View: 2261|Reply: 55
|
[Tempatan]
Ajak Isteri Tengok Sunset: Tiba2 Mati Cuba Selamatkan Budak2 ~ Sempat Jerit "Ayang!"
[Copy link]
|
|
SEPANG - "Dia sempat menjerit memanggil saya. Tangannya melambai seperti meminta tolong. Itu kali terakhir saya lihat suami sebelum dia tinggalkan saya selamanya" hiba Nur Fatihah Mohamad Yusoff, 26.
Kejadian di Pantai Bagan Lalang, di sini pada Ahad itu telah meragut nyawa Mohd Faizal Mahasan, 30, selepas cuba menyelamatkan dua beradik perempuan yang lemas.
Menceritakan detik itu, Nur Fatihah berkata, dia datang ke Pantai Bagan Lalang berdua dengan suaminya (mangsa).
"Sehari sebelum kejadian, suami mengajak saya untuk berjalan lihat sunset (matahari terbenam).
"Dia kata jom kita honeymoon (bulan madu) berdua. Malam itu juga dia pergi beli tikar dan minta saya buat kuetiau goreng untuk makan sama ketika berkelah.
"Keesokannya (hari kejadian) kami bertolak ke Pantai Bagan Lalang dari Puchong Perdana dan sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Sebelum itu, suami sempat menjamah kuetiau goreng yang diinginnya," katanya dalam nada hiba ketika ditemui di lokasi kejadian pada Ahad.
Tambah Nur Fatihah, ketika kami berehat tiba-tiba suami mengajaknya untuk melihat orang mencari kepah.
"Tidak lama kemudian kami melihat ada dua pemancing melambai ke arah kami beritahu ada dua kanak-kanak lemas. Waktu itu, saya tersangkut dalam selut dan bila toleh ke belakang, suami saya lari sepantas mungkin dan terjun untuk mencapai dua kanak-kanak itu.
"Itu terakhir dia jerit panggil saya 'ayang' dengan bercampur air. Dua tangannya lambai seperti meminta tolong sebelum terus hilang," ujar wanita berasal dari Pahang itu.
Menurutnya, semua kejadian dilihatnya dan suami hilang depan mata.
Menceritakan perubahan tingkah laku suaminya yang mesra disapa sayang, kata Nur Fatihah, setiap kali pulang kerja suaminya suka buat mimik muka yang buat dirinya tergelak.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang, Ahad.
Dalam kejadian itu, dua beradik perempuan mangsa lemas dikenali Asya Tasnim Muhammad Zafifi, 9, dan Aris Noraini Muhammad Zafifi, 7, disahkan meninggal dunia.
Mayat dua kanak-kanak itu ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diteruskan pada Isnin kemudian berjaya menemui mayat Mohd Faizal kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 9.35 pagi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak romantik2 dengan hubby dah mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri pula aku baca 3 orang sekaligus mati. Hada hantu syaiton tarik meka suma dalam air ka hapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejauh mana bebdk tu pi main?sbb bagan lalang selalu pegi tak dalam kecuali la air pasang bebdk tu tal sempat naik... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-6-2023 11:22 PM
Ngeri pula aku baca 3 orang sekaligus mati. Hada hantu syaiton tarik meka suma dalam air ka hapa.
Uolss ni kannnn suka buat aku tegelak… berita serious tau |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tiap2 tahun ada org mati kat situ kan |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin masa kejadian air tetiba baru pasang, mak dan bapa mereka x tahu ke anak dia main air? pelik jgk baca berita mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi 1-3pm memang masih surut.... pantai situ pun landai... pelik pelik... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area pokok besar tu ke
Tp aku pnh bermalam area situ 25 tahun lps tk apa2 pn |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan berselut ni bahaya. Kalau terperangkap dlm selut, kaki tersangkaut, arus air pula datang, tu yg buatkan org tak dpt selamatkan diri. Mcm bekas lombong pun bahaya mandi manda, tanah lembut berselut melenyut, dia tangkap kaki. Kalau ada yg lemas di kawasan ni jgn terus terjun, cari apa2, kayu ke seledang ke tali ke untuk hulur beri bantuan. Air terjun pun, sebab air yg terjun dari batu ada under currents yg bergulung, tu yg kadang org terjun terus tak timbul.
Satu lagi riptide atau rip currents di pantai. Yg suka mandi manda di pantai tu, hati2. Belajar cara kenal riptide dan arah mana nak berenang kalau terperangkap dlm arus ni.Pandai berenang macam mana pun, kita akan kalah dengan riptide. I ingatkan anak2 kalau ke pantai. Kalau terperangkap, Jgn lawan riptide, know your escape route. Require some understanding of how and which way currents move. Learn to read the waves. nampak laut jgn terus terkam. read the waves first. Know nature and respect it, insyaAllah selamat. Don't take nature for granted. Don't underestimate the power of nature.
|
|
|
|
|
|
|
|
FlexyFox replied at 6-6-2023 03:06 AM
Kawasan berselut ni bahaya. Kalau terperangkap dlm selut, kaki tersangkaut, arus air pula datang, tu ...
Biasanya kalo dh bdepan dengan situasi tu otak terus dh xingat apa dah...blank terus,tambah dengan panik lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FlexyFox at 6-6-2023 03:54 AM
Yg panic ni yg nak menyelamat atau yg ditimpa musibah? Kalau yg ditimpa musibah tu kita faham lah. Tapi boleh berjaga2, bila ke tempat2 bahaya mcm tu. Kalau I tempat berselut berair atau ada air pasang memang tak pergilah dan tak bagi kanak2 pergi. Kena tahu lah, bila air mula naik, elok la berhenti. Kita kena latih diri jgn cepat panic. Apapun kalau nak jadi dah tak boleh elak, itu takdir, tapi di pihak kita kenalah berjaga2 sedaya mungkin.
Kalau pasal rip currents ni ada peluang selamat kalau kita tahu, kita terperangkap dlm riptide. Dan nak tahu tu kenalah ada ilmu. Baca sikit pasal riptide, insyaAllah, panic2 pun sempat kita tak lawan arus yg akan membuatkan situasi lebih sukar. Kata org2 tua, jgn terlampau seronok sangat sampai lupa... Bila lupa, apa2 jadi kita terkejut dan panic.
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak umur 7 dan 9 tahun....aku lagi x faham knp mak pak budak2 tu biarkan anak2 depa mandi laut tanpa pantau anak2...tempat berselut mmg x sesuai untuk mandi... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-6-2023 11:22 PM
Ngeri pula aku baca 3 orang sekaligus mati. Hada hantu syaiton tarik meka suma dalam air ka hapa.
Hantu setan pula disalahkan ticer.
Bini dia bilang selut.. Mungkin quick sand. Yang pelik,mama bapa budak ni mana?
Tempat jarang pigi baik interbiew orang2 sekeliling, kadang2 dorang bagi tips dan amaran,kita pun selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Air tak perlu dalam untuk tarik ke dalam...it's the strong current bawah air tu yg tarik masuk. I diri atas 4 inci air laut pun, ombak cetek tu tarik i ke dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam ada baca kt fb, sepupu pd lelaki yg meninggal ni komen yg arwah baru 3 bulan aje macam tu kahwin
Laki aku bagitau pantai kat sepang tu mmg x sesuai langsung utk mandi manda, ada tempat2 yg macam jerlus bila pijak. |
|
|
|
|
|
|
|
pokcik mmg dari dulu elak nak mandi manda kat pantai atau air terjun. baik lepak tepi pantai bentang tikar tidur bawah pokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mak bapak bebudak yang lemas tu?
Takde sepatah dua kata ke?
Sayu baca kisah si isteri nih
Dah lah kotiau goreng peberet macik juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|