View: 318|Reply: 6
|
[Tempatan]
Jumlah pelancong China dijangka meningkat pada Mac
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Kerajaan China mula membenarkan rakyatnya untuk berkunjung ke luar negara pada 8 Januari, tetapi tempahan pakej pelancongan dari negara itu masih sangat kecil.
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, pelancong dari China masih mengamalkan tunggu dan lihat termasuk memerhati syarat-syarat kemasukan yang diletakkan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata, pertanyaan mengenai pakej pelancongan yang melibatkan rakyat China pada masa ini kebanyakannya adalah melibatkan lawatan pelajar, korporat dan juga perusahaan.
Ditanya sama ada akan terdapat ramai pelancong China pada perayaan Tahun Baharu Cina, Kok Liang memberitahu Sinchew Daily, pertanyaan tentang pakej pelancongan yang diterimanya adalah tidak banyak.
Beliau bagaimanapun berkata, jumlah pertanyaan dan jumlah pelancong China yang melawat Malaysia dijangka akan meningkat pada Mac.
Kok Liang juga menjangkakan bahawa sebanyak 1.2 juta pelancong China akan melawat Malaysia pada tahun ini dan keadaan itu juga akan membantu menjana hasil sebanyak RM3.6 bilion
Beliau menjangka akan berlaku perubahan dalam trend pelancongan dari China pada pasca pandemik termasuk dalam bentuk rombongan lawatan yang lebih kecil.
Katanya, aktiviti pelancongan juga akan menjurus kepada aktiviti lasak lembut (soft adventure) dan juga pelancongan berdasarkan khazanah alam semula jadi.
“Destinasi yang mempunyai pulau, pantai, produk berdasarkan alam semula jadi serta makanan istimewa seperti Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, destinasi aktiviti selam di Pantai Timur Sabah dan Terengganu akan mempunyai kelebihan.
“Bagaimanapun, pakej tradisional yang menarik perhatian pelancong China seperti taman tema, pusat beli-belah dan tempat ikonik akan terus digunakan untuk mempromosi Malaysia,” katanya.
Mengenai penerbangan, Kok Liang berkata, beliau tidak nampak syarikat penerbangan menambahkan kekerapan antara China dan Malaysia.
“Maklumat pada laman web menunjukkan Malaysia Airlines hanya menawarkan satu atau dua penerbangan langsung dari China manakala AirAsia buat masa ini tiada penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan China,” katanya.
https://malaysiagazette.com/2023/01/09/jumlah-pelancong-china-dijangka-meningkat-pada-mac/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
siapkan je la katil hospital banyak2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak raya lagi ke tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancong datang bawak duit, dengan kata lain bawa rezeki.
Orang bijak akan rebut peluang. Yang tak dapat keuntungan akan sebar ketakutan. Kalau aku tak dapat ko pun tak merasa katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga la nina bakalan stop.
Tapi kemaraulah pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan berak ludah kencing merata tau. Plaster baru tau!
|
|
|
|
|
|
|
|
Masuk sini jd scammer lps tu tak keluar2…biasa lah bangsa tu what do you expect |
|
|
|
|
|
|
| |
|