CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 654|Reply: 8

[Politik] 'Kabinet Anwar adalah pentadbiran kerajaan luar tabii' - Sanusi

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PADANG SERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyifatkan Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pentadbiran kerajaan luar tabii.

Ini kerana katanya, Anwar melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet yang diumumkan kelmarin.

"Tsunami yang melanda ini yang patutnya difahami oleh semua orang ialah tsunami Melayu yang mahukan kerajaan bersih, stabil dan prihatin. Bukan kerajaan kleptokrasi, berpakat dengan 'cauvinis' tubuh kerajaan mengawal tingkah laku kita semua.

"Kehendak kita bukan macam tu, kehendak kita lain. Tsunami yang melanda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ) tidak sama sekali bermaksud melantik PH campur BN jadi kerajaan, tak bermaksud begitu.

"Kerajaan ini bertentangan dengan tabii, kerajaan ini kerajaan 'luar tabii'," katanya ketika berucap pada Jelajah Menteri Besar Kedah sempena pilihan raya Parlimen Padang Serai, di Taman Mutiara, Kulim, malam kelmarin.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, berkata pihaknya bimbang kerajaan 'luar tabii' itu sedang dinormalisasikan.

Katanya, kerajaan yang dibina Anwar sangat mengecewakan ramai orang termasuk dirinya.

"Ingat senang nak buat benda itu, tiba-tiba selepas lapan hari (Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri), benda yang paling kita tak mahu berlaku dalam negara ini ialah melantik seorang yang ada kes mahkamah begitu banyak, dengan tuduhan rasuah ratusan juta ringgit akhirnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Satu yang sangat di 'luar tabii'. Adakah satu tabiat yang betul melantik orang yang ada kes mahkamah jadi pemimpin negara? Tak betul tuan-tuan, tak boleh," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PN Kedah, berharap pengundi di Parlimen Padang Serai dapat menyedarkan semula pemimpin menerusi pilihan raya Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada hari Rabu ini.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1035203/kabinet-anwar-adalah-pentadbiran-kerajaan-luar-tabii-sanusi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah Nuart sendiri amalkan perkara luar tabie
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:00 AM | Show all posts
korang yg ego takma join PH pastu gebangbising.. adohaii.. ingat tak semua dapat majority nak bentuk gov.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi PA tuhan dah....

Bagi depa buat kerja dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:01 AM | Show all posts
"Kehendak kita bukan macam tu, kehendak kita lain. Tsunami yang melanda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15 ) tidak sama sekali bermaksud melantik PH campur BN jadi kerajaan, tak bermaksud begitu.


kehendak apa?.. kehendak individu atau kumpulan tidak terpakai dalam keputusan demokrasi. semua orang mengundi kot nak pilih siapa... apa hasilnya, itu adalah hasil undi semua orang bukan sebab nak kehendak seseorang..

jika tiada majoriti mudah 112 kerusi, maka salah satu jalan keluar ialah gabungan, siapa yang bergabung dapatlah membentuk kerajaan... kehendak mu itu simpan sendiri.. kalau hebat sangat sampai dapat memajukan negara ketempat yang tak pernah dicapai oklajuga..

modal dia bercakap cuma atas kehendak dia sahaja.. set set menteri besar fikir mcm ni... dah boleh baca fikirannya fokus hari2 berpolitik, kebajikan rakyat ala kadar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:06 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 5-12-2022 08:08 AM

mesti barua TUN yg tak senang duduk diam sbb tun memang benci DSAI, DSN & ahli UMNO...tapi tun bijak dia selalu guna org lain mungkin inilah kuasa akhir zaman, kuasa duit......yg dituduh belum lagi bersalah...nanti jadi fitnah...tun pula, org yg tak bersalah akan bersalah, kalau dia mau...undang undang pun boleh dia beli
saya takut tun ini puppet cina utk memacah belahkan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:20 AM | Show all posts
Rabak jugakkk...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:39 AM | Show all posts
harap DSAI saman dia ni..mulut jahat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 09:48 AM | Show all posts
Kalau PN nak jadi kerajaan pun tetap wak jahid jadi TPM kan kan.
Tak payah la buat statement suci bersih.
Ko tu pun asal pengkhianat mandat rakyat.
Nak dapat sokong kena melalui ketua blok so apa bezanya kalau midin tu gila nak jadi PM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.109609 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list