CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1451|Reply: 12

[Dunia] Kerisauan semakin memuncak Indonesia & Bali bakal diboikot dunia

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-12-2022 06:28 PM

Kelmarin, parlimen Indonesia mengesahkan bahawa seks luar perkahwinan akan diharamkan dan ia merupakan satu kanun jenayah.

Pembaharuan yang dijangka akan berkuatkuasa tiga tahun lagi itu termasuk larangan bersekedudukan antara pasangan yang belum berkahwin dan akan dikenakan kepada warga Indonesia dan juga pelancong.

Berita itu telah mencetuskan respon negatif daripada aktivis hak asasi manusia terhadap Indonesia.

Undang-undang ‘moraliti’ seks Indonesia tindakan 'terlampau' lagi menyedihkan.

"Peraturan ini dicadangkan beberapa tahun lalu dan pastinya tidak akan berlaku ... saya tidak pasti sama ada kerajaan benar-benar akan melaksanakannya," Santi Aprilia, seorang suri rumah warga Indonesia memberitahu Guardian.

“Indonesia memerlukan pelancong, tetapi bagaimana jika warga asing yang belum berkahwin mahu datang ke sini? Saya fikir sukar untuk dilaksanakan peraturan seperti ini "katanya.

Seorang guru luncur air Bali yang dikenali sebagai Tony, 28 juga ragu-ragu terhadap kanun jenayah ini dan berpendapat ia akan menjejaskan Bali.
"Saya tidak fikir ia akan berlaku kerana di Indonesia bukan sahaja mempunyai penduduk yang beragama Islam tetapi semua agama," katanya.

Walaupun Indonesia negara demokrasi ketiga terbesar di dunia dan majoriti adalah Islam, agama dominan di Bali adalah Hindu. Bali yang terkenal dengan keterbukaan sejak beberapa dekad yang lalu menerima 300,000 pelancong sebulan menurut bancian terkini.

Putu Slamet, 24, operator pelancong membayangkan sektor pelancongan boleh terjejas secara negatif dengan peraturan ini. Akan berkahwin tahun depan, walaupun tidak tinggal bersama pasangannya berpendapat undang-undang ini adalah halangan kepada pasangan muda dari luar negara.

"Jika mereka datang ke sini dan tidak boleh melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, mereka tidak akan datang lagi ke Bali atau Indonesia," katanya.

Kebimbangan Slamet turut juga turut disokong beberap pihak yang bekerja dalam sektor pelancongan di pantai selatan Bali.

“Saya mempunyai beberapa tetamu yang bercakap mengenainya,” kata pengurus dormitori Black Pearl, Michelle Setiawan. Beberapa pelawat yang ingin ke pulau Lombok Indonesia terpaksa menangguhkan lawatan selepas diminta menunjukkan bukti hubungan. Setiawan juga tidak pasti bagaimana larangan itu akan dikuatkuasakan.

"Saya rasa ianya tidak masuk akal," katanya. "Saya faham kerana Indonesia [negara] bermajoriti Muslim, tetapi ada orang yang bukan Islam di sini jadi ianya tidak adil."

Ketidakpastian tentang penguatkuasaan jadi perbincangan. Bagi komuniti ekspatriat di Bali sememangnya menjadi tajuk perbualan hangat kini.

"Saya berasa simpati dengan Bali kerana undang-undang itu melangkah jauh ke belakang," kata penulis blog pelancongan yang berusia 37 tahun, Christina Jerger.

https://www.theguardian.com/world/2022/dec/08/a-little-nerve-racking-worry-and-scepticism-in-bali-over-ban-on-sex-outside-marriage




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP Batam syurga judi dan ayam2 murah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 05:28 PM | Show all posts
maksiat banyak di indonesia...sebab tu selalu kena gempa bumi, banjir dan tsunami
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke buat? Please lah. Yg kena nanti yg mesekin. Yg kaya sedap je terlepas. Satu lg nanti jadi bisnis. Nak selamat, bayar. Bullshid la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
"Syukur banget gue udah dpt ic malaysia"-bapak Msia(ngak tau siapa) mak indon
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Islam jugak yg mempertikai & mempersendakan hukum agama sendiri.

Dalam forum ni pun ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:58 AM | Show all posts
Harapnya haramkan sekali sambutan Hari Kekasih, Hari Wanita di sana sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:59 AM | Show all posts
Harap Malaysia jangan mengikut apa yang dilakukan Indonesia .. biarkan kemaksiatan. judi, lgbt etc tumbuh subur dan tetap kekal di malaysia agar lebih banyak turis dan pelancong luar negara datang berama-ramai ke malaysia menikmati syurga dunia  ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 8-12-2022 06:10 PM
Orang Islam jugak yg mempertikai & mempersendakan hukum agama sendiri.

Dalam forum ni pun ramai.

Habis yg ko jd batu api.. penghasot tak nak sembang. Islam konon.. perangai anat ko yahudi pun gelak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 12:37 PM | Show all posts
tapi kat indon semburit is sah sis

henjut bini orang sahaja yang tak boleh, itu pun kalau laki dia komplen

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
X caham iols
Ikut je la foreigner oii
Dekat rumah pun menutuh dh sama je pun rasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 9-12-2022 08:59 AM
Harap Malaysia jangan mengikut apa yang dilakukan Indonesia .. biarkan kemaksiatan. judi, lgbt etc t ...

Hell yeah sister! Akak sokong amat cadangan kau sis. Kita sependapat sis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 8-12-2022 06:10 PM
Orang Islam jugak yg mempertikai & mempersendakan hukum agama sendiri.

Dalam forum ni pun ramai.

Islam celup tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.112385 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list