View: 2997|Reply: 54
|
[Tempatan]
Life is complecated (kehidupan ini rumit). Sebab itu saya tidak ada harapan kepada suami, anak-anak. Tidak harap suami, anak-anak beri kebahagiaan' - Bonda Rozita
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 6-2-2023 08:47 PM
SHAH ALAM – Pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita mengakui tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada suami dan anak-anak untuk mencapai kebahagiaan.
Malah ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri itu menegaskan, beliau sentiasa reda dengan ketentuan ALLAH SWT dalam menentukan takdir yang diperolehi.
Life is complecated (kehidupan ini rumit). Sebab itu saya tidak ada harapan kepada suami, anak-anak. Hari ini semua orang kata saya seorang yang berjaya (tetapi) itu yang orang nampak. Adakah kekayaan itu satu perkara yang membuatkan saya bahagia.
“Jangan merajuk terhadap takdir yang ALLAH bagi, berdamailah dengan takdir, terima takdir, balik kepada agama kerana hidup adalah antara kita dengan ALLAH walaupun anak (dan) suami memang menyakitkan.
“Rajuk adalah satu benda yang paling salah dalam minda, dalam perkahwinan, dalam (hal) anak-anak, dalam pekerjaan. Jangan ada dalam kepala kita rajuk kepada suami, buang (kerana) kita tak akan bahagia sebab manusia tidak beri kebahagiaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), 'Rajuk Hati Bonda Rozita' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Program selama sejam itu dikendalikan Hazlin Hussain sebagai hos.
Dalam pada itu, Rozita turut menasihatkan agar sentiasa bersangka baik terhadap takdir yang ALLAH SWT berikan dan reda adalah tindakan paling tepat berbanding berharap kepada manusia.
“Kanapa tidak bahagia? Kerana dalam diri mengharap dunia, mengagungkan nafsu, mengharap orang muliakan, (harap) orang pandang kita hebat sebagai orang korporat, harapkan suami sayang. Semua ke arah manusia.
Semua yang kita sayang walaupun baik atau tidak, (membuatkan) kita sakit. Apa yang anda lihat tentang saya, jangan anggap saya hebat sebab perjuangan saya tidak dihargai. Jadi saya lepaskan daripada pengharapan duniawi.
“Namun apabila mengharapkan kepada ALLAH, hebatnya kasih sayang ALLAH yang memandang pahit jerih. Dia beri apa yang saya ada sekarang,” ujarnya.
Sementara itu berkongsi mengenai bidang perniagaan, pengasas rangkaian produk Sendayu Tinggi itu mengakui agak sukar untuk bersaing dalam perniagaan sekiranya tidak bersikap terbuka namun baginya, perkara itu perlu diimbangi dengan ilmu yang baik.
“Saya, Syukri (Aliff Syukri) dan Yati (Noor Hayati Kamarzaman), kami satu keluarga (dan) perkara itu tidak mudah. Kami bersaing dalam perniagaan yang berbeza, karakter yang berbeza. (Gelaran) doktor, Tan Sri (atau) Datuk, itu hanya status.
“Itu adalah cabaran dalam perniagaan dan saya sentiasa cabar diri adakah perniagaan yang dibina ini untuk status dipandang orang. Zaman dahulu kalau ada gelaran Datuk, orang akan lebih percaya pada perniagaan.
“Sebab itu saya cakap, manusia memperbodohkan diri dengan status yang dimiliki,” katanya.
SumberSinarHarian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn kata2 dia ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sape2 tau nape dia tinggalkan sendayu tinggi dan wat Jamu Ratu Malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kampung ku.
My sister baru pergi chalet dia tu, apa nama dia, cantik gila tempat dia, teringin nak pergi nanti |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 6-2-2023 08:46 PM
Orang kampung ku.
My sister baru pergi chalet dia tu, apa nama dia, cantik gila tempat dia, teringi ...
Rumah hutan kalau tak salah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kaya tu xmenjamin kebahagiaan nape semua org nak jd kaya..
kebahagiaan i adalah duit wpn duit bkn segala galanya but then kalau miskin lg sedihhh |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 6-2-2023 09:24 PM
kalau kaya tu xmenjamin kebahagiaan nape semua org nak jd kaya..
kebahagiaan i adalah duit wpn duit ...
Walaupun tak menjamin kebahagiaan, tapi nak mencari bahagia tu tetap perlukan duit. Nak sedekah banyak-banyak, nk kawin, nak belajar, nak makan semua pakai duit..  |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 6-2-2023 09:43 PM
Walaupun tak menjamin kebahagiaan, tapi nak mencari bahagia tu tetap perlukan duit. Nak sedekah ba ...
bethol sis..sebab itu kebahagiaan i adalah memiliki duittt yg banyakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada baca blog dia cite pasal life dia.. berapa kali kawin, hidup susah..
zaman sekrang everything needs money.
Nk mati pun kena ada duit |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 6-2-2023 08:46 PM
Orang kampung ku.
My sister baru pergi chalet dia tu, apa nama dia, cantik gila tempat dia, teringi ...
Rumah hutan
Bonda valley |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ka beliau tak pandai mengeja?
|
|
|
|
|
|
|
|
Produk dia produk yg berkualiti ke atau produk timbang kilo @ pseudoscience? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 6-2-2023 08:45 PM
Ada sape2 tau nape dia tinggalkan sendayu tinggi dan wat Jamu Ratu Malaya
X silap dia serahkan Sendayu Tinggi pada Yatie ngan anak lelaki bawah Alif tu tu yg teruskan dn uruskan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kurus nih nmpk tak sihat. Betul lah tuh jangan berharap pada sesapa pun dalam hidup kita nih. Boleh elak stresss jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berdikari sgt..sampai blh berjaya pdhal belajar x tinggi..yatie tu angkut mak mertua dia je kemana2..dia rilek je kot x kecik ati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia ini ibarat bayang2, klau kamu berusaha menangkapnya ia akan lari TAPI klau kau membelakanginya, ia tidak punya pilihan selain mengikutimu........... |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 6-2-2023 09:48 PM
bethol sis..sebab itu kebahagiaan i adalah memiliki duittt yg banyakkk
Walau dgn cara memookeys?
Kahkahkahkqhkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-2-2023 10:26 PM
Betul ka beliau tak pandai mengeja?
Ko tengok je faraway kita.....mana tahu mengeja?
Org kpg sama kheun?
Kahkahkahkajkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 6-2-2023 09:55 PM
Rumah hutan
Bonda valley
No wonder si faraway cuker....rumah hutan.....gorilla memang ler suka rumah hutan banyak tempat swing dari pokok ke pokok....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|