CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2436|Reply: 23

[Tempatan] Hey ibu-ibu, jangan terlalu cepat mengandung semula

  [Copy link]
Post time 3-10-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-10-2023 03:24 PM

KUALA LUMPUR: Ramai wanita berdepan pelbagai dilema dan gagal merancang kehamilan disebabkan pengaruh individu atau masyarakat di sekelilingnya.

Sebagai contoh, ada wanita yang cuba memenuhi impian pasangan untuk memiliki bilangan cahaya mata atau sasaran jantina tertentu, selain terpengaruh dengan pandangan segelintir pihak yang menggalakkan supaya melahirkan anak ramai ketika usia masih muda.

Bagi ibu enam cahaya mata yang juga pengasas Family Centre Enterprise, Dr Noor Atiyah Azmi, berkata wanita sepatutnya sedar mereka adalah individu paling arif mengenai tahap kesihatan diri dan kesediaan dari segi fizikal serta mental untuk menambah anak.

"Golongan ibu sepatutnya tidak mengabaikan haknya mendapatkan kehidupan yang berkualiti dan kekal sihat dari segi mental dan fizikal.

"Biasanya ibu ini, jiwanya selalu memikirkan untuk berkorban demi keluarga dan anak-anak. Namun, pada masa sama perlu ingat, kita harus beri masa untuk badan berehat.

"Jangan cepat terlalu cepat mengandung semula, ia akan memberi impak bukan sahaja kepada kesihatan diri sendiri tetapi perkembangan anak-anak.

Jarakkan kehamilan

Memperincikan pengalamannya, beliau berkata, menjarakkan kehamilan adalah salah satu kaedah terbaik untuk memastikan kualiti hidup lebih terjaga.

"Saya sendiri pernah merasainya, memang ada beza ketika lahirkan anak rapat dan yang jaraknya agak jauh. Tentunya bila dijarakkan tempoh hamil semula, kualiti sebagai ibu itu lebih bermakna.

"Saya ada masa nak berinteraksi dengan anak yang baru dilahirkan dan anak yang lebih tua, malah masa untuk diri sendiri pun ada," katanya.


Tambahnya, walaupun fitrah seorang ibu itu diciptakan Allah SWT kental, malah mampu lakukan banyak perkara dalam satu masa, namun semua pemberian itu ada hadnya.

Golongan ibu ini memang hebat, dia mampu lakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Bagaimanapun, tentunya apabila kita fokus pada satu perkara, impaknya lebih besar. Di sinilah perancangan keluarga memainkan peranan yang besar.

"Sebab itu, saya sarankan supaya setiap ibu perlu ada ilmu mengenai kontraseptif. Jangan hanya dengar cerita daripada orang, misalnya makan pil perancang, berat badan akan bertambah.

"Ini tak betul....kalau tak jaga makan, liat bersenam dan amalkan gaya hidup tidak sihat, maka badan boleh jadi obes," katanya.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiols gigih brainwash pelajar pompuan pasal family planning memandangkan majoriti deols B40 pehtu otak pun...Emh. Paling nyampah yang asyik tengok cermin, betulkan tudung, dalam kelas. Apa la nak jadik bebudak sekolah baru aku ni, jauh lagik bagus bebudak sekolah lama walaupun dok jauh dalam pedalaman hutan.

(Yang pandai2 majoriti dah pi SBP, MRSM, SMKA, etc.)
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:22 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-10-2023 11:15 AM
Aiols gigih brainwash pelajar pompuan pasal family planning memandangkan majoriti deols B40 pehtu ot ...

than whats your problem? does it disturb you because of the behavior of your student?

dont be a sexual teacher...ajar anak2 murid yg bukan2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 3-10-2023 03:22 AM
than whats your problem? does it disturb you because of the behavior of your student?

dont be a s ...


Yes it does Ngipan.

Buruknya English kau. Tu la tak blaja betul2 dulu semacam stodens yang aku marah asyik tengok cheremiiinnnn tak mau buat tugasan kalau tak kena sound.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:37 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-10-2023 11:28 AM
Yes it does Ngipan.

Buruknya English kau. Tu la tak blaja betul2 dulu semacam stodens yang aku m ...

than the problem is you...set your priorities straight before i pull your brown small nipple
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg br nk kawen atau blom kawen tu pikir elok2 brapa org ank yg korg nk..set target dan ikut kemampuan..bkn ikut ckp2 org
Kakak iols lakinya nk ank 4..nsb baik kawen umo 23..umur 35 dh 4 org ank dia..
Iols umur 35 still sorg anak..umo 36 br preg blk..jarak umur anak 6 thn..husb iols plak jnis xkisah..ikut bl iols nk preg blk
Ms preg ank sulung sama2 preg ngan adk2 ipar..nx year nya dorg preg lg..ajak iols preg sekali..mmg xla kan sbb ank br setahun..dorg preg no 3 pun ank iols still sorg lg..nmpk struggle dorg nk bsrkan anak2 ngan keadaan ekonomi skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-10-2023 10:21 PM

Sibling dekat2 usia best masih boleh ajak kawan main2 fikiran lebih kurang sama masalah boleh berkongsi, baju boleh kongsi, pergi balik sekolah sekali jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarak2 usia, parent ambil kesempatan,  sulong umur 23 sudah bekerja pergi menyara adik umur 8-15, parent lepas tangan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dua orang aje cukup. Kalau sorang, dia takde kawan. Kalau 3 dah ramai sangat. Keluarga melayu ni anak ramai sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarak kan tempoh kehamilan itu yang sebaiknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-10-2023 10:35 PM
Jarak2 usia, parent ambil kesempatan,  sulong umur 23 sudah bekerja pergi menyara adik umur 8-15, pa ...

Lagi baik kot dari umo bawah 16 dah kena berenti sekolah sb nk kena jaga adik² merenyut umo 14, 12, 10, 8,6,4,2 & 3 bulan

Nak main dgn kawan sebaya pun tk boleh sb dah kena ambik tanggungjawab sbg ibubapa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2023 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dgn laki aku memula kawen aritu bukan main la nk 3-4 sekali amik ha sorang je ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap ini pada artis lelaki tu.
Sanggup dia paksa bini dia mengandung  lagi, padahal baru je lepas beranak caesarean demi nak ado anak lelaki. Haish.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 6-10-2023 12:06 PM
Aku dgn laki aku memula kawen aritu bukan main la nk 3-4 sekali amik ha sorang je ni

Kena tambahkan sorang lg utk pastikan replacement population rate tu stable
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-10-2023 12:27 PM
Kena tambahkan sorang lg utk pastikan replacement population rate tu stable

Tak boleh ler kami ade thalassemia
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:35 PM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 6-10-2023 12:09 PM
Cakap ini pada artis lelaki tu.
Sanggup dia paksa bini dia mengandung  lagi, padahal baru je lepas b ...

angkasawan terpaling pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
haaaa... inilah undang-undang yang terbesar sekali dalam segala undang-undang, undang-undang ini dinamakan family planning

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.136719 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list