CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 18

[Tempatan] Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung memberi cadangan supaya KL dikembalikan kepada Selangor,tanah di KL yang boleh digunakan untuk pembangunan rumah mampu milik.Netizen berbelah bagi

  [Copy link]
Post time 25-9-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, cadangannya supaya Kuala Lumpur (KL) dikembalikan kepada Selangor untuk membentuk Metropolitan KL adalah berlainan dengan tuntutan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap Pulau Pinang.



Chean Chung berkata, kedua-duanya tidak boleh disamakan dan merupakan bandingan yang tidak sesuai.

“Muhammad Sanusi membangkitkan perkara yang sangat lama apabila sempadan negeri belum wujud sedangkan Selangor menjadi Wilayah Persekutuan pada 1974.

“Sebelum 1974, ibu negara juga merupakan KL, cumanya ia terletak dalam Selangor,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, status KL sebagai Wilayah Persekutuan pada masa itu ada munasabahnya tetapi sekarang sudah tidak berpatutan dan patut diubah.

“Sekarang, Putrajaya telah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kedudukan KL boleh ditentukan semula.

“Adalah wajar untuk menilai bagaimana KL dapat mempunyai hubungan saling mendukung dan saling memanfaat dengan kota-kota di Selangor,” katanya.

Mengenai pandangan netizen yang mahu masalah banjir dan kesesakan diselesaikan terlebih dahulu, Chean Chung berpendapat, pengembalian KL kepada Selangor merupakan cara untuk mengatasi  isu-isu tersebut secara holistik.

Katanya, cadangan “pengembalian” merangkumi empat perkara utama iaitu berkenaan pengangkutan, perumahan, tebatan banjir dan ekonomi.

“Jika KL dikembalikan kepada Selangor, perancangan pengangkutan akan menjadi lebih sempurna.

“Sebagai contoh, lampu lalu lintas di Jalan Templer di Selangor ke Jalan Klang Lama di KL tidak dapat diselaraskan kerana merentasi sempadan. Kontraktor memberitahu mahukan lebih RM2 juta untuk menyelesaikan penyelarasan lampu trafik.

“Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melalui Gombak di Selangor dan juga KL. Ini memerlukan penyelarasan unit berlainan di Selangor dan KL,” katanya.

Mengenai perumahan pula, katanya, tanah di KL yang boleh digunakan untuk pembangunan rumah mampu milik semakin berkurangan sedangkan tanah di Selangor boleh dimanfaatkan.

“Ada juga netizen yang menyebut isu banjir, pengembalian KL kepada Selangor sebenarnya diperlukan untuk mengatasi banjir secara jangka panjang,” katanya.

Katanya, dari segi ekonomi, pemisahan antara KL dan Selangor seakan-akan mengikat tangan seorang atlet semasa dia beraksi.

“Metropolitan KL pula dapat mengintegrasi sumber sekeliling dan bukannya meletak kita dalam keadaan terikat seperti sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Euwww taknak lah.. Nti merata bunyi hon
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya dia nk pastikan supaya undi non malay bertambah di Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah knp dapig ckp xde tindakan? Bila nusi mintak balik Penang nuart bkn main melenting nti siam claim Kedah?

Iols ingat org politaik ni sblm angkat sumpah tau perlembagaan negara, rupanya sampah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 09:06 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 26-9-2023 07:55 AM
Sbnrnya dia nk pastikan supaya undi non malay bertambah di Selangor

bancian kena betul2 tepat lah nampak nya.. memang la mostly non malay dok kat kl.. tapi yang kepadatan tinggi malay kat ppr (tapi tak well spread pulak) atau kampung2 yang masih wujud macam kg baru tu..

tapi kalau tiada kebaikan signifikan pada rakyat, tak payah buang masa lah pasal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 09:24 AM | Show all posts
Byk lagi isu Yb....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg balik pulau pinang ke kedah. Penang kedah pny...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:43 AM | Show all posts
ala...nak tanah kg baru la tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 10:43 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 26-9-2023 07:55 AM
Sbnrnya dia nk pastikan supaya undi non malay bertambah di Selangor

sebenarnya pengundi malay ramai jugak di Kuala Lumpur , ramai yg bekerja dan menetap di Kuala Lumpur tapi masalahnya ada yg memilih kampung jugak untuk tempat mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 10:54 AM | Show all posts
apa kata baginda sultan selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 11:53 AM | Show all posts
meols sebagai anak jati KL, menentang sekerasnyer2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 12:04 PM | Show all posts
Semua justifikasi dia ke laut.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu KL join selangor, harga tanah & harga bahan pembinaan jadi murah ke? Kalau sempadan negeri dijadikan alasan perancangan pengangkutan tak seragam, tak boleh ke selesaikan di peringkat Persekutuan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya dan Labuan tersengih sinissssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:08 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 26-9-2023 07:55 AM
Sbnrnya dia nk pastikan supaya undi non malay bertambah di Selangor

yup. strategi pru datang. sebab prn lepas melayu dah bangkit asyik duk kena tipu manifesto minyak turun 24 jam, tol percuma je ekonomi makin teruk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 02:10 PM | Show all posts
biarjellah asing.. dah elok ada dbkl, ada mbsa nak campur2 apa lagi. xde problem duk tambah problem.

shah alam dh elok sangat dh xde jem teruk cm kl.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 03:56 PM | Show all posts
Sibuk nak buat rumah konon.

Mana lagi perumahan awam yang bakal diroboh dan dibina rumah bertingkat-tingkat persis M Vertica di Bandar Tun Razak ittew? Buka tingkap nampak jiran, pandang depan jalan, pandang kiri kanan perumahan tinggi.

Padang bola sebelah tiang eletrik pun boleh jadi rumah asalkan ada project ye kan? Rakyat selesa ke tak itu bukan masalah. Yang penting rumah banyak-banyak dalam KL sebab ye lah orang KL ni ramai sangatkan.

Pembangunan rumah mampu milik untuk bukan Melayu you mean?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewel mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jeles la tu sebenarnya sbb KL bwah federal, diorang tak bole nk gained full control dan salah satu taktik juga nk tmbah kerusi politik...so what? klau KL kembali kepada Selangor pun Ringgit Malaysia bole naik ke? iollz lebih rela KL berpisah dari Malaysia dan establish own sovereignty with own currency (KL Dollar) hahaha... biar padan muka semua...lepas tu capital of Malaysia pindah ke Kuala Pilah... hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.123320 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list