CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 14

[Politik] Pembentukan kabinet tidak berlaku dalam masa terdekat

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA - Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan hampir pasti tidak berlaku dalam masa terdekat.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi pada Jumaat.

Setelah itu Anwar menghadiri program walkabout dan sesi beramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan.

Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat dan program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh selepas memenangi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berangkat ke Pekan Pahang untuk solat Jumaat dan majlis pengurniaan bot serta sumbangan kepada asnaf.

Al-Sultan Abdullah turut dijadualkan berangkat ke luar negara pada Sabtu ini.

Sementara itu, agensi berita melaporkan Anwar memohon penangguhan untuk mengumumkan senarai kabinet kepada minggu hadapan berikutan memerlukan lebih banyak masa.

Ia menjadikan Anwar telah bekerja enam hari secara keseorangan tanpa kabinet selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 25 November lalu.

Bagaimanapun tempoh itu dilihat masih relevan bagi setiap pemimpin yang dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan lapan hari sebelum mengumumkan senarai kabinet masing-masing.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-lapan pada 10 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan menumpaskan BN pada PRU14.

Muhyiddin pula mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas 22 bulan kerajaan Persekutuan diterajui Dr Mahathir berakhir.

Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya memerlukan lima hari untuk mengumumkan senarai kabinet selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.


https://www.sinarharian.com.my/article/234204/berita/nasional/pembentukan-kabinet-tidak-berlaku-dalam-masa-terdekat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Konpius ke bangnon…wife dgn anak pun nak jawatan jugak kot…
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm tunggu jo lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:10 PM | Show all posts
background ancor wat ka tu kat belakang
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pest control kabinet dapur tu sebelum pasang
Kot ler Ada warranty cert
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoooooo.. jangan kontraktor lari sudah leee kabinet tak siap2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2022 08:02 PM
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.

Amannnnnn siket dunia.. tapi kan anwar ni tegas worr... kadang2 kehadiran menteri yang ceredik dan pandai ambil hati PM neh... mmg memudahkan urusan utk dpt approval, endorsement apa2....

Tp kalo dpt menteri bodoh2 mcm rina harun, zuraidah, mat sabun pun lagi takleh pakai.. sbb tu kena ada disclaimer menteri cerdik pemudah urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik katanya petang besok pulak...mcm2 gimik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:43 PM | Show all posts
Highflyer19 replied at 1-12-2022 06:25 PM
Konpius ke bangnon…wife dgn anak pun nak jawatan jugak kot…

DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan

BN pun nak yg penting GPS pun sama
or mereka nak tarik diri

mungkin Bongnuar akan jadi mcm Tun M berhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 1-12-2022 11:43 PM
DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan

BN pun nak yg penting GPS pun sama

Liz truss 44 hari.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 1-12-2022 11:43 PM
DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan

BN pun nak yg penting GPS pun sama

X mungkin Pok Non ambik tindakan sama mcm atok..mungkin kah drama sakit masuk wad boleh di praktik kan untuk melenggah2kan permintaan kroni tuk berkuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm keadaan ekonomi dan keadaan rakyat yg pelbagai masalah timbul..
mmg mencabar bg pm skrg..
yg dah jd wakil kpd rakyat yg dah rakyat undi tu..
Xyah lengah2.. jln kan tugas.. ambik tau hal rakyat bawah jajahan.. kang lg ramai mati bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2022 08:02 PM
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.

Selama ni pun memang bureaucrats yang buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2022 11:44 PM
Liz truss 44 hari.

Trus bungkus hari ke 45 jd pm sejarah mungkin berulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.125409 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list