View: 1232|Reply: 21
|
[Tempatan]
Wanita berseluar pendek berang dilarang masuk IPD Kajang walaupun hendak buat laporan kemalangan. Gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan ditampal pada pos kawalan.Netizen berbelah bagi
[Copy link]
|
|
KAJANG – Seorang wanita tempatan berang selepas dihalang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia lingkungan lewat 30-an berkenaan hadir ke IPD untuk membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya.
“Kira-kira jam 10.30 pagi, seorang wanita dalam lingkungan umur 35-40 tahun yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah datang ke IPD Kajang memaklumkan ingin membuat laporan polis berkaitan kemalangan kereta.
“Anggota sentri mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) dan telah menasihatinya supaya menukar seluar yang lebih sesuai selaras etika pemakaian di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Zaid berkata, wanita terbabit bagaimanapun enggan mendengar arahan anggota bertugas malah membuat provokasi terhadap anggota berkenaan.
“Anggota bertugas sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan memintanya menukar seluar yang lebih sesuai jika ingin berurusan di balai polis.
“Wanita terbabit kemudiannya telah memandu keluar dari balai sebelum datang semula sekitar 15 ke 20 minit kemudian bersama dua rakan dan didapati telah memakai seluar panjang,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu tular selepas ia dilaporkan oleh sebuah portal media tempatan yang memuat naik gambar wanita itu berseluar panjang sambil mendakwa wanita terbabit dilarang masuk walaupun memakai pakaian bersesuaian.
“Pemakaian seluar panjang sebagaimana di dalam gambar yang tular adalah setelah dia menukar seluar selepas dinasihatkan oleh anggota bertugas.
Untuk makluman IPD Kajang berurusan dengan orang ramai dalam anggaran 300 orang dalam sehari dan tiada apa-apa masalah yang timbul mengenai isu pakaian.
“Gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada pos kawalan sebagai rujukan,” ujar beliau.
SumberSinarHarian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Syabas IPD Kajang...rules are not meant to be broken |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pula kau tukau seluar panjang kannn. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena sediakan jubah macam kat masjid la kalau alasan dia cedera eksiden tapi tak logik. Syabas IPD! |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu ada artis pi balai pakai seksi, tak pe pulak ....
Netizen kata pej kerajaan je tak blh kot....balai polis tak pe .....
Ada yg kata, sbb dia artis.....blh je |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi mall, kedai buku, kedai perabot, kedai makan, rumah kawan, 7E, pasar basah, karnival, kerja kebajikan dan lain-lain aktiviti... berseluar pendek.
Ni bilamana dah jadi kebiasaan.
Kebiasaan bagi individu bukanlah lesen untuk kau buat sesuka hati masuk premis orang lain.
Ini bukan soal kebebasan apa yg kau nak pakai.
Kalau rasa kau ada hak atas apa yang kau nak pakai,
begitulah jua dengan pemandu yang rakus atas jalan.
Pokoknya, ikut peraturan.
Jika orang lain boleh, kau pun SEPATUTNYA boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
follow the rules la nyonya |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 31-1-2023 02:38 PM
Mesti seluar katok ni.
Lama xdgr term sluar katok
Kecik² ni la uniform iols hari²
Sori OT
|
|
|
|
|
|
|
|
betina cina suka pakai seksi2...kalau boleh, jln nak pakai panties je...mcm kucing kurap betina |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat2 yang ada kemungkinan terpaksa dikunjungi orang dalam keadaan kecemasan mungkin tak perlu dress code. Hospital dah tentulah terutamanya jabatan kecemasan. Balai polis ni ada masanya begitu juga. Bomba pun. Kalau letak dress code dan harap pegawai bertugas menjalankan budi bicara ikut keadaan, takut jadi pertikaian pula dan menjejaskan objektif utama fungsi tugas hospital, polis, bomba dan seumpamanya. Kalau Jabatan Pendaftaran Negara ke Kementerian Luar Negeri takde masalah buat dress code. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kau drive nak gi kedai berseluar pendek, pastu kat traffic light kereta kena pecah, dn kena ragut, kena patah balik rumah dulu tukar seluar gak ke cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 31-1-2023 03:38 PM
Tempat2 yang ada kemungkinan terpaksa dikunjungi orang dalam keadaan kecemasan mungkin tak perlu dre ...
Tapi pegi hospital memang takde masalah pun bila kt emergency. Bila melawat ke wad patutnya ikut tatacara berpakaian.
Macam masalah nak report kt Balai, you have 24hrs to make a report. Balik tukar dress code yang sesuai boleh je kan.. hendak seribu daya.. no need to probok probok pun patutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 31-1-2023 03:44 PM
Buat laporan di luar je ler since haram tak appropriately dress....utk masuk kedalam....bangunan...dan pihak berkuasa have to cater to this.... |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 31-1-2023 03:17 PM
Pegi mall, kedai buku, kedai perabot, kedai makan, rumah kawan, 7E, pasar basah, karnival, kerja keb ...
Ada yg pergi teman saudara konvokesyen pun pakai seluar pendek walaupun tak masuk dewan. Kenduri kawin cina pun pakai seluar katok.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 31-1-2023 03:40 PM
kalau kau drive nak gi kedai berseluar pendek, pastu kat traffic light kereta kena pecah, dn kena ra ...
Report kemalangan blh buat dlm tempoh 24jam, sempat bwlik rumah mandi tido dulu klau tergopoh gapah pg dgn jln jem takut accident kali ke2 plk |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi... kenduri kawen tu kot.
Tapi yelah, dah jadi kebiasaan pada si pemakai dan tuan rumah pun takde masalah... okay jer.
Cumanya, bila dah jadi kebiasaan, naik flight pun gigih jugak pakai leggings. (contohhhh)
Bila kena halang dari naik katebang, terus meronta jadi mangsa teraniaya.
Kebiasaan vs Peraturan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oang jawa kata...
If you kennot beat them, join them (ikut the peraturan).  |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa ni je biasa buat perangai tonsan ni kalo boleh seluar tu yg paling pendek..x de la nyamuk ke semut gigit depa |
|
|
|
|
|
|
|
ini masa kemalangan....bukan pergi suka suka nak buat report..terutama mangsa rogol sebaiknya secepat mungkin..tambah lagi perkara ini tidak diwartakan...walaupun nawaitu tu bagus tapi...kiri kanan kena tengok..Mana pergi Moto polis dan orang awam berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
| |
|