CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 2

[Dunia] Perancis tawar kondom percuma kepada individu 18-25 tahun

[Copy link]
Post time 10-12-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Paris: Perancis menawarkan kondom percuma kepada individu berusia 18 hingga 25 tahun bagi mencegah kehamilan dalam kalangan anak muda.

Presiden Emmanuel Macron berkata, kondom akan disediakan secara percuma di semua farmasi.

"Kondom percuma untuk golongan berusia 18 hingga 25 tahun adalah usaha mengurangkan kehamilan yang tidak diingini.

"Ia adalah revolusi kecil untuk mencegah kehamilan," katanya semasa perdebatan kesihatan dengan golongan muda di Fontaine-le-Comte, pinggir bandar Poitiers, barat Perancis, semalam.

Langkah itu dibuat selepas kerajaan mula menawarkan kawalan kelahiran percuma tahun ini untuk semua wanita di bawah usia 25 tahun.

Ia memperluaskan skim yang menyasarkan individu 18 tahun untuk memastikan mereka tidak berhenti mengambil alat pencegahan hamil berikutan tidak berkemampuan.

Kondom diterima pakai sistem penjagaan kesihatan negara bertujuan untuk memerangi penularan Aids dan penyakit kelamin lain.

Dalam pada itu, Macron berkata, beliau memakai pelitup muka pada program itu kerana mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 menjelang musim cuti.

"Tidak semestinya mahu kembali kepada mewajibkan pemakaiannya, tetapi saya rasa adalah baik menunjukkan contoh kerana kita berdepan dengan penularan baharu wabak itu (kes meningkat)," katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat sesak dan mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 ketika cuti musim sejuk semakin hampir.


https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2022/12/913181/perancis-tawar-kondom-percuma-kepada-individu-18-25-tahun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 03:25 PM | Show all posts
harapnya kondom buatan malaysia la, boleh meningkat kdnk negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 03:44 PM | Show all posts
Bukan dah lama ke? Termasuk juga Mereka letak condom di taman taman yang terselindung yang didatangi pelawat di waktu malam!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.089986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list