CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14791|Reply: 239

[Tempatan] Ramai berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.Anda setuju?

  [Copy link]
Post time 25-9-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-9-2023 01:10 AM

SHAH ALAM – Individu bujang dan berkeluarga memperuntukkan antara RM200 hingga RM2,500 sebulan untuk perbelanjaan makan di restoran dengan mengambil kira kenaikan harga barang basah ketika ini.



Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.

Bagi individu bujang yang bekerja dalam sektor swasta, Muhamad Amirul Adha Sabri, 24, berkata, dia yang tinggal sendirian di Shah Alam berbelanja sehingga RM420 sebulan untuk makan di luar.

Saya hadkan sehari tak lebih RM15 untuk beli nasi dan lauk. Jadi belanja sebulan dalam RM420.

“Kosnya lebih kurang sama saja kalau beli ayam, telur, minyak atau beras dan lain-lain untuk masak di rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Seorang pekerja swasta, Salsabila Syarulnizam, 24, berkata, dia pula berbelanja antara RM200 hingga RM450 sebulan bagi tujuan sama.

Jelasnya, perbelanjaan bertambah pada hari bekerja untuk membeli sarapan dan makan malam selain membuat pesanan makanan secara dalam talian ketika cuti hujung minggu.

Sementara itu, seorang suri rumah, Nurmizan Afiffah Mohamad Amin, 29, berkata, dia bersama suami dan seorang anak memilih untuk makan di kedai pada setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM700 sebulan.

“Selalunya pada hari bekerja, kami pergi kedai yang dekat sahaja selepas waktu Maghrib supaya boleh balik awal dan suami tidak terlalu letih lepas kerja.

“Pada hujung minggu pula, baru kami makan di restoran yang jauh sikit dari rumah,” ujarnya.

Menurut seorang pekerja swasta juga ibu kepada dua orang anak, A’ina Mardhiyah Mohammad, 31, keluarganya akan makan di kedai atau bungkus lauk pada setiap hari dengan purata belanja RM 1,500 sebulan.

“Kalau di Johor Bahru, beli sarapan RM10 untuk nasi lemak dan kuih. Makan tengah hari dalam RM20 di kedai dekat dengan pejabat sebab sini kawasan tumpuan warga Singapura.

“Sebab tak ada masa untuk memasak, saya rasa lebih mudah bungkus lauk,” ulasnya yang mempunyai dua anak berumur empat dan satu tahun.

Seorang pesara kerajaan, Kamariah Abdul Manap, 59, memberitahu, makan di kedai adalah lebih menguntungkan dengan berbagai pilihan menu.

“Saya tinggal bersama suami, dua anak, menantu dan seorang cucu. Jadi masing-masing ada cita rasa berbeza.

“Perbelanjaan secara kasar makan di kedai untuk sebulan dalam RM2,200 tapi bukan setiap hari kerana saya akan masak pada hujung minggu,” jelasnya.

Bagi seorang guru sekolah rendah, Rosmaya Abdullah, 56, dia memilih untuk membeli lauk di kantin sekolah kerana jadual kerja tidak menentu

“Jadi saya akan bawa pulang lauk-pauk dan hanya masak nasi di rumah. Sebulan belanja dalam RM2,500 untuk lapan ahli keluarga” katanya.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 01:20 AM | Show all posts
makan luar bukan masaalah utama... masaalah nye org kite mkn sehari berkali-kali.. breakfast, lunch, tea time, kuih, tit bits..jeruk.. teh bobba mlm dinner bagai.. mcm mane nk kurus..kos x tinggi..sbb tu body sekor2 cam badang baik jantan..betina melahap jer mcm badang
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dak aih.

Murah lagik kau masak sendiri.

Tapi kalau malas macam aiol, memang kengkadang tapau jeh. Dalam rizki kita ada rizki worang kata poremer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 04:20 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-9-2023 01:24 AM
Dak aih.

Murah lagik kau masak sendiri.

Jiks dok sabah, murah lagi masak sendiri
Tpi jika aku blik kampung luar bandar
Lauk bru rm2-rm3 pastu balik masak nasi
Mlm beli lah goreng, pastu share makan
Jika kt sabah, mkn luar sehari cecah rm100
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-9-2023 01:24 AM
Dak aih.

Murah lagik kau masak sendiri.

Rizki milik org lain iteww juga bukan hanya tertakluk bila ko tapau makan ler ngok... tapi setiap kali duit ko keluar utk beli bahan rencah ramuan  utk dimasak dirumah kerana duit yang ko keluarlheun iteww juga akan tersalur pada pembuat, penghasil bahan bahan tersebut.utk dimasak iteww kheunz?

Kecuali ko tanam kesemua duit ko bawah tanah..
Takda beri manfaat pada sesiapa teasul diri ko...

Sesia jadik cikgu........yg  bengap

Kahkahakhakah

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 04:37 AM | Show all posts
Org rumah aku masak hri kerja jer untuk lunch terus dinner
Jika hri cuti sehari tu makan kedai, luang msa dgn family
Kira kos sebulan cecah rm1k juga campur mcd, subway, tealive
Biasa brg basah beli seminggu rm100+,

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2023 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-9-2023 04:37 AM
Org rumah aku masak hri kerja jer untuk lunch terus dinner
Jika hri cuti sehari tu makan kedai, luan ...

Barang basah apa RM100+ utk seminggu?

Apa yg ko boleh dapat ? Ikan termenung?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 05:44 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 25-9-2023 04:42 AM
Barang basah apa RM100+ utk seminggu?

Apa yg ko boleh dapat ? Ikan termenung?

Hrgs seafood tmpt aku murah lagiSelayang atau basung sekilo rm6 gitu
Udang harimau laut sekilo rm50
Sotong sekilo rm17
Sayur2 seikat rm1-2
Cuma ayam sekilo rm13


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 06:50 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-9-2023 01:24 AM
Dak aih.

Murah lagik kau masak sendiri.

sabah dengan KL xsama sis. sabah lobster pun murah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 06:53 AM | Show all posts


cmne rakyat nak masak? duk cakap rakyat suka berbelanja luar? tapi minyak, tepung, gula , beras tempatan susah nak jumpa?

asyik2 salahkan rakyat. ringgit jatuh tak tahu pula uruskan ringgit? pelabur bursa saham lari tak tahu uruskan? fikir cerdik sangat banyak formula bantu rakyat. sekali menipu je
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukahati korangla yg konon harga restaurant sama dgn rumah...kalau harga mknn tu tinggi jgn pulak memekak viral atau mknn berulat ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari larat masak..kita masak...tak larat kita beli...im no superwoman...tp kalo order bukan la beria sgt makanan pun...ns goreng sebungkus kongsi 2 org...
Tp ada iols ngk kalo order iols yg takut ngk aih...kalo hari cenggitu.satay apa bagai...mmmg la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:22 AM | Show all posts
Setuju, kadang makan luar lagi murah dari beli barang dan masak

Cuma iols lebih suka masak dan makan dirumah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 25-9-2023 05:44 AM
Hrgs seafood tmpt aku murah lagiSelayang atau basung sekilo rm6 gitu
Udang harimau laut sekilo rm5 ...

Kehidupan laut yg ko beli ditangkap dijala dari lautan yg lain keww berbanding dgn penduduk negeri  atau districts lain ?

#tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:24 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 24-9-2023 08:42 PM
Barang basah apa RM100+ utk seminggu?

Apa yg ko boleh dapat ? Ikan termenung?

Dapat ayam sekor, sotong 2 ekor, udang 10 ekor, daging sikit
Tu je dah RM 100++

Belum lagi bawang merah, cili api, daun sup, santan, serai

Mahal betul skrg, sape yg kata tak rasa barang naik tu mmg bagus lah


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 25-9-2023 09:24 AM
Dapat ayam sekor, sotong 2 ekor, udang 10 ekor, daging sikit
Tu je dah RM 100++


Itu ler....tapi kt mana entah aku baca porummer kita kaka @rospinki kata RM100+ penuh boot keta dia dgn barang basahan ......
Apa ilmu dia pakai? Takkheun dia ke pasar pakai spaghetti straps?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 09:38 AM | Show all posts
pada aku... kalau makan kat kedai kos extra sebab order air.. unless kau order air kosong la..
next in line is tapau makanan.. dah takde kos air.. so murah sikit..
lagi murah of course la masak sendiri... lagi2 bila dah berkeluarga.. sekali makan kat mamak pon dah kompom2 lebih rm50..
masak sendiri.. nasi.. ayam kicapp.. sayur tumis.. baper la sangat kos nya..
lain la hari masak udang ketam bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:38 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 25-9-2023 01:29 AM
Itu ler....tapi kt mana entah aku baca porummer kita kaka @rospinki kata RM100+ penuh boot keta di ...

Iols haritu beli barang nak masak sup daging dgn sambal udang, ambik sikit tu sikit je dah RM 160

Daging berapa gram entah, udang 10 ekor, adalah bawang merah bawang putih
Pastu sabun tandas, sabun baju, sabun pinggan, roti, air, nugget

Beras dgn minyak masak tak ambik

Kalau ambik agak2 berapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sonic-bertaik replied at 25-9-2023 01:20 AM
makan luar bukan masaalah utama... masaalah nye org kite mkn sehari berkali-kali.. breakfast, lunch, ...

Setuju.
Lepas tu lauk yg diambik pulak berjenis². Dah amik ayam, tambah paru sotong lagik
Sayur lagi berjenis² . Mmg perut setan.
Lepas tu bising awat aku gemuk sgt nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Engko yg nak makan, engko masak lah sendiri
Yg duk memekak psl makan luar mahal la bagai..masak je la sendiri..tgk renyah ke x renyah nk potong bawang segala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.129623 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list