View: 1235|Reply: 25
|
[Tempatan]
'Berilah maklumat tepat jika ada bukti kes sorok telur'
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meminta semua pihak termasuk persatuan pengguna dan pengusaha untuk menyertakan maklumat yang tepat dan lengkap setiap kali membuat laporan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang membabitkan kepenggunaan termasuk isu kekurangan telur.
Ketua Penguat Kuasa, Azman Adam, berkata ketika ini juga kementerian itu hanya mengawal selia tiga gred telur saja iaitu gred A, B dan C.
"Sekarang ini sekiranya ada aduan minta tolong kemukakan maklumat dengan tepat. Kami hanya mengawal tiga jenis gred telur saja. Jika peniaga menjual gred telur berkenaan, kami akan laksanakan siasatan jika berlaku pelanggaran undang-undang," katanya kepada BH.
Beliau diminta mengulas mengenai aduan sebuah persatuan peniaga makanan semalam yang mengesyaki wujud sabotaj dalam isu telur ayam negara berikutan bahan makanan itu tidak terputus bekalan sepanjang lima bulan lalu, namun pengguna terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi.
Azman berkata, berhubung aduan persatuan berkenaan yang mendakwa diancam oleh pengedar dan pemborong untuk tidak menghantar bekalan selepas laporan mereka kepada KPDN sebelum ini diketahui pihak terbabit, beliau masih belum sempat meneliti perkara berkenaan.
Beliau berkata, biarpun tidak mengawal selia telur gred D seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan, KPDN masih boleh menyiasat jika berlaku isu pencatutan harga barangan berkenaan.
Namun, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang membuat aduan untuk menyalurkan maklumat lengkap kepada kementerian berkenaan sekiranya mendapati berlaku kegiatan menyorok bekalan telur.
Semalam, sebuah persatuan peniaga makanan yang menaungi lebih 2,000 peniaga di Johor memaklumkan ia mengesyaki berlaku sabotaj berhubung isu ketiadaan bekalan telur ayam dalam negara.
Laporan yang memetik jurucakap persatuan itu yang tidak dinamakan berkata ahli persatuan dianggarkan menggunakan kira-kira 15,000 biji telur ayan sehari namun bekalan sejak lima bulan lalu terpaksa dibeli dengan harga lebih mahal berbanding sebelum ini iaitu antara RM28 hingga RM20 sepapan berbanding RM11 hingga RM13.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036947/berilah-maklumat-tepat-jika-ada-bukti-kes-sorok-telur |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alah ni semua agenda saki baki puak2 jihad inflasi dulu tu la. Mcm org bodoh sangat tak boleh detect walaun2 Mersadis frust hilang jawatan kan?  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 8-12-2022 05:20 PM
Baru 18 bulan perintah dah huru hara Msia takde telor ..imagine kalo PN perintah 5 tahun apa akn jadi negara ni??
Pm10 be like..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masaalahnya kat ladang pun kurang telur. Kos semakin tinggi ini sumber terdekat dari ladang. Jadi henti kan eksportla |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnye, jangan bagi info salah. Tengok rega ayam dulu, ayam xde bila naik rega terus ayam turun dari langit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah bab kartel2 ni...kami orang awam tak berani nak report...tak pasal2 bocor kepala kena peluru..pandai2 la pak menteri setel. |
|
|
|
|
|
|
|
ajar le pelbagaikan makanan anak2 tu. hari2 telur pun jemu juga
introduce le tempe ke , tofu ke
so if takde telur, beli tempe or tofu |
|
|
|
|
|
|
|
Deme la pegi check kt ladang tu...baper byk ayam...baper telur dia kuar hari2...kita ni takat ngk kt suprmarket je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan eksport dulu lah. Ada dgr brita memana singapore kekurgan telur ke? Ni dinamakan kera dihutan disusuian, anak dirumah mati kelaparan.
Ishh..ish..ish... |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 8-12-2022 06:52 PM
ajar le pelbagaikan makanan anak2 tu. hari2 telur pun jemu juga
introduce le tempe ke , tofu ke
Sbb telur tu murah kitty oii..yg xmampu mmg beli telur n buat menu telur almost setiap hari. Cuma jenis mskan berbeza. Dok tlg irg kat fb, mmg diorg yg xmampu akan beli telur drpd sardin ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku mmg mkn telur je bg ayam ke ikan ke dia taknak tp bila musim telur takde ni dia elok pulak nk mkn benda lain |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-12-2022 05:11 PM
Kalau dah bab kartel2 ni...kami orang awam tak berani nak report...tak pasal2 bocor kepala kena pelu ...
Lepas tu di suruhnya kita bagi maklumat. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-12-2022 05:11 PM
Kalau dah bab kartel2 ni...kami orang awam tak berani nak report...tak pasal2 bocor kepala kena pelu ...
Pak menteri dgn gomen pun serammm.. nnti family pun diekori..nyawa dihujung tanduk… ngeriii rasa.
adoiiii.. bila la nak sattle semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-12-2022 05:11 PM
Kalau dah bab kartel2 ni...kami orang awam tak berani nak report...tak pasal2 bocor kepala kena pelu ...
Betul. Takkan menteri mat sabu mkn gaji buta harap kita rakyat jd spy dan report? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akies at 9-12-2022 07:58 AM
Tugas korang ler check kilang2 telur ni.
Rantaian pengedaran..pembekal..pemborong..
Kitaorg netizen ni tau beli je kat kedai.
Kalau ada stok telur di rak..kitaorg beli..
Kalau tkde..takkan la sampai nak check kt stor pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul,, mmg telur antara sumber protein murah... mcm tu jugak tempe and tauhu or tofu tu.. dats y meols highlight
selain dari murah, berkhasiat juge.. so in future kalau takde telo, boleh switch tempe.. ni jarang kurang stock, rega pun ok tak mahal
anak2 meols sama tok laki, kalo goreng tempe nipis2 tabur garam sikit, habis kejap aje, asal jumpa tempe suh beli sokmo
|
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 8-12-2022 10:43 PM
Betul. Takkan menteri mat sabu mkn gaji buta harap kita rakyat jd spy dan report?
Agama ajar ko apo zam2...kalau tak mampoo utk tegur dgn tindakhen ....tegur dan suara....kalau tak mampo tegur dgn suara....melalui hati...
Laki takda ajar kewww? Laki dulu sama sama kena sembur dgn air sabun FRU tak?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
korang la pi siasat
keje korang
ni elok la jgk ada yg berbunyi
klu tak, tah ape la yg korg buat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|