CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 5

[Tempatan] Jangan diganggu, biar Anwar buat kerja

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
SEJAK Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, kita disajikan dengan sedikit demi sedikit kelainan dalam pentadbiran beliau yang sememangnya agak ‘melegakan’ rakyat.

Bermula dengan janji untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri, Anwar kemudian bertekad mahu fokus kepada isu kos sara hidup rakyat seawal hari pertama bertugas.

Bagi membuktikan pentadbirannya berhemah untuk elak pembaziran, Ahli Parlimen Tambun itu sekali lagi mendapat pujian rakyat kerana menolak menggunakan kereta Mercedes S600, sebaliknya lebih senang pandu kenderaan sedia ada di pejabat sahaja.

Terbaharu, beliau menegaskan kelulusan perolehan tanpa tender juga dipastikan tidak akan berlaku lagi kerana tidak mahu Kerajaan Perpaduan yang diketuai ‘dicop’ mengamalkan rasuah.

Walaupun belum sampai seminggu Anwar menerajui Kerajaan Perpaduan, namun keseriusan dipamerkan bagi mengubah beberapa sistem yang ‘rosak’ sangat jelas kelihatan dan sudah tentu ia memberi petanda gelombang perubahan akan berlaku di negara ini.

Penambahbaikan yang beliau lakukan sepatutnya diraikan dengan hati terbuka sebagai tanda kita memberi peluang dirinya ‘buat kerja’ selepas mendapat mandat rakyat Malaysia.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila ada pihak cuba menyulitkan keadaan dengan memainkan sentimen propaganda dan tohmahan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Tidak cukup menggali isu lama, pihak tidak bertanggungjawab itu melancarkan serangan peribadi yang turut menyentuh diri dan keluarga Anwar, bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap dirinya.

Amat menyedihkan, tinggal sebulan sahaja lagi menuju ke tahun 2023, ada yang masih mahu mengamalkan politik kebencian tidak matang dan jumud, sama seperti kita masih di era 1970-an dan 1980-an.

Sepatutnya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sudah berlalu ditinggalkan dengan penuh memori manis dan masanya sudah tiba untuk rakyat move on.

Pemimpin sudah dilantik, kerajaan juga telah dibentuk. Jadi, kita beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan ini. Sekarang masa untuk fokus bangunkan bangsa dan negara, bukan cari salah sesiapa.

Untuk lima tahun ini, berilah peluang Anwar buat kerja. PRU16 nanti kita analisis semula.

https://www.sinarharian.com.my/article/233943/suara-sinar/lidah-pengarang/beri-peluang-anwar-buat-kerja



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 10:59 AM | Show all posts
Jangan digangu, biar PM diberi kebebasan membuat keputusan melantik pasukannya  membuat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:10 PM | Show all posts
Bila nak lantik Menteri Kabinet ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
#janganganggu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 12:30 PM | Show all posts
mana pyropura bangcak zorro???

jadi setpol dah ke??

mantap arr

korang yang lain2 ni tak dapat ke???

jadi macai arr sampai bila2 kat forum ni khueeeeeeeeeeeeenzst??

prffffffffffffffffght

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:06 PM | Show all posts
semoga tiada lagi langkah langkah mengarut pintu belakang selepas ini dari pihak SANA.
kerana merekalah politik kita jadi cacamarba dan rakyat yg ,menderita. duit kerajaan habis berbiliion2 nak buat PRU yg tetiba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.099377 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list