View: 3198|Reply: 13
|
[Politik]
Jangan sampai PM buat tugas 10 menteri
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 26-9-2023 04:07 PM
TIADA mana silapnya kalau nama menteri pun rakyat lupa. Lupa sebab ada menteri terbabit tidak buat kerja sewajarnya dalam portfolio diberi.
Ramaikah? Kalau makan cili dia akan terasa pedas. Hari ini ramai kalangan kita tak ingat pun nama menteri. Apa lagi timbalan menteri. Barangkali terlalu ramai senarainya yang berbeza-beza sejak 2018 tiga kali bertukar kerajaan. Bila masuk kali keempat melalui pilihan raya umum 19 November 2022, lagi muncul wajah baharu.
Tapi itu alasan sahaja. Kalau benar buat kerja, tanggungjawab itu dipikul dengan amanah dan komitmen tinggi, menteri berkenaan tidak dilupakan.
Contohnya arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub. Walaupun jasa dan sumbangan arwah lebih terserlah dan diingati setelah pemergiannya dalam memperkenalkan segala inisiatif Rahmahnya, baik “menu, bakul, pakej dan kafe”, ia jelas bukti keberkesanan buah tangannya. Idea dan ilham beginilah yang dituntut daripada seorang menteri. Apa lagi mengepalai sebuah kementerian yang perlu memberi kelegaan kepada rakyat berdepan kos sara hidup.
Sebenarnya ramai kalangan menteri kita berpotensi dan mampu menyerlah. Mereka hanya perlu fokuskan sekurang-kurangnya lima perkara pokok yang menjadi permasalahan besar rakyat.
Contohnya, khidmat kesihatan percuma melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan jantung. Kita maklum untuk rawatan pakar sahaja di hospital swasta menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit. Untuk keluarkan tahi telinga yang tersumbat oleh pakar telinga, hidung dan tekak sahaja kosnya sekitar RM600. Itu belum lagi meredakan resdung.
Jadi, menteri berkenaan fikirkan jalannya. Pakatlah dengan pihak-pihak insurans. Lihat dan nilai model yang ada di negara luar untuk dipraktikkan di sini.
Hari ini berapa ramai orang kurang upaya, autisme dan sindrom down di negara ini? Menteri jika komited untuk kurangkan beban ditanggung keluarga mereka ini, perlu tampil dengan idea-idea baharu yang realistik dan penguatkuasaan dilakukan tanpa ragu-ragu. Misalnya, pencegahan tabiat merokok di tempat larangan awam dan kenderaan melebihi garisan putih jika dikuatkuasakan tanpa kompromi, ia akhirnya akan menjadi tabiat dan budaya rakyat kita.
Jika seorang menteri boleh fikir dan selesaikan lima perkara besar yang melingkari permasalahan rakyat, kalau 28 kementerian sudah berapa jumlah idea dan kejayaannya?
Daya fikir setiap menteri itu yang kita dambakan. Bukannya berlagak macam ahli parlimen yang ‘bertekak, melolong’ memanjang setiap kali masuk Dewan Rakyat.
Kita tidak mahu nanti menteri menikmati segala macam insentif, tapi khidmat tidak mencapai aras piawaiannya.
Tambah teruk nanti pula sampai perdana menteri sendiri terpaksa turun padang selesaikan isu-isu yang bersangkut-paut kementerian berkenaan. Bila sampai beliau terpaksa menjalankan tugas sehingga 10 menteri, apa lagi yang kita mahu sandarkan harapan?
Tidak perlu fikiran manusia lagilah. Elok sahaja guna robot dan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang diuar-uarkan cukup popular masa ini.
Dan elok juga dengar khabarnya akan ada rombakan Kabinet dalam waktu terdekat. Struktur dan tukar sahaja jika itu satu-satunya jalan dalam pastikan daya juang dan daya saing Kabinet Malaysia yang berterusan dan dinamik.
https://www.utusan.com.my/commentary/jangan-sampai-pm-buat-tugas-10-menteri/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tripleid,pengecataik...ada peluang tu...naik menteri..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila i tgk balik list senarai menteri dan timbalan, mcm ramai yg patut dipecat.
uol blh tgk mana satu menteri dan timb menteri yg berfungsi dan tidak berfungsi di sini..
https://www.kabinet.gov.my/bkpp/ ... pentadbiran/menteri
harap menteri dan timbalan masing2x tidak mengeluarkan kenyataan vodo je.
yang rm136.30 tu salah satu contoh.. iol takut akak rina versi ke2 muncul nanti  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-9-2023 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Daya fikir setiap menteri itu yang kita dambakan. Bukannya berlagak macam ahli parlimen yang ‘bertekak, melolong’ memanjang setiap kali masuk Dewan Rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
kita kena bagi peluang dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat bod gossip nama menteri2 yg naik sbg bapakgula .. tak kenal terus jadik kenal  |
|
|
|
|
|
|
|
ringgit rahmah junam , pelabur bursa saham lari. tandas juga di buat spot check
|
|
|
|
|
|
|
|
dia takde anak ikan kan? ikan pun mahal skrg  |
|
|
|
|
|
|
|
yang paling perform menteri mat sabu |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri2 ni semua menghabeskan duit rakyat jer. Gaji bnyk, elaun bnyk. Ada bodyguard, driver. Cuma kena tahan makian Dr rakyat je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri PH nie masa jadi pembangkang mcm² idea dia cakap. Ada jer salah kerajaan dulu tapi bila dia jd menteri terus sunyi sepi.
Rafizi yg dulu mcm terpaling pandai dlm PH pun mampu buat mesin vending jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|