CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 613|Reply: 13

[Politik] Zahid jamin DAP akur kedudukan Islam, hak Melayu

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Himpunan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Rompin hari ini. (Gambar Bernama)

ROMPIN: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, DAP memberi jaminan untuk “akur dan patuh” dengan empat perkara yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk berkaitan agama Islam dan keistimewaan Orang Melayu.

Presiden Umno itu berkata, dua perkara lagi ialah kedudukan institusi Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu.Beliau berkata, jaminan itu diberikan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook semasa pertemuan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebelum pembentukan kerajaan perpaduan.

“Soalan pertama saya sebagai presiden BN ialah bagaimana kedudukan Islam, hak Orang Melayu, Bahasa Melayu dan institusi Raja-raja Melayu.

“Bila soalan itu diajukan, setiausaha agung DAP kata kami DAP baharu, kepimpinan baharu dan kami akur dengan sebarang perkara dalam Perlembagaan, termasuk empat perkara itu,” katanya berucap pada Program Himpunan Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Rompin di sini.

Zahid berkata, akar umbi tidak perlu bimbang kerana sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, beliau tidak pernah menjual parti, sebaliknya berusaha memastikan parti itu kekal relevan untuk terus memperjuang hak serta keperluan rakyat.Saya seru pada diri sendiri dan semua peringkat parti…ini adalah ujian kepada kita. Kita mesti istiqamah. Jangan ada lagi perbezaan pendapat antara kita hingga bawa perpecahan.

“Rapatkan saf kepimpinan dan wujudkan penyatuan supaya Umno dan BN terus relevan, bukan hanya dalam kerajaan perpaduan, tetapi sehingga masa depan. Kita berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat bersama-sama rakan dalam kerajaan,” katanya.


Beliau turut mengingatkan wakil rakyat BN di negeri atau Parlimen agar berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa dalam tempoh lima tahun dan bukan bersifat “bermusim”.Zahid juga meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri Tioman memilih calon BN, Johari Hussain sebagai tanda sokongan kepada kerajaan perpaduan yang dibentuk di Pahang dan persekutuan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:59 PM | Show all posts

sebelum ni punyalah masing2 duk create racist issue, la ni semua suci murni..
hilang dah penyamun, hilang racist....manusia ni kalau hina & jahat, lebih jahat dari iblis.
Mesti iblis pun gelak dgn khalifah bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu benci, kini cirit terpaling wangi berintergriti .
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
should we believe anything tht comes out from this mouth?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg ker org nk percaya ckp Wak Jahit ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 6-12-2022 10:46 PM
should we believe anything tht comes out from this mouth?

Setakat muntahkheun semula apa yg dah diwartakheun anthony loke , anak jiran aku yh 3 tahun pun boleh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 10:57 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 10:57 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 10:58 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 10:59 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 6-12-2022 10:53 PM
Ada lg ker org nk percaya ckp Wak Jahit ni...

Kita tunggu batak2 panatik reformasi terpaling berintegriti menjustifikasi dgn pjg lebar
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:12 PM | Show all posts
Tak perlu lah acah2 jd penjqmin dap pulak zahid oiiii, dap sendiri mmg menghormati undang2. Yg buattt kecohh fitnah dap adalah manusia2 yg mengada2 kan cerita n citnqh dap tak habiss habissss huh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 06:50 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 7-12-2022 06:53 PM

.
Namun begitu, adakah DAP masih ada agenda Ratifikasi ICERD, yang boleh melanggar Artikel 153 (= Hak Istimewa Melayu/bumiputera), Hak Tanah Rizab Melayu, dll, ... .... iaitu DAP/PH pakai kuasa besar PBB untuk menghapuskan nya, spt bagaimana Malaysia hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura di Mahkamah Keadilan Dunia, waris2 Sultan Sulu dapat saman Malaysia/Sabah di mahkamah2 Eropah, dll.? .......

https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/ - DAP harus sokong ICERD

"Cakap tak serupa bikin."?
.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm PAU Wak jahit jamin x sokong nuart x sokong dap......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-2-2023 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.111309 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list