CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 3

[Tempatan] Isu dana RM600b: 'Tiada apa perlu diperjelaskan kerana tiada isu...' - Tengku Zafrul

[Copy link]
Post time 8-12-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan tiada apa yang perlu diperjelaskan mengenai isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan terdahulu.

Bekas Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri itu bagaimanapun menjelaskan, beliau sedia bekerjasama jika dipanggil memberi keterangan kepada mana-mana badan siasatan.


Setakat ini, katanya, beliau tidak menerima panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan media dijangka memanggil beliau bersama Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan salah guna dana terbabt.

"Buat masa ini, tiada apa-apa panggilan daripada SPRM. Jika dipanggil, saya sedia memberi kerjasama. Apa yang lebih penting, tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya kepada media selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh, BYD ATTO 3, di sini hari ini.

Ditanya mungkin beliau mempunyai penjelasan berhubung isu perbelanjaan dana RM600 bilion itu, Tengku Zafrul berkata, tiada apa yang perlu diperjelaskan buat masa ini kerana tiada isu yang boleh dibangkitkan.

"Jika ada panggilan (untuk membantu siasatan), kita akan beri kerjasama. Begitu juga dengan Kementerian Kewangan (MOF)," katanya.

Selasa lalu, SPRM dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu terbabit selepas dimaklumkan oleh MOF bahawa terdapat beberapa 'pelanggaran' dalam perbelanjaan dana berkenaan.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama model kereta BYD ATTO 3 selepas majlis pelancaran kereta elektrik buatan China itu di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036949/isu-dana-rm600b-tiada-apa-perlu-diperjelaskan-kerana-tiada-isu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahaks...terduduk bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang Non menfitnah la kan

Memang fitnah memfitnah ni makanan ruji dia pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 04:42 PM | Show all posts
ooooo mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.099314 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list