CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1570|Reply: 23

[Politik] Edisi 'Woman on Top' 2022/23: Kebangkitan semula Azalina, Hannah

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-12-2022 02:37 PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipilih sebagai Menteri Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui kementerian terbabit mengulangi rekod menteri wanita sebelum ini iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Azalina pula dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Hannah juga pernah menjawat jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034482/kbs-kembali-diterajui-menteri-wanita

Fakta terkait...

YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said (lahir 31 Disember 1963) adalah Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO. Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat wanita pertama di Malaysia. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Pendidikan
Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Semasa belajar, beliau aktif dalam sukan taekwondo dan memegang tali pinggang hitam. Dalam beberapa acara yang dirasmikannya kemudian, beliau turut menunjukkan kehandalannya memecahkan atap genting.

Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dan jurusan undang-undang. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di ntv7.

Politik
Peguam muda ini menjadi ahli biasa UMNO di peringkat cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Mulanya beliau terlibat dalam Pusat Bantuan Guaman Biro Tindakan Sivil UMNO (2000-2004) - memberi khidmat undang-undang kepada rakyat yang kesusahan .Mengikut prosedur, pengadu boleh membuat aduan secara bersemuka, melalui telefon atau datang sendiri ke Pusat Guaman itu di Sungai Way, Petaling Jaya untuk membincangkan masalah yang dihadapi.

Beliau pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004. Pada 1 November 2002, sebagai Ketua Puteri UMNO, beliau secar automatik dilantik sebagai salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.[3]

Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008). Kemudian dilantik sebagai Menteri Pelancongan (18 Mac 2008 - 9 April 2009).

Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan Sisters in Islam.

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).


Pada 29 Julai 2015, Beliau menyertai kabinet semula,menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Azalina_Othman_Said

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Azalina wat lawatan ke Terengganu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-12-2022 09:07 AM

Ni bro azalina atau penyanyi azharina. Confuse pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jadi pengacara ke..ingat dulu dulu sebelum sheols terjun ke politik masa tu nak jd penaja putri umno bghn bukit bintang.weols budak practical kat satu firm ni kena gi masa miting pertama kali tu.jenuh nak kena ingat nama nak cadang nak sokong sambil gelak gelak..tak sangka bintang bro aza dlm politik bersinar terang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:50 AM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 3-12-2022 01:06 PM

Terobek!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-12-2022 09:07 AM

Lawooooo nya …suka tgk
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 3-12-2022 01:39 AM
Ni bro azalina atau penyanyi azharina. Confuse pulak.

Bro Azalina la. Dia pernah lawa camni as sis Azalina satu ketika dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-12-2022 09:07 AM

Bisa melontarkan panah arjuna...manisnya senyuman mu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 3-12-2022 10:11 AM
Bisa melontarkan panah arjuna...manisnya senyuman mu..

Dah beralih arah ko skg koko?

Kaki dah sembuh?

Tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik bila feminine.....
Knp lah tak dpt bezakn.....
Jln berliku jugak yg di pilih
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
eh dah 59 rupanya ingatkan 45 camtu, penah kawin ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-12-2022 10:00 AM
Bro Azalina la. Dia pernah lawa camni as sis Azalina satu ketika dulu.

Ohhh ok. Rupa nye dia pernah melawa satu ketika dulu. Harap2 sempat jadi bottom masa tu. Sekarang ni mmg posisi top jer la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 3-12-2022 02:26 AM
Ohhh ok. Rupa nye dia pernah melawa satu ketika dulu. Harap2 sempat jadi bottom masa tu. Sekarang  ...

Iya. Tapi melawa untuk poster saja la kot. Sebab bro Azalina memang bro dari zaman muda remaja. Bila aku google pasal dia baru tau dia ni bekas jaguh taekwando kebangsaan segala.





Lagi gambar2 heshe.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ezah azi fauzi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-12-2022 09:04 AM
Apa kata Azalina wat lawatan ke Terengganu dulu

Nak gi salon kat mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 12:46 PM | Show all posts

rupa cenggini..... rina harun renovated pun kalah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
iols takut ngn dia walau hanya tgk kat tv jaa hahahahaha
Sbb dia mcm ada satu aura yg buat kita lalu depan dia mesti nk tukar lorong lain.
Takut nk keje bawah dia, walau penampilan dia boyish tapi iols dpt rasakan dia jenis bekeng cam tipikal bos2 pompuan.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 02:50 PM | Show all posts
Hannah Yeo tu top ka? Macam bottom sejati ja

p/s - selalu confuse Hannah Yeoh dgn Yeo Bee Yin. Michelle Yeoh senyum sinis

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.139625 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list