View: 11102|Reply: 12
|
[Tempatan]
Lagi lantikan politik dalam badan berkanun kerajaan
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 26-3-2023 09:46 PM
Tular surat makluman pelantikan tiga pemimpin politik bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
SHAH ALAM - Empat lagi pemimpin politik dalam Kerajaan Perpaduan dilaporkan dilantik dalam pengurusan tertinggi badan berkanun Persekutuan.
Terbaharu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA).
Semalam, akaun Facebook rasmi RISDA memuat naik poster ucapan tahniah berhubung pelantikan tersebut, namun tidak lama kemudian ia telah dipadamkan.
Bagaimanapun hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) mengesahkan pelantikan Noraini.
RISDA merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.
Sementara itu, pada Jumaat tular di media sosial surat makluman pelantikan tiga pemimpin politik bagi menerajui agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Mereka ialah Pengerusi Biro Pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai Pengerusi Lembaga Tekun Nasional (Tekun) manakala Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai Timbalan.
Bekas Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Giluk Dompok pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga SME Corp.
Bagaimanapun Mohd Sany ketika dihubungi oleh Sinar Harian berkata, beliau belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan tersebut.
“Saya tidak dapat apa-apa surat lagi (pelantikan),” katanya pada Ahad.
Setakat ini belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak mengenai pelantikan tiga pemimpin berkenaan.
https://www.sinarharian.com.my/article/251524/berita/nasional/lagi-lantikan-politik-dalam-badan-berkanun-kerajaan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kita Kerajaan Perpaduan akan memastikan tatakelola dan amalan urusan di jabatan dan agencies kerajaan yang tidak ada ketirisan dan amalan rasuah dengan hanya melantik golongan professional menerajui jabatan dan agencies Kerajaan, dan bukannya dari kalangan ahli politik sebagaimana Kerajaan dari parti terdahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata cai2 panatik reformasi yg dedulu nonggeng2 jubur kepam berkerak kat jln2 raya sesambil meraung2 kuhnun2nya memperjuagkan integriti? |
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 26-3-2023 10:13 PM
Apa kata cai2 panatik reformasi yg dedulu nonggeng2 jubur kepam berkerak kat jln2 raya sesambil mera ...
jawapan nya ada kat #3 di atas... ... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa
Mohd Annuar Zaini
Pengerusi UDA baru |
|
|
|
|
|
|
|
orang kata bau jubor pekat sangat sampai hancing kencing atas muka pun tak boleh bau dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu laaaaa umno nak pegang sangat kementerian luar bandar.. tengok agensi2 apa ada bawah tu..
Banyakkkk kannnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 26-3-2023 10:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
underground replied at 26-3-2023 10:37 PM
orang kata bau jubor pekat sangat sampai hancing kencing atas muka pun tak boleh bau dah...
Tu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Biar lah....sedangkan mat sabu pun jadi menteri telor... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha da namanya ahli politik full time. Kalo berpolitik tp tade income apa mcm mau hidup? Plus kena kecam lg. Kalo btl2 nak Cr negarawan pg cari komando. Tu br btl org yg sanggup Mati utk negara. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi muka2 tu je kat atas2 ni, selagi golongan elit t20 pak lebai vellfire je yg dok gile kuasa politik mmg tak akan selesai isu2 integriti ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|