[Tempatan]
Benda boleh gaduh,buat apa bincang:Saya yakin kamu peliwat, saya yakin Tambun peliwat,” kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin marah kepada PMX dalam Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat petang ini menjadi kecoh selepas Perdana Menteri (PMX) melemparkan tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin kononnya kes rasuah terhadap dibuang sebelum ini.
Radzi tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan yang dilemparkan menuntut supaya ia ditarik balik tetapi tidak dihiraukan dan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Saya yakin kamu peliwat, saya yakin Tambun peliwat,” kata Radzi dalam Dewan Rakyat.
Anwar mengeluarkan kenyataan terhadap Radzi ketika sedang memberi penjelasan berhubung keputusan Peguam Negara yang menghentikan prosiding kes rasuah anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“You boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu, masa pentadbiran itu,” kata Anwar yang secara spesifik memetik Ahli Parlimen Putrajaya.
Ekoran kenyataan tersebut, Radzi bangkit dan berkali-kali mendesak Anwar menarik balik kerana membuat sangkaan jahat terhadap ahli dewan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudiaan bangkit dan menjelaskan permintaan dibuat MP Putrajaya tersebut disebabkan ia satu tuduhan liar dibuat tanpa mempunyai sebarang asas dan bukti.
“Jadi sebagai satu tuduhan, maka sebab itu Putrajaya bangun kerana merasakan tidak adil lah buat tuduhan,” katanya lagi.
Anwar menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Anwar memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) kepada Zahid sebelum ini terhadap Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.
Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah
https://www.agendadaily.com/politik/peliwat-bergema-di-dewan-rakyat-radzi-bidas-saya-yakin-kamu-peliwat-kepada-pmx/
.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 20-9-2023 12:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sesiapa yang side Radzi nanti memang golongan IQ cetek judge satu clip jah, Radzi macam orang gila attack PMX, sekali kena sembur menggila macam anjing Rabies
Anyways, pergaduhan ni tak menyelesaikan masalah beras pun. So?So?So?
Post time 20-9-2023 12:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
anwar tengah terangkan pasal keputusan peguam negara hentikan prosiding kes zahid... ntah kenapa tetibe je dia seolah2 nak pancing ahli parlimen pembangkang supaya parlimen jadi kecoh pehtu anwar pun macam dah tak payah dah terangkan pasal isu kes zahid
adakah anwar cuba putar dan gamekan mp2 pembangkang?
anwar dituntut supaya tarik balik tuduhan yg dia buat tu tapi speaker dewan rakyat tak hiraukan pun tuntutan tu.. ni je la kualiti sesi berbalas hujah yg ada di dewan rakyat
bawah ni dua video berkaitan tajuk tred semasa sesi di dewan rakyat dari dua sumber berlainan.. cer tengok tajuk bagi kedua2 video tu... tajuk berita2 dari sumber berlainan memberi kesan besar terhadap sentimen politik dalam kalangan rakyat walaupun isi beritanya sama
you boleh gelak putrajaya kerana you buat perkara itu - pm anwar (astro awani)
Post time 20-9-2023 12:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 20-9-2023 01:02 AM
chanthik replied at 20-9-2023 12:30 AM
Sesiapa yang side Radzi nanti memang golongan IQ cetek judge satu clip jah, Radzi macam orang gila a ...
golongan iq cetek juga boleh dikatakan pada mereka yg side anwar ibrahim.. tengah cakap pasal isu lain tetiba je tuduh org lain buat sesuatu perkara yg salah
radzi mmg tak cool.. nmpk mcm dipermainkan oleh anwar.. tapi tak hairan la kalau dia marah sekiranya ada org tuduh dia tanpa bukti.. lagi2 kalau org tu bertaraf perdana menteri yg bergelar pmx yg amat2 besar pengaruhnya yg mana ada sesetengah penyokong2nya yg percaya bulat2 je apa yg disebutnya
Post time 20-9-2023 01:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
situasi politik yg secebis dan mudah ni pun sesetengah acik porem tak mampu nak hadam.. siap ada yg salute lagi tu... kedunguan apakah ni
tak perlu salute mana2 pun.. ph, bn or pn atau mana2 pihak pun kalau setakat berucap jenis gini
bukan bermakna tuduhan tu tak betul.. tapi tuduhan tu kalau betul, perlu buktikan dulu di mahkamah dan hakim putuskan bersalah.. kalau nak cakap pasal tu pun, perlu cakap di waktu lain.. bukannya masa tengah cakap isu lain pehtu tetibe je melencong isu lain
Post time 20-9-2023 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hahaha...muka jidin macam nak nangis....mcm dia pulak yang pondan nak tuduh PMX peliwat. Citer lama nak bukak balik sbb dia dah tak tau nak fight mcm mana lagi.
Post time 20-9-2023 10:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chanthik replied at 20-9-2023 12:30 AM
Sesiapa yang side Radzi nanti memang golongan IQ cetek judge satu clip jah, Radzi macam orang gila a ...
Sometimesss... laa .mgkin ini pemikiran aku je kot.. depa saje jee buat gaduh supaya dpt tutup masalah sebenonyaa.. pdhl kuar dewan pmx is my best fren hahahaha