View: 2209|Reply: 25
|
[Dunia]
Bersesak-sesak demi iPhone 15
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-9-2023 02:49 PM
Beratus-ratus peminat tegar jenama Apple menyerbu pusat membeli-belah Dubai pada hari Khamis demi menjadi antara individu pertama yang memiliki iPhone terbaharu sehari sebelum ia mula dijual.
Beratur panjang, para pembeli berharap mereka dapat memiliki iPhone 15 yang dinanti-nantikan di Apple Store di Dubai Mall.
Sebilangan besar peminat juga kelihatan di Dubai Mall of the Emirates melalui gambar yang dikongsikan di media sosial.
Pelancaran telefon pintar tahunan Apple kerap menarik minat ramai di seluruh dunia.
Beratus-ratus orang telah mula beratur sejak awal petang di Dubai Mall, meningkat dengan ketara menjelang pukul 7 malam.
Kakitangan keselamatan memasang penghadang, manakala pengawal dengan pembesar suara menggesa peminat Apple menghentikan aksi tolak-menolak sebelum mereka dipecahkan ke beberapa zon.
"Kejadian ini selalu berlaku," kata seorang pekerja kafe sambil tersenyum yang melihat lautan orang ramai.
Sesetengah pembeli sanggup menunggu semalaman, manakala yang lainnya pula berkata mereka akan membuat pratempah telefon mereka itu dan kembali lagi pada hari Jumaat untuk mengambilnya.
Barisan orang yang beratur dan keadaan yang sesak menarik perhatian ramai. Deretan orang dirakam dari tingkat atas oleh peminat Apple dan juga yang mengambil swafoto.
"Saya akan menunggu di sini sehingga tengah malam," kata Rana, yang berharap untuk membuat pra-pesanan iPhone 15 dan mengambilnya pada hari Jumaat.
"Saya sangat teruja. Semua orang teruja. Saya mahu pamirkan telefon saya ini kepada keluarga dan rakan-rakan.”
Bersama Rana, rakannya Zooshan berkata: “Saya perlu mendapatkannya sekarang. Sebulan selepas ini sudah tiada maknanya lagi”
Beberapa pembeli berkata, terdapat juga peniaga telefon yang berada di dalam barisan untuk membeli dan kemudian akan menjualkannya semula model terbaharu ini.
Seorang pekerja kedai yang pernah melihat kejadian seperti ini berkata: “Orang memang gila, gila.”
Seorang wakil khidmat pelanggan di Dubai Mall menambah, pembeli tidak akan dibenarkan berkumpul semalaman di luar kedai Apple.
Laman web pusat beli-belah itu menyatakan hanya akan beroperasi dari 10 pagi hingga 11 malam, Isnin hingga Khamis.
Fenomena teknologi
Apple telah melancarkan empat versi iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max di acara "Wonderlust" yang berprofil tinggi, yang dipancarkan secara live dari ibu pejabat Cupertino di California awal bulan ini.
iPhone menyumbang kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan produk Apple dan syarikat itu mengharapkan model baharu ini membantu melonjakkan lagi jualan.
https://www.thenationalnews.com/uae/2023/09/21/iphone-15-frenzy-as-hundreds-queue-at-dubai-malls-a-day-before-new-models-go-on-sale/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
JoyahMengayah replied at 23-9-2023 08:53 AM
Ya Allah punya ramai manusiaa.. tnda akhir zmn kee nii.. manusia suke be the first suka pd viral.. plg aku tak phm sekali mulayu pi beratur beli nasi lemak kak india tuu.. india tuu aku yakin masak bersih cuma dr segi halal laa |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat yang suka update ter paling latest iphone ini perempuan.... Rupa lelaki.... Rajin betul  |
|
|
|
|
|
|
|
dubai kn pekerja asing lagi ramai dri penduduk dia..
ada pelan mudah alih kot... langgan pelan telco dpt ipon 15
tu yg berebut nk bli |
|
|
|
|
|
|
|
tak reti pre order dari last week ke then terus pos ke rumah? adoi lahh... terpaling pre order pon dpt masa hari yg sama hari lauching nokkk tanpa penat lelah... |
|
|
|
|
|
|
|
ceh kat dubai
pedulik apa aku kalo nak beratur seminggu pon  |
|
|
|
|
|
|
|
secara jujurnya aku tak faham peminat iphone ni, sanggup bersesak sesak, mcmlah lepas launching date tu takboleh beli iphone |
|
|
|
|
|
|
|
Mana orang tidak menggila jika order online sebulan lebih baru boleh dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Wondering if derang complain pasal beras juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini sanggup berhutang.
 |
|
|
|
|
|
|
|
soalan serius .apa bestnya ipon 15 ni..sbb ms ipon14 and sblm2 ni pun sume beratur mcm ni gak
so apa yg bestnye ipon 15 ni...ada mesin cahaya masa mcm dlm doraemon tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur aku x tjebak dlm dunia iphong nieeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah negara minyak khennn.
Tukar phone serope tukar kereta katanyehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng terpaling...atau independent seller? |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nak jd trendy, FOMO (fear of missing out) le ni |
|
|
|
|
|
|
|
do people even care anymore about how latest your phone is esp iphone? i pon ipon user tp pakai ja la yg lama selagi elok. x kuasa la nk tukar2. paling x suka tuka phone sbb nk kena setting semua ikut preference kita balik. renyah |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya sangat teruja. Semua orang teruja. Saya mahu pamerkan telefon saya ini kepada keluarga dan rakan-rakan.”
Bersama Rana, rakannya Zooshan berkata: “Saya perlu mendapatkannya sekarang. Sebulan selepas ini sudah tiada maknanya lagi”
Satu dunia dari dulu lagi memang macam ni. Only (iPhone) fans. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu depa pakai dulu, baca review yg 1 star baru decide nk beli ke idok
Tp kalau review tu takat nk cite barang sampai cepat ke, courier hensem ke tk payah laaa
Org nk tau barang tu leh guna ke idok. Semak betul baca yg komplen pasal courier nih.
Satu lg jgn malas amik gambo org nak tau real color laaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|