View: 3518|Reply: 1
|
[Tempatan]
Libat urus industri sebelum laksana pasar raya rahmah yang berhemah agar tidak berlaku ketirisan dalam tatakelola memanusiawikan madani
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 28-3-2023 07:41 AM
Orang ramai membeli juadah Menu Rahmah yang dijual pada harga RM5 untuk dua bekas ketika tinjauan di Bazar Ramadan Binjai Rendah, Marang. - FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA: Idea mewujudkan pasar raya Rahmah tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya, sebaliknya melalui proses libat urus antara pelbagai pihak terutama penggiat industri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata setiap program dan inisiatif Rahmah termasuk menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Jualan Rahmah dilaksanakan selepas melalui proses libat urus.
"Perkara sama juga akan dilakukan membabitkan pasar raya Rahmah yang mana libat urus akan dilakukan bersama penggiat industri.
"Insya-Allah akan menjadi kenyataan sebagaimana saya buat terhadap produk perbankan dan insurans yang sudah menampakkan keberhasilan.
"Kita sedang menuju tahap kedua dari segi segmen insurans dan akan dilancarkan seberapa segera," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan RAHMAH Presint 14, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengkritik idea pasar raya Rahmah dan menyifatkan ia mungkin tidak berjaya dilaksanakan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sebelum ini melaporkan, ada cadangan mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik.
Sementara itu, Salahuddin melihat inisiatif Rahmah yang dimulakan sejak dua bulan lalu semakin mendapat sambutan daripada peniaga dan rakyat.
"Jangan anggap kononnya KPDN memandang sepi mana-mana premis yang tidak mengadakan inisiatif Rahmah.
"Kita sangat mengalu-alukan dan saya mahu ekonomi tempatan berkembang dengan cepat. Jual dengan harga apa pun itu tidak jadi masalah asalkan mereka menepati dan tidak berlaku pencatutan, pengambilan untung berlebihan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1082638/libat-urus-industri-sebelum-laksana-pasar-raya-rahmah?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|