CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 1

[Tempatan] 'U turn' itu budaya kita:Dua ahli Parlimen PKR jadi pengerusi di MDV, TDA anak anak syarikat Menteri Kewangan

  [Copy link]
Post time 27-5-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-5-2023 12:08 AM

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen telah dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures (MDV).

Dalam satu kenyataan, MDV berkata pelantikan ahli parlimen PKR itu berkuat kuasa semalam (23 Mei).

“Memandangkan pengalaman dan kepakaran luas Wong Chen, MDV yakin di bawah kepemimpinannya, MDV akan terus memajukan syarikat teknologi dan syarikat baharu Malaysia untuk manfaat negara.”

Wong menggantikan Khairul Azwan Harun, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Dis 2022.

MDV adalah anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] dan sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ditubuhkan pada 2002, syarikat itu menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif untuk membangunkan sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang telah dikenal pasti dan diberi keutamaan oleh kerajaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan negara.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula dilantik sebagai pengerusi Technology Depository Agency (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Pelantikan ahli parlimen PKR itu berkuat kuasa 15 Mei.

Semoga dengan pelantikan ini kan dapat memberi aspirasi kepada TDA dalam memacu pembangunan teknologi dan industri ke arah objektif dan sasaran negara selaras dengan mandat dasar-dasar Perolehan yang ditetapkan,” kata agensi itu dalam catatan di Facebook.

TDA ditubuhkan untuk mengurus, mentadbir dan memantau semua pelaksanaan aktiviti Program Kolaborasi Industri (ICP) di Malaysia untuk memastikan ia mematuhi proses dan keperluan seperti yang ditetapkan dalam Rangka Kerja Pengurusan ICP Malaysia.

Sumber: MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 03:38 AM | Show all posts
tatakelentit   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.098783 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list