
ai rasa mei ling tu mak laila... buleh??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 09:54 AM | Show all posts
Reply 17# bbalik


    lorr... tu bukan takat rasa.. tu mmg confirm kan klau ikut sinopsis kt atas nun.. mei ling tu muslim.. tan mei ling kawin ngan bapak laila (norman hakim).. pastu dpt laila. tp norman hakim taktau laila tu anak kandung dia. yg dia tau.. ada org letak laila kt depan rumah dia. NH ni.. kawin ngan mei ling tu sebab nk balas dendam kt bapak mei ling tu aje. bila bapak mei ling dah lingkup.. dia pon blah tinggalkan mei ling yg masa tu tgh pregnantkan laila. bila laila lahir... mei ling letak laila kt depan umah NH... so kiranye dia bukan anak pungut...

jom2 meriahkan cerita ni... ai like ixara aisyah tu.. comel n selamba...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 09:58 AM | Show all posts
Reply 18# talapia


    kiranya saja ler may letak laila kat umah xasben dier.... patut ler norman hangen jer bile bini die asik sebut 'tan may ling'... ropanya bini dier juge...

papepun suker ixara blakon.. rasanya baru pestime tp menjiwai... lagi satu tak der ler tekepot2 malu... cam samseng kalu marah orang.... ai loiikeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 19# bbalik


    haha.. takde terkepot2 ek? aku mula2 tertengok citer ni masa dia dgn si Qayum tu kt cafe. selamba giler si laila marahkan qayum. takdela terjerit2 ke hape.. tp mmg selamba la.. mcm nak kene hempuk je... no kepit2.. control2 ayu bagai. sib baik muka comel abis. tak pernah tgk lak dia berlakon sebelum ni. nama pon first time dengar.. kira bole jd the next fasha sandha la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.211091 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list