CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 0

[Dunia] Suami tikam isteri hingga mati selepas disuruh jimat air

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 05:03 PM


Polis menemui mayat Seo Wu di luar pintu hadapan rumah mereka. - One 31

BANGKOK – Gara-gara berang diarah menjimatkan penggunaan air, seorang lelaki di wilayah Mae Hong Sorn, Thailand menikam isterinya hingga mati, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut laporam, si isteri meminta suaminya menjimatkan penggunaan air kerana musim kemarau akan tiba. Namun, si suami yang berasa marah mendengar nasihat tersebut bertindak menikam mangsa sebelum dia melarikan diri ke dalam hutan.

Anggota polis dan penduduk tempatan kemudian memburu suspek selepas pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian pembunuhan itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), kelmarin.

Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis menemui mayat seorang wanita berusia 55 tahun bernama Seo Wu, di luar pintu hadapan rumah. Dia didapati telah ditikam beberapa kali pada paha kanan dan kehilangan banyak darah.

Selepas menyoal jiran, polis mendapati suspek merupakan suami mangsa sendiri, Jingfei Saeliw.

Sebelum serangan itu berlaku, pasangan berkenaan dikatakan bertengkar mengenai penggunaan air kerana mangsa meminta suaminya berhenti menyiram tanaman. Wanita itu bimbang bekalan air mungkin tidak akan mencukupi untuk keperluan mereka semasa musim kemarau yang akan datang. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2023/03/23/suami-tikam-isteri-hingga-mati-selepas-disuruh-jimat-air/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-6-2023 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.094133 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list