View: 2026|Reply: 15
|
Afifah Nasir Tangguh Kahwin Tahun Depan, Bagi Laluan Kepada Kakak
[Copy link]
|
|
Pelakon Afifah Nasir, 29, sudah bersedia melangkah ke jenjang pelamin, namun perlu memberi laluan kepada kakak, Mia Nasir terlebih dahulu.
Afifah mendedahkan, dia juga merancang menamatkan zaman bujang, tahun ini tetapi hasrat terpaksa ditangguh ke tahun hadapan berikutan kesibukan kerjaya lakonan.
 IG
Anak keempat daripada lima adik-beradik itu berkata, dia melihat rumah tangga kakak-kakaknya bahagia, ditambah kehadiran cahaya mata membuatkannya turut mengimpikan keluarga sendiri.
"Saya seronok kakak bersama pasangan dan anak-anak mereka ketika kami bercuti bersama.
"Tetapi, saya tidak boleh terburu-buru berkahwin selagi kedudukan kewangan belum stabil.
"Mulanya, saya merancang berkahwin, tahun ini tetapi jadual lakonan pula penuh sepanjang tahun. Jadi, saya tangguhkan perancangan kepada tahun hadapan dan beri laluan kepada Mia," katanya kepada BH Online.
Mengulas mengenai kekasih hatinya, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu mendedahkan, bakal suaminya hanya orang biasa yang tidak terbabit dalam dunia seni.
 Afifah ingin memiliki keluarga sendiri selepas melihat kakak-kakaknya bahagia bersama pasangan dan anak. - NSTP/Aziah Azmee
Justeru, katanya, dia kurang selesa berkongsi lebih lanjut mengenai jejaka berjaya menambat hati, selain mahu menjaga privasi.
"Dia bukan orang industri dan sangat menjaga privasi. Jadi, biarlah saya rahsiakan identitinya.
"Kekasih juga enggan identiti didedahkan dan tidak selesa.
"Bagaimanapun, kekasih faham perhatian diberikan terhadap golongan selebriti dan reda dengan perkara itu," kata Afifah yang ditemui pada sidang media RR Bridal di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur untuk memperkenalkan pereka fesyen junior jenama terkenal itu.
Berkongsi majlis perkahwinan impian, wanita kelahiran Bukit Gelugor, Pulau Pinang itu menginginkan majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
Namun, katanya, ibu bapa mahukan majlis meriah dan dapat mengundang sanak saudara dan rakan taulan.
"Kalau boleh saya mahukan perkahwinan yang dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat.
"Tetapi, ibu bapa pula mahu sanak saudara atau rakan tidak ketinggalan daripada senarai tetamu," kata Afifah.
Ditanya adakah majlisnya diadakan serentak dengan Mia, Afifah berkata, ia tidak mungkin terjadi kerana masing-masing mempunyai perkahwinan impian.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
boyfriend sama yang back up dia masa buat hal dengan laki orang tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 24-1-2023 06:26 PM
boyfriend sama yang back up dia masa buat hal dengan laki orang tu ke?
Lama dah breakup dgn yg tu kalau x silap |
|
|
|
|
|
|
|
Dia takde dgn sape2 rasanye. Kalau ada sure dia dah expose mcm sebelum2 ni. Famili diaorang open jer bab bf. Kejap kata kumpul duit. Kejap cakap nak bagi laluan pada Mia. |
|
|
|
|
|
|
|
Anzalna je yg lawo dlm family ni.. Hat lain sbb pndai dressing so nmpkla urban.. If not, tarap2 dak2 desa nan permai sajork.. |
|
|
|
|
|
|
|
samshik replied at 24-1-2023 08:13 PM
Anzalna je yg lawo dlm family ni.. Hat lain sbb pndai dressing so nmpkla urban.. If not, tarap2 dak2 ...
yg wife omar tu lawa gak slps alnzalna..yg main biasa jer..fifah ni pelik sikit nampak |
|
|
|
|
|
|
|
yg bungsu budak pandai tu pun lawa...sweet sgt bila senyum
|
|
|
|
|
|
|
|
Mia ni sulung kan? Bukan ke dah kawin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifah ni mona fendi sgt..sebab adk brdik anzalna kot..org kenal la sket..dgn kes alip ajis dulu..hihii |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols yg paling lawaa...si bongsu..lepastu anzalna.. yg si pipah ni carta last skali sbb muka ala mona fendi |
|
|
|
|
|
|
|
sheols ni yang paling tak lawa  |
|
|
|
|
|
|
|
I ols nampak bf baru dia dari igs yasmin hani waktu tgk konsert neyo.. rupa bf baru dia macam syed dewa |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 24-1-2023 08:08 PM
Dia takde dgn sape2 rasanye. Kalau ada sure dia dah expose mcm sebelum2 ni. Famili diaorang open jer ...
I pon rasa mcm tu. Acah la mcm ada bf kalau x, ketara sgt xlaku |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 24-1-2023 10:06 PM
Mia ni sulung kan? Bukan ke dah kawin?
Tu diana, 2nd anzalna lps tu mia n afifah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pipah ni nape putus ngn adudu dulu? Kemain adudu bekap Pipah masa kes ngn alip ajis dulu.. Kemudiannya pisah juaaaa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|