View: 690|Reply: 11
|
[Politik]
Semakin ramai anak Najib sertai politik, kini giliran Nazifuddin Najib umum bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO
[Copy link]
|
|
Mohd Nazifuddin Najib berkata, sebagai pemimpin persatuan sukan beliau mempunyai kelebihan untuk berdamping dan menarik golongan muda untuk bersama Umno. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Anak bekas perdana menteri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.
Nazifuddin berkata sekiranya diberi peluang, beliau mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno sekaligus dapat memperkukuh parti itu dimasa hadapan.Sebagai seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ia satu kelebihan bagi saya untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka bersama kita,” katanya dalam kenyataan.
Nazifuddin yang juga setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, beliau mahu menyumbang kudrat dalam memartabatkan aktiviti sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meningkatkan taraf ekonomi serta melaksanakan program berfaedah kepada golongan muda.Sekiranya diberi peluang menjawat jawatan ini, saya akan memfokuskan kepada golongan pengundi baharu, lepasan sekolah agar mereka dapat membantu kita memenangi PRU akan datang,” katanya.
Pemilihan Umno akan bermula 1 Feb membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri yang berlangsung sehingga 26 Feb depan.
Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa Umno bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ooo berapa ramai anak ds najib sebenarnya..
Taktau pula ada lagi anak lelaki dia yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ada org mau sokong umno ka lepaih ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka lembam macam ni pun ada hati nak bertanding jawatan politik  |
|
|
|
|
|
|
|
ni anak dgn rosmah ke yang kahwin dgn indo tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dia orang dah nampak betapa senang nya politian hidup, pandai cakap, pandai auta, senang dapat duit. Kalau senario politik kat malaysia ni tak berubah, selagi itulah ramai orang masuk politik untuk jadi kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesal politaik ni dh mcm reta pusaka.....jwtn turun temurun |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-1-2023 10:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Firenzza replied at 30-1-2023 10:41 AM
Pesal politaik ni dh mcm reta pusaka.....jwtn turun temurun
Tu sbb manusia baik2 menjauhi politik kononnya jijik dan kotor. Akhirnya manusia2 jahat yg memenuhi dunia politik. So mohon manusia2 baik di luar sana joinlah politik beramai2 utk menyeimbangkan mereka2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 2-2-2023 09:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kucingitam replied at 30-1-2023 09:37 AM
ni anak dgn rosmah ke yang kahwin dgn indo tu?
Ni anak bini 1st. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm. Jawatan turun temurun. Lepas tu main sentiment bapaknya bekas pm etc.. Wekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by selani at 2-2-2023 10:59 PM
Isterinya org Indonesia ahli politik jugak kat sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|