View: 10667|Reply: 16
|
'Oh My Wife' - Chacha Maembong Dikejar Stalker, Siap Dapat Lampu Hijau Bini Untuk Kahwin
[Copy link]
|
|
Chacha Maembong berkongsi cerita pernah berdepan pengalaman serupa dialami pasangan Kamal Adli yang cedera diserang seorang lelaki di karnival jualan di Singapura, baru-baru ini.
Kata aktres itu, dia pernah dikejar seorang 'stalker' ketika menyertai acara jualan karnival di Kedah beberapa bulan lalu.
 IG
Menceritakan detik mencemaskan itu, Chacha berkata, lelaki itu adalah peminat yang terlalu fanatik sehingga sanggup datang hingga ke gerai jualannya.
"Saya kena teruk cuma tak beritahu sesiapa sebelum ini. Bukan setakat diekori, malah saya kena macam-macam lagi. Dia tanya pasal keluarga. Saya rasa tak selamat sampai dia tahu kita duduk mana. Saya masuk kereta dan dia ikut dengan keretanya.
"Ada satu tahap sampai dia panggil saya sebagai isteri. Saya sedang masak di gerai, dia tiba-tiba datang dan kata, oh my wife, cantiknya, you pandai masak dan macam-macam lagi," katanya.
Chacha berkata, dia mendapatkan pertolongan penganjur serta membuat laporan polis tetapi perkara ini masih belum selesai.
"Masa buat laporan polis, dia DM di Instagram. Rupanya selama ini dia dah lama sangat DM saya. Dia dah berkahwin tapi katanya dapat lampu hijau daripada isteri untuk kahwin dengan saya.
"Dia kacau semua keluarga saya. Dia tak takut dengan laporan polis. Bila ada lagi acara di Kedah, dia datang lagi dan tunggu betul-betul di belakang gerai sampaikan saya jadi takut," ujarnya.
 IG
Malah, Chacha yang terkejut dengan kejadian itu, terduduk di gerai dan tubuhnya menggeletar serta pengsan.
Katanya lagi, lelaki itu juga langsung tidak takut dengan laporan polis.
Chacha bagaimanapun enggan menyalahkan penganjur dalam hal ini di mana lelaki berkenaan sangat berani sehingga masuk dalam khemah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kaedahnya replied at 17-3-2023 10:09 PM
lawa la pulak chacha ni
Kan..gambar yang bawah tu lawa |
|
|
|
|
|
|
|
sekali pandang gambar tu ingatkan azah aziz zaman muda |
|
|
|
|
|
|
|
Snampai pengsan. Gituuuuuu LOLLLLL pat pat siapa lagi ada citer? |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya. Sila hati2. Peringatan utk semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya fanatik camtu. Risau nnt dia buat apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cm2 gila ada kt negara kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka dia sbagai mermaid d aquaria.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar last tu cun. Kesimpulannya, berhati2 lah ye. Sgt seram zmn skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman retis bukak gerai meniaga cari duit ni mmg kenalah berjaga2. dulu2 ala exclusive gitu [em:3:] skrg ni pg funfair bukit jalil pun ada retis. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada mata I chacha ni lg cantik dari Emma |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka tak percaya sebab rhoper ko biasa2 je pun... Sendu pun sendu...
Suara pun bingit... Yang ungka tu laki dia kena hempuk pun bukan sebab peminat fanatik tapi dia sendiri mengaku kat live di sebabkan orang atasan suruh...
Tak berbaloi nak berfanatik dan obses dengan retis2 malaysia yang muka pun macam leluhur yindu langkasuka. Dah la muka petak macam tin beskot cap tip tap keluaran bersaudara. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 laki tu pun polis. Sebab tu buat2 yakin kate polis pun dia tak takut. Kwn i pernah kena. Polis trafffic yg handle kes kete dia accident ajak berkawan , pastu kongkong dia bagai. Kwn i dh rimas... Tp dia siap cari n contact no ofis. Kwn i terpaksa mnta tlg cousin dia yg kenal org dlm polis. Bila dh buat rport, baru senyap tak kacau dah. Dia polis pngkt kecik sangat. Sbb tu mudah disenyapkan. Kesian kawan i trauma
|
|
|
|
|
|
|
| |
|