View: 1046|Reply: 17
|
[Tempatan]
Chong Wei tak layak, pemilihannya ada unsur pilih kasih - Taufik Hidayat
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 2-6-2023 08:43 PM
Taufik (kanan) anggap Chong Wei tak layak berada dalam Dewan Kemasyhuran BWF.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat mempersoalkan kelayakan pemain Datuk Lee Chong Wei yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi 2023.
Melalui satu video yang viral di TikTok, legenda bulu tangkis Indonesia itu seperti tidak bersetuju apabila Chong Wei tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran atau Hall of Fame BWF.
Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu dan beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain nombor satu Malaysia dalam senarai itu.
"Dalam pertandingan, yang di ambil kira siapa yang juara bukan ditentukan siapa yang paling lama (konsisten). Bukan juga ditentukan siapa yang paling lama berada di tempat pertama.
"Kalau kamu menang 10 kali perak dan hanya satu kali emas, kamu akan pilih yang mana?," soalnya kepada pengacara ketika diundang dalam sebuah rancangan bual bicara di Indonesia.
Selain itu, Taufik juga berkata pengiktirafan BWF terhadap Chong Wei seolah-olah terdapat unsur pilih kasih oleh kerana lokasi ibu pejabat BWF terletak di Malaysia.
Kata-kata pemain tersebut jelas menimbulkan pelbagai reaksi kesal dan marah rakyat Malaysia dan juga negaranya sendiri apabila ruang komen Instagram milik pemain itu dipenuhi kata-kata kecaman dan mendesaknya untuk meminta maaf kepada Chong Wei.
Sementara itu, Taufik yang seakan-akan tidak terkesan dengan segala kecaman dilemparkan kepadanya sempat memberi komen kontroversi dengan berkata, 'pernah juara apa? Sukan SEA? Sukan Asia? Juara Dunia? Olimpik? Hhhhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmm jadi buat negara apa? Kita semua kawan'.
Sebelum ini Chong Wei dan Lin Dan dipilih BWF berdasarkan beberapa pencapaian mereka dengan pernah beraksi sebanyak lima kali di final Olimpik dan 10 kali Kejohanan Dunia.
Chong Wei pernah merangkul 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia dan menjadi pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, manakala Lin Dan pula unggul ketika beraksi di kejohanan utama selepas merangkul dua gelaran Olimpik dan lima Kejohanan Dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/06/1109304/chong-wei-tak-layak-pemilihannya-ada-unsur-pilih-kasih-taufik |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Walau aku salute LCW, Ada benar juga kata pak taufik.
Patut best of the best gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya LZJ yang masuk mewakili Malaysia .. |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 2-6-2023 08:50 PM
Walau aku salute LCW, Ada benar juga kata pak taufik.
Patut best of the best gitu.
tapi lin dan pon terpilih jugak kalau ikut artikel tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tanya la kat org2 yg pilih tu.. kalau deme tgk trek rekod as longest 1st in the world, sapa nak kata apa? |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 2-6-2023 08:55 PM
tapi lin dan pon terpilih jugak kalau ikut artikel tu?
Mungkin maksud taufik, edisi 2023 patut lin dan sorang saja terpilih. LCW tak layak sebab tak pernah menang Olympic gold and world championship.
Mcm taufik sendiri pernah menang Gold Olympic gold dan world championships.
Tapi ini bukan kriteria utama pun utk terpilih. Banyak aspek lain.
BTW, aku baru check taufik takda dalam list Hall of Fame members. Patut lah dia bitter   |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 2-6-2023 09:01 PM
Tanya la kat org2 yg pilih tu.. kalau deme tgk trek rekod as longest 1st in the world, sapa nak kata ...
Ya ini kira record breaking and pencapaian hebat juga. LCW menang banyak super series titles.
Sampai hari ni aku sedih 3 kali percubaan dia nak menang Gold Olympic tak kesampaian. Apalagi LCW sendiri yg usaha ke arah itu. Tapi he is still golden boy di mata rakyat Malaysia   |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 2-6-2023 10:42 PM
Ya ini kira record breaking and pencapaian hebat juga. LCW menang banyak super series titles.
Samp ...
Iols rasa dia layak jahh.. dah dia berusaha.. topek hidayat ni bitter sbb nama tak tersenarai..
Pada masa sama, apa topek habaq mebbe betui sbb mesia hebat sampai bleh lobi org sendiri masuk hall of fame.. giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap jer lah ko dengki dah BWF tuh pilih nama dia pergi la melahar BWF tuh ni merempan kat socmed buleh buat apa  |
|
|
|
|
|
|
|
Kita pun x tau apa kriteria yg diambil kira....
Tp aku tetap setuju, kejuaraan super series x seprestij dgn kejuaraan kejohanan utama mcm Olimpik, Kejuaraan Dunia, Sukan Asia, dan juga kejuaraan Asia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tiktok bbnu samakan lcw dengan cristiano ronaldo. Ronaldo tak menang world cup, tapi kejohanan lain semua dia menang. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Lcw kejohanan utama semua dia tak menang. |
|
|
|
|
|
|
|
VioletsAre_Blue replied at 3-6-2023 06:04 AM
Kat tiktok bbnu samakan lcw dengan cristiano ronaldo. Ronaldo tak menang world cup, tapi kejohanan l ...
Complete player wajib ada kejuaraan dunia dan olimpik. Lin Dan ada, Taufik ada, Chen Long ada, Axelsen pun ada.
Yg LCW ada adalah koleksi SS, dan LCW layak digelar King of SS.
Tp tu lah, kita pun xtau kriteria dan syarat hall of fame ni apa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pon FAME. Taufik x tau definition fame ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap lin dan ni pernah kena warning kan sbb dia pilih2 permainan. so, mmg la boleh menang permainan yg besar sbb die rest dari main perlawanan yg dah ditetapkan oleh bwf? entah la i ade dgr2 dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 2-6-2023 10:39 PM
Mungkin maksud taufik, edisi 2023 patut lin dan sorang saja terpilih. LCW tak layak sebab tak pern ...
bagi aku perbezaan pencapaian taufik dgn lcw hanya sbb luck. taufik peak masa lindan masih meningkat naik sempat sauk wc dan gold olympics tapi lcw betul2 peak sezaman lindan. kalau rekod head to head taufik vs lcw, dr 23 kali penah jumpa lcw menang 15 kali ye

|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 3-6-2023 12:12 PM
bagi aku perbezaan pencapaian taufik dgn lcw hanya sbb luck. taufik peak masa lindan masih meningk ...
Setuju. League dan era depa tak sama.
Senang cakap taufik jeles sebab tak terpilih   |
|
|
|
|
|
|
|
rindu badminton zaman dulu..taufik rival dia peter gade..LCW rival dia LD...bnyk betul apa yg taufik komen. cuma nk kena pastikan kriteria pemilihan, baru tau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|