CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Dunia] Berusia 190 tahun, Jonathan haiwan darat tertua dunia yang masih hidup

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


JAMESTOWN: Seekor kura-kura yang diberi nama Jonathan menyambut ulang tahun ke-190 hari ini, sekali gus menjadikannya sebagai haiwan darat tertua di dunia.

Kura-kura gergasi Seychelles itu kini tinggal di Saint Helena sejak 1882, selepas diberikan sebagai hadiah kepada gabenor pulau kecil Atlantik selatan ketika itu.

Jonathan sebelum ini pernah memegang dua rekod Dunia Guinness iaitu haiwan darat tertua yang masih hidup dan kura-kura tertua dari spesies chelonian.

Disifatkan sebagai haiwan yang sensitif, kura-kura itu pernah dipasangkan dengan seekor kura-kura betina yang dinamakan Frederica.

Namun, selepas 26 tahun ‘bersama’ pasangan kura-kura itu masih tidak bertelur menyebabkan pakar haiwan buntu.

Segala persoalan akhirnya terjawab selepas pakar mengesahkan Frederica sebenarnya adalah kura-kura jantan.

Pada November tahun lalu, pihak berkuasa tempatan menetapkan tarikh 4 Disember setiap tahun sebagai ulang tahun kelahirannya.

Haiwan itu dipercayai wujud sejak 1832.


https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/12/berusia-190-tahun-jonathan-haiwan-darat-tertua-dunia-yang-masih-hidup/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.116473 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list