CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25459|Reply: 318

[Tempatan] b40 nafi MAT SABU harga beras tempatan tak naik beras tempatan jenama Nagasari yang sebelum ini dibeli pada harga RM25 bagi 10 kilogram (kg), naik sehingga RM40.

  [Copy link]
Post time 18-9-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kenaikan mendadak harga beras membebankan bukan sahaja golongan B40 malah hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang terus dihimpit peningkatan kos sara hidup, seolah-olah tiada berpenghujung.

Isu terbabit dilihat terus menjadi masalah utama membelenggu masyarakat meskipun kerajaan menyatakan akan mengambil tindakan segera.

Pengguna, Rohani Omar, 50, meluahkan kekecewaannya kerana harga beras tempatan jenama Nagasari yang sebelum ini dibeli pada harga RM25 bagi 10 kilogram (kg), sekarang naik sehingga RM40.

Katanya, dia hanya suri rumah dan suami bekerja sebagai tukang kebun berpendapatan RM1,500 sebulan terpaksa mencatu makanan kerana kenaikan harga beras yang mendadak.

"Kami tiada pilihan lain kerana sebelum ini kami hanya mampu membeli beras yang paling murah. Sekarang naik melampau, itu baru beras, belum lagi harga ayam dan telur sama naik," katanya kepada Harian Metro.

Bagi Mustafa Rusdi, 48, dia yang membeli beras wangi import turut merasakan kenaikan ketara kos perbelanjaan bulanannya.

Menurutnya, peningkatan itu sangat membebankan kerana beras adalah makanan utama rakyat negara ini.

"Saya terkejut apabila hendak membeli beras, kalau sebelum ini harga beras import wangi yang paling murah antara RM40 ke RM42 (10 kg), sekarang harga mencecah RM60 hingga RM70 dan stok beras memang selalu tiada.

"Susah nak dapat beras yang harga murah, mahu tak mahu terpaksa beli. Kalau tunggu pasar raya buat promosi pun harga beras masih tinggi berbanding sebelum ini.

"Pernah sampai satu tahap, saya terpaksa pergi ke setiap pasar raya berdekatan untuk membuat perbandingan harga beras yang lebih murah," katanya.

Sementara itu, peniaga runcit, Mohammad Afif, 34, berkata, stok beras di kedainya selalu habis dan hanya mendapat jumlah beras yang terhad dari pembekal.

Sebagai peniaga runcit, pihaknya hanya mampu menjual beras tempatan lima kilogram kerana perlu membeli bekalan secara tunai dan memerlukan modal yang besar.

"Baru hari ini, kami dapat 20 pek beras tempatan Faizah (5 kg) itu pun selepas tunggu lama," katanya.

Mohammad berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi subsidi beras sama seperti minyak masak dan tidak membenarkan warga asing menikmati kemudahan subsidi berkenaan.

Menurutnya, Malaysia perlu tegas terhadap warga asing yang turut menikmati barangan subs

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 06:04 PM | Show all posts
apa jadi makanan paling asas pun naik harga melampau.

tak ada guna aktiviti ekonomi kononnya naik tetapi yang sebenarnya disebabkan oleh kenaikan harga.  itu menyebabkan kesusahan kepada rakyat namanya..

harap kerajaan buatlah sesuatu, ni harga makanan asasi, kalau ini pun tak boleh kontrol memang somtehinglah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu harga telur mahal, import telur dari luar salahkan kartel main harga
skrg beras dari luar mahal, mengelupur nk beras tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 18-9-2023 06:04 PM
apa jadi makanan paling asas pun naik harga melampau.

tak ada guna aktiviti ekonomi kononnya naik  ...

mmg something kan.. rakyat hari² bising tp goment mcm tak buat apa je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya tercapai la cita2 pH nk hapuskan subsidi? Mmg lawak la....time kempen politaik mcm2 scam mat sabun & the gang tabur......dh jd gomen suma salah rkyt.......kejap lg diorg ckp x suka gomen skrg blh berambus
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 07:36 PM | Show all posts
Lepas ni apa pulak? Subsidi beras hanya utk B40 sahaja?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu rumah mampu tengok, sekarang beras pun mampu tengok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg mkn beras pink sunwhite tu tp sbb family kecik beli peket kecik je yg 1kg tu beli 3. Tp mmg terasa la beza last year tak silap rm8 lg tahun ni dh rm10
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-9-2023 07:36 PM
Lepas ni apa pulak? Subsidi beras hanya utk B40 sahaja?

Orang kaya tak layak subsidi beras.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran gak dgn peniaga2 yg naikkan harga sepinggan nasi putih sampai 50 sen. Dulu rm1.50 skrg rm2. Padahal 10 kg beras (assume utk 100 orang makan) minimum naik harga rm20 or 20 sen sorang. Lagi 20-30 sen tu amik kesempatan kaut untung ke? Guna extra elektrik ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu berangan nak makan beraih mahai, sekarang angan2 tu sudah menjadi kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik Mana beras sst/ beras tempatan kat pasaran. Beras keluaran Malaysia katanya untuk keperluan 70%rakyat Malaysia.tapi yg di jual di pasaran sekarang mcm 95% beras import..so mana beras tempatan pegi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la
Skang produce semua premium product maa
Dulu telur omega je...telur biasa takdak
Now beras import jr..beras tempatan takdak..
Akan datang mcmana?.maybe minyak karotino je plak Kots..
Kalau balance semua..orang takde la bising sgt kan..tapi bila satu2 jenis tu Naik harga..tibe2 plak yang mur mur takdak dalam pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 19-9-2023 06:12 AM
pelik Mana beras sst/ beras tempatan kat pasaran. Beras keluaran Malaysia katanya untuk keperluan 7 ...

Memang pelik la malaysia nie, baik kerajaan BN, PN, PH. Mat sabu cakap beras tempatan cukup siap ada stok penimbal tapi nak cari beras tempatan punya susah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:02 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 19-9-2023 08:13 AM

2 tahun dulu aku kena bahan dalam porum ni bila sebut
  
- Mesia net importer beras, bahaya utk food security

- simpan beras

- inflasi akan tinggi..

kan dah berlaku seperti yg dijangka






Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:06 AM | Show all posts
yg aku nampak skrg permainan jualan rahmah
tetiber smua tempat nk buat jualan rahmah
eh bnyk plak tu stock diorg
kojar kan
ko sorok pastu bg harga naik dan2 korg buat jualan murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 08:09 AM | Show all posts
camna depa kata ada jualan rahmah beras?? so tu pun b40 laa kot yg dpt.. apa yg lain2 x makan nasik agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:28 AM | Show all posts
BRAND NAGASARI...?



Tetiber.....


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Beras yg aku biasa beli, naik 15 hengget dari harga biasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nw111 at 19-9-2023 08:50 AM

I beli basmathi smlm..rasa cam biasa je rege dia... jasmine basmathi king smlm rm38/5kg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.127942 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list