CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1371|Reply: 22

[Tempatan] Anwar digesa lepaskan jawatan Menteri Kewangan

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 07:34 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari calon Menteri Kewangan yang baharu bagi menggantikan beliau untuk menggalas portfolio berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh berkata, ini kerana pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik seperti dilaungkan Anwar sebelum ini.

Menurut beliau, komitmen untuk mengasingkan portfolio tersebut juga telah dibuat dengan jelas dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kami mencadangkan Perdana Menteri harus komited untuk mencari seorang Menteri Kewangan yang sesuai, seseorang yang boleh melaksanakan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.

“Menteri Kewangan juga perlu mengawasi pembaharuan fiskal seperti melaksanakan Akta Tanggungjawab Fiskal yang tergendala sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, pengasingan peranan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh individu sama perlu dilakukan kerana tiada pengawasan terhadap portfolio paling penting dalam Kabinet kerajaan perpaduan itu.

“Skandal rasuah 1MDB sebahagiannya dipermudahkan dengan membenarkan seorang individu memegang dua jawatan penting Kabinet ini secara serentak.

“Tiga pentadbiran sebelum ini telah cuba mengubah tradisi ini dengan melaksanakan pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” katanya.

Katanya, walaupun secara politik sukar untuk menamakan Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan, peranan itu perlu diasingkan untuk proses semak dan imbang.

Dalam pada itu, Yeoh turut memuji Perdana Menteri kerana telah menunaikan sebahagian daripada janjinya semasa sidang media yang diadakan pada 24 November lalu untuk mewujudkan Kabinet lebih kecil.

Namun katanya, IDEAS juga mahu melihat perwakilan wanita, belia dan wilayah yang lebih baik dalam barisan Kabinet semasa.

“Hal ini dicerminkan menerusi lima jawatan menteri dengan lima ahli politik wanita, empat ahli politik belia, dan enam wakil Borneo termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun kami amat berharap agar Perdana Menteri tidak mengikuti langkah pentadbiran sebelum ini yang melantik Timbalan Menteri dan Duta Khas bertaraf menteri untuk memuaskan hati pelbagai pihak dan menjadikan saiz Kabinet terlalu besar,” katanya.

https://www.getaran.my/artikel/semasa/36413/pm-disaran-cari-menteri-kewangan-baharu-pengasingan-peranan-demi-semak-imbang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii tak dan apa2 dah desak mcm2, penat tak habis dr day 1 jadi pm. Mampuih nk memuas hati semua org. Byk ckp sgt aihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:44 AM | Show all posts
aku rasa ok je dia jd menteri kewangan...tgk dlu cmne dia handle....
sbb dia xpenah lg dgr cerita menyakau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Luar Tabi'e.... Nafsu songsang.... Sebab tu tak tau malu buat benda2 tak normal...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana blh nuart suka2 tarik diri......nti macai cop dia x hormat arahan piem, senang ckp derhaka titah perintah piem 10
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ataupun pilih samada jd muntri kewangan atau PM...lagi parah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:15 AM | Show all posts
Zahid pun patut lepaskan jawatan TPM....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:24 AM | Show all posts
kalo nuar x jadi Menteri kewangan..TZ yg dah sah2 failed tu yg jadi, korang nak ke??




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
blh x kita wait n c dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:45 AM | Show all posts
Reymz replied at 5-12-2022 08:15 AM
Zahid pun patut lepaskan jawatan TPM....

kalau zahid lepaskan jawatan TPM,
Anwar terpaksalah lepaskan jawatan PM...
kena jadi Ketua Pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak bunyi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata semua lepaskan jawatan dan buat undi balik.
Sampailaaa semua org pueh hati
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:03 AM | Show all posts
Shayang replied at 5-12-2022 09:56 AM
Apa kata semua lepaskan jawatan dan buat undi balik.
Sampailaaa semua org pueh hati

membazir lagi duit rakyat 1 Billion
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 5-12-2022 09:56 AM
Apa kata semua lepaskan jawatan dan buat undi balik.
Sampailaaa semua org pueh hati

Kira kita mengundi je lah sepnjang th, meriah

Tak pernah dibuek org tapi ok ja msia kan perintis tgk 1mdb tu skandal kewangan terbesar di dunia, mana bleh chelen msia
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:07 AM | Show all posts
Shayang replied at 5-12-2022 09:56 AM
Apa kata semua lepaskan jawatan dan buat undi balik.
Sampailaaa semua org pueh hati

undi sampai mampuih pun belum tentu rakyat puas  hati
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:08 AM | Show all posts
Kalau di desaknya DSAI letak jawatan abis tue nak pass kat sapa jawatan tue?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 5-12-2022 10:05 AM
Kira kita mengundi je lah sepnjang th, meriah

Tak pernah dibuek org tapi ok ja msia kan per ...

Sikit je skandal 1mdb tu...x leh celen skandal 600B..msia byk duit sebenarnya klau skandal x main juta2 dah..semua puluh2 atau ratus billion
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca pengundi PN kata saper suruh undi PH
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:47 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 5-12-2022 10:50 AM

DSAI layak jadi menteri kewangan...rapiji gendut?? siapa lagi?? Tengku Zafrul..dia OK..
DSN- the best finance minister...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:48 AM | Show all posts
monreyes replied at 5-12-2022 08:52 AM
blh x kita wait n c dulu...

nak wait mcm najib bru nak gelabah ke ???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.121359 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list