CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2681|Reply: 70

[Tempatan] Anwar tidak banyak pilihan, perlantikan Zahid kerna terpaksa

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri mungkin tidak popular dalam kalangan ramai orang tetapi ia adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan, kata penganalisis.

Penganalisis sosiopolitik Prof Awang Azman Awang Pawi berkata pelantikan presiden Umno dan pengerusi BN itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kedudukan yang ada padanya.

Jika tidak dilantik, katanya, ia boleh dianggap sebagai suatu diskriminasi.

"Pelantikan Ahmad Zahid adalah selaras dengan konsep undang-undang iaitu seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Ini adalah konsep dalam perlembagaan dan undang-undang di negara ini," katanya.

Pendapat itu turut dikongsi beberapa penganalisis lain yang berkata, sama seperti Ahmad Zahid, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berada dalam situasi memerlukan sokongan.

Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, James Chin, berkata kedua-dua tokoh terbabit memang bersahabat sejak sekian lama malah sejak 1990-an Ahmad Zahid dianggap sebagai anak didik Anwar.

Kata Chin memang ada ramai rakyat Malaysia - terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan bandar - berharap Ahmad Zahid tidak diberi tempat dalam kabinet Anwar berdasarkan statusnya yang sedang berdepan 47 pertuduhan rasuah di mahkamah.

"Tetapi hakikatnya Anwar tidak mempunyai banyak pilihan, baik dari sudut peribadi mahupun politik.

"Ini mungkin mengejutkan banyak pihak tetapi Ahmad Zahid mempunyai hubungan baik dengan Anwar dan merupakan salah satu sekutunya yang paling rapat sejak awal mereka menjadi aktivis politik muda di Universiti Malaya pada 1970-an," tambahnya.

Elak buat pusingan U

Chin berkata PRU ke-15 adalah pertandingan yang sengit yang akhirnya menjadikan BN sebagai king maker.

Seandainya Ahmad Zahid tidak menyokong PH pada masa-masa genting ini, katanya, peluang Anwar untuk mentadbir dan menjadi perdana menteri mungkin terlepas lagi.

"Apabila BN mencapai perjanjian 10 perkara dengan PH dan berikrar memberi sokongan membentuk kerajaan sebagai pertukaran bagi pelantikan timbalan perdana menteri, kita tak dapat fikir siapa lagi selain ketua Umno untuk menyandang jawatan itu,” katanya.

Menurut Chin lagi, hakikatnya Anwar juga perlu menyokong kedudukan Ahmad Zahid untuk mengekalkan Umno dalam kerajaan dan menghalangnya daripada melakukan pusingan U.

Pada masa sama Chin mengaku ada sekurang-kurangnya lima pemimpin kanan Umno secara terbuka menyatakan rasa tidak senang dengan Ahmad Zahid kerana bekerjasama dengan PH.

https://www.malaysiakini.com/news/646773

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 09:35 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
piji keluar dr pertapaan soon! *pru14 tu typo hokeh takleh edit katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:18 PM | Show all posts
semua sama je, gila jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
no dalil ala walaun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan. kalau x lantik ramai lg suka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjak si tertuduh tu ada jawatan dlm kabinet, byk plk gambarnya dimana2 dah la siap pakej ngan anak heols tu.. Semak betul lah, rasa nk samak2 je mato iols nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:55 PM | Show all posts
kata Anwar pemimpin integriti

baru 9 hari
lantikan pun dh jadi isu
terpaksa la tunduk dgn 30 kerusi

jgn percaya dgn sepet DAP
dulu masa Perak
tak perlu pun post MB
tapi dibelakangnya tuntut tanah 999 tahun
mujur kantoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Main target banhnon sejak dari dulu lagi sememangnya nak jadi PM

Dia peduli apa dengan prinsip, perjuangan banteras rasuah etc

Yanh dia tahu, target dia dah capai dah.. tinggal nak kekalkan je

Kesian acik2 bodoh yang ingat anwat nih berjuang demi rakyat kunun
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tak perlu dah justify. rakyat paham sapa big boss yg pegang krusi terbanyak in ph. kepada yg duk sokong anwar ni, byk2 la berfikir2 semula.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah susah2 nak justify
Impian nak jadi piem dah tercapai pun, buat tak tau saje, macam tak biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pada masa akan datang...

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 3-12-2022 10:20 PM
no dalil ala walaun

Petik azambelen, padahal lebihkurang je kan? Ko mengata aku, aku mengata ko. Ko bekap aku, aku bekap ko

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain kalau ada kes mahkamah tu kene duk umah bercuti.. ini dia siap naik pangkat lagi.. senang la hapus bukti.. buang kes…boooooo rito betul!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa percaya bangnon iols cuma nk ckap, kesian………..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke orang bodoh nak percaya kat lapiji si putar belit lagi hipokrit ni?
Save your breath la lapiji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rashiman at 4-12-2022 08:32 AM
kemaruk replied at 3-12-2022 10:56 PM
Main target banhnon sejak dari dulu lagi sememangnya nak jadi PM

Dia peduli apa dengan prinsip, per ...


Laungan berjuang demi rakyat, banteras rasuah hanya utk dapat sokongan dan undi aje itu kena wajib sentuh dlm kempen dan ceramah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid pun terpaksa sokong anwar jadi PM..
Masing2 terpaksa....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabinet of political survival apo nak heran. Ko tak rebut… org lain akan rebut dek
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana budk2 twitter yg sanjung abang non
Iols ade friend yg puji bang non bagai tetiba semalam uturn suh lapang dada
Nk lapang ape nye oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.135902 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list