View: 915|Reply: 15
|
[Tempatan]
Tiba2 lak jadi ultraman taro!!! Kemelut masih buntu, pekebun durian tanpa geran tolak syarat baharu
[Copy link]
|
|
Kemelut yang melibatkan pekebun durian tanpa geran dan kerajaan negeri masih menemui jalan buntu apabila pekebun durian musang king berkenaan, menolak syarat-syarat baharu ditetapkan syarikat Royal Pahang Durian Resources-Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (RPDR-PKPP).
RAUB – Kemelut yang melibatkan pekebun durian tanpa geran dan kerajaan negeri masih menemui jalan buntu apabila pekebun durian musang king berkenaan, menolak syarat-syarat baharu ditetapkan syarikat Royal Pahang Durian Resources-Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (RPDR-PKPP).
Kira-kira 500 pekebun durian tanpa geran yang hadir dalam dialog yang diadakan di Tokong Guan Yin di sini, semalam, menganggap terma baharu yang dikenakan RPDR-PKPP bersifat eksploitasi dan tidak menjamin kepentingan pekebun-pekebun durian musang king.
Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang berkata, sehubungan itu pekebun-pekebun durian yang hadir dalam perhimpunan berkenaan membuat keputusan untuk meneruskan semakan kehakiman.
“Samka kesal kerana wakil Royal Pahang Durian Group (RPDR) menolak untuk menghadiri perhimpunan melalui surat rasmi daripada firma peguam dan syarikat RPDR-PKPP tidak pernah menganjurkan sesi ‘townhall’ dengan pekebun-pekebun malah enggan merebut peluang ini untuk berdialog.
“Ia adalah jelas bahawa syarikat tersebut langsung tidak berniat untuk mencapai solusi menang-menang dengan pekebun-pekebun tetapi hanya fokus kepada keuntungannya sahaja,”katanya di sini, hari ini.
Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menasihatkan pekebun-pekebun durian musang king di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.
Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah milik kerajaan negeri yang tidak boleh disangkal walaupun dalam konteks ekuiti.
Menurut Wilson, walaupun pihak RPDR-PKPP mendakwa terma-terma baharu telah ditambah baik tetapi ia masih mengandungi terma-terma bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap durian yang jauh lebih murah daripada pasaran selain memaksa pekebun menjual semua hasil durian kepada kilang RPDP-PKPP yang belum dibina.
Dalam pada itu katanya, dalam usaha menyelesaikan kemelut itu pekebun-pekebun bersetuju menubuhkan panel rundingan untuk memulakan perbincangan dengan kerajaan negeri mahupun syarikat RPDR-PKPP.
“Rundingan tersebut nanti perlu berdasarkan prinsip rakan setara, ini bermakna segala syarat kontrak dan penandatanganan kontrak harus berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
“Pekebun-pekebun juga sudi membayar kadar cukai tanah yang 20 kali lebih daripada kadar cukai yang ditetapkan dalam Warta Negeri Pahang 2019 dan mereka juga menawarkan untuk membayar kos tahunan pemeliharaan alam sekitar dalam usaha mewujudkan industri durian dan persekitaran yang lestari,”ujarnya. – KOSMO ONLINE!
https://www.kosmo.com.my/2023/02/03/kemelut-masih-buntu-pekebun-durian-tanpa-geran-tolak-syarat-baharu/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah bayar cukai tanah, maka bolehlah mereka claim tanah tersebut. Walhal sedari awal dah tahu, that's is not theirs. What a shame! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tanah tu hakmilik kerajaan negeri.
Ko nak cakap ape lagi.
Pokok durian tu je korang punya  |
|
|
|
|
|
|
|
Kebun durian antara penyebab dari banyak sebab2 lain berlaku banjir? Susunan no. berapa kalau ada 10 sebab?
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 4-2-2023 04:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Shame on you people…. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Solokkk at 4-2-2023 06:49 AM
Terpaling terminoriti, terpaling teraniaya . |
|
|
|
|
|
|
|
Senang je tu. Musnahkan semua ladang durian haram dan tukar kepada hutan supaya binatang2 liar boleh hidup dengan aman damai. kerajaan negeri pun tak payah mengada-ngada nak buat bisnes durian. tutup je company RPDR-PKPP tu.  |
|
|
|
|
|
|
|
Easy money..tanah pun senang dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah berlembut sangat aih
|
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 4-2-2023 03:26 AM
Jgn bg muka..
Maunya tak bagi muka...duit peelindungan dah sakau..macam perjanjian syaiton ler jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm nyampah dgn acah2 teraniaya ni... pdhal dh jd jutawan dn mampu beli tanah ... tp ttp nak free...
pe kata pi claim kt Tanah Besar tu... kan byk tanah2 kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
tak malu. sape suh ko tanam pokok kt tanah kerajaan. bodoh nye gomen layan puak2 ni. sbb keras degil buat kepala.
tak lame lg rohingyuck pulak buat gini. claimed mcm2. dulu dh stat nk claim selayang. dh kne bambu. diam skjp |
|
|
|
|
|
|
|
yang kena interview business insider tu pun, ingat dari nenek moyang ke tanam kat situ
ropenye baru 10 tahun lepas
tu pun nak meratib |
|
|
|
|
|
|
| |
|