CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 5

[Tempatan] Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam

  [Copy link]
Post time 21-9-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Pasangan Islam yang baru mendirikan rumah tangga diminta berpegang teguh kepada ajaran agama kerana banyak kes perceraian hanya disebabkan isu remeh.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai merujuk trend pembubaran perkahwinan di seluruh negara.

“Jika berdasarkan pengalaman saya ketika di mahkamah syariah sebelum ini, ada suami minta cerai hanya kerana si isterinya masak kurang garam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 yang berlangsung selama dua hari dan julung kali diadakan bertempat di Masjid Putra.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff ketika ucapan alu-aluan mendedahkan peranan agensi itu dalam isu pengukuhan perkahwinan termasuk penambahbaikan semula pengisian modul bersepadu bagi Kursus Pasca Perkahwinan pada 2018 selepas mula diperkenalkan tiga tahun sebelum itu.

Pada masa sama, agensi tersebut mengemas kini modul untuk Kursus Pra Perkahwinan yang diwajibkan kepada semua bakal pengantin Muslim sejak 1997 agar sentiasa relevan.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, dalam usaha pengekalan perkahwinan sehingga ke akhir hayat, enakmen keluarga Islam di setiap negeri juga ada prosedur lebih baik.

“Ini termasuk kalau ada permohonan cerai, maka jawatankuasa pendamai akan dibentuk mahkamah syariah bagi ajak pasangan berkenaan agar boleh berdamai semula,” katanya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya dah ada org lain .ngaku jelah bodo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 04:38 PM | Show all posts
bih tu...ko ingt bini ko lalu sgt tgk perut boroi ko tu ari2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2023 12:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:52 PM | Show all posts
cerai sebab kurang garam?

alasan jer tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.114579 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list