CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10366|Reply: 180

[Tempatan] Wanita bujang, bekerjaya kini buruan lelaki pemalas mencari 'sugar wifey' di media sosial

  [Copy link]
Post time 5-9-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-9-2023 03:39 AM

KUALA LUMPUR: Wanita berkerjaya yang masih belum mendirikan rumah tangga perlu berhati-hati dengan menyiasat latar belakang lelaki yang baharu dikenali untuk mengelak terjebak dengan 'scammer' perkahwinan.


"Scammer' perkahwinan merujuk kepada lelaki yang tidak bekerja, tetapi mencari bakal pasangan yang sudah mempunyai kerjaya stabil hanya untuk menumpang kesenangan dan kemewahan.

Perunding motivasi, Fadzli Aziz, berkata keadaan itu wujud kerana ketika ini ramai lelaki yang dilihat hanya mahu mengambil kesempatan terhadap wanita berkerjaya.

Katanya, ini kerana golongan itu malas, tidak mahu bekerja dan tahu akan ada wanita yang sudi menanggung mereka. Oleh itu, wanita sebelum berkahwin, siasat betul-betul latar belakang bakal pasangan sebab saya bimbang sekarang banyak 'scammer perkahwinan'.

"Sekarang ini banyak lelaki yang malas, tidak bertanggungjawab, tidak mahu berusaha dan bekerja.

Berbeza dengan 'scammer' perkahwinan mereka jadikan perkahwinan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan kesenangan.

Golongan lelaki ini akan mulakan dengan mengurat bakal isteri yang berkerjaya serta mempunyai kewangan yang stabil dan sebagai balasan mereka hanya memberikan kasih sayang," katanya.

Fadzli berkata, tidak dapat dielakkan mungkin ada wanita yang masih belum nampak sikap lelaki sedemikian dan percaya golongan itu masih mampu berubah selepas berkahwin.

Namun katanya, untuk seseorang itu berubah menjadi rajin bekerja tidak sepatutnya hanya menunggu selepas perkahwinan.

"Hendak berubah tidak semestinya tunggu selepas kahwin, kalau hendak berubah perlu sebelum kahwin lagi.

"Sebab perkahwinan bukan perkara mudah dan sebagai lelaki tanggungjawab menjadi suami dalam keadaan tidak bekerja sudah pasti susah," katanya.

Justeru katanya, golongan lelaki jika tidak mampu, malas bekerja dan hanya mahu bersenang-lenang, lebih baik elakkan berkahwin daripada merosakkan hidup orang lain.

"Oleh itu, golongan wanita perlu lebih berhati-hati memilih pasangan dan yang penting sebelum berkahwin, siasat betul-betul bakal suami," katanya.

Ketika ini, ada platform dating apps seperti Tinder, Omi dan Michat umpamanya memang mudah dilayari, namun perlu jangan mudah terpedaya berkenalan tanpa usul periksa.

Ini penting bagi bagi mengelak taktik kotor pemangsa 'love scam' yang sentiasa mencari kesempatan menggunakan modus operandi tertentu untuk mengagih cinta palsunya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 dpt laki pemalas, cari lah yg plg herlok utk baiki rupa keturunan. Ada jugalah faedah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
"Adik manis..kawen sama saiya la...saiya baaaaanyak rajin...sini apa bangunan saiya juga buat,lrt,brt,mrt..sumer abangla jugak buat"-Abangla@CintaTakKinalSapala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2023 12:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita baik untuk acik2 porem
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik bela kucing dari biawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2023 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lame wanita yg bekerja ni jadi rebutan.. trutamanya cikgu2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:

andartu junior28-34 tahunmasih belum mandul
andartu senior 35-39 tahunkadar kemandulan yg tinggi dan peratusan meningkat berkadar langsung dgn umur
andartu forever40 tahun ke atasconfirm mandul dan menopause malah mati putik!


sape2 nak buat kajian tambahan, jgn lupa cite pengkaji asal (ifanonline, 2010), Oxford University
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang tak penat ka bertelur tiap2 bulan bertelur sampai 40 tahun tak pernahnya beranak sbb andartu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-9-2023 01:27 AM
Korang tak penat ka bertelur tiap2 bulan bertelur sampai 40 tahun tak pernahnya beranak sbb andartu

Tuhan bg sempurna sihat badan knp malas kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti ada sebab kenapa Allah swt tak kurniakan jodoh ku di. dunia ni. mungkin sebab aku ni lemah semangat. kalo dpt suami tk guna, ntah2 aku ni menangis je lah hari2
ramai pompuan single yg berdikari tetiba jd bengap bila bersuami.
kita hidup di dunia nyata. bukan sekali org yg aku kenal ckp... abis tu, reta you byk2 nk bg siapa??
moga Allah swt merahmati hidup kita semua

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Fadzli Aziz Ni Bukan ex anggota kumpulan unic ka?
Hoho...
Biasa lah Beb...keje cikai2..amek.wife yang bekerja best2..pastu brenti nak business..mintak wife buat personal loan...
Kesian lah jantan takdak telur Gini..
Pompuan sila.angkat kaki kalau ada Kata Minta buat personal loan utk kawen

Ko bagi je kupon kat orang tu soh minum sundiri dan Cari keje elok2
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je aku jmpe, somi ni resign dr keje (dulu keje elok2) and last2 resign and bini tanggung
Sbb bini dia dah jd bos kat satu dept ni
So kiranya bini dia bela biawak hidup la kan..pastu bini dia dengki tgk staff dia dpt suami kaya dan rajin keje, unlike her hasben, biawak hidup
bini lak malu nk mintak cerai.kang x pasal2 kene carry title janda kang, malu la dgn alumni sekolah SBP tersohor kan
hasben alumni lain pun keje hebat2 siap ada title datukship lagi. Malu la nk kasitau alumni ms reunion yg laki dia biawak...tp dia ckp laki dia freelancer (nama professional utk biawak)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 6-9-2023 06:55 AM
mesti ada sebab kenapa Allah swt tak kurniakan jodoh ku di. dunia ni. mungkin sebab aku ni lemah sem ...

What make you think ko sorang yg menangis?..ko sorang yg akan sedih? Bukan pasangan ko? Jgn bersikap selfish pikir utk diri sendiri sedangkheun tak mustahil Tuhan iteww nak selamatkheun lelaki diluar sana dari ko....

So please...jgn nak feeling bagus sangat hokay?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-9-2023 07:10 AM
Fadzli Aziz Ni Bukan ex anggota kumpulan unic ka?
Hoho...
Biasa lah Beb...keje cikai2..amek.wife yan ...

Laki ko teloq separuh je keww macamana? Since ko pun kena "paksa" keluar bekerja?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2023 07:50 AM | Show all posts
ramai je cmni.. alasan common laki biawakk hidup nak berniaga ubah nasib family tengok bukan niaga je, tp lebih kepada lepak dengan member memancing, bercuti dengan skandal..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenal lah betul2 laki tu mcmana..

Tak perlu kaya raya pun.. janji ada bekerja dan independent.. duit boleh cari later, yang penting basics tu kena betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 08:10 AM | Show all posts
lagi 5 thn aku nak suh laki aku jd biawak...asyik stress keje je..paling cikai pun bwk grab je la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tp aku hidup happy sgt2 skrg ni. jd kenapa nk sakit kan kepala.
moga Allah swt merahmati kebahagiaan ini. sihat selalu supaya boleh jaga emak n kucing2 ku
yg penting hidup kena seimbang dunia dan akhirat. daripada membela biawak di rumah, aku lebih rela bersedekah dan menderma berkongsi rezeki dgn yg susah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.131773 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list