CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 5

[Tempatan] Berpantang maut sebelum ajal:Wanita tidak mengalami kecederaan walaupun kereta remuk habis dalam kemalangan

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-11-2022 05:16 AM


Melaka: Berpantang maut sebelum ajal. Itu terjadi kepada seorang wanita selepas keretanya remuk teruk dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang juga peniaga kek lapis tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun Proton Wira dipandunya remuk teruk dengan bahagian bumbung hampir terputus selepas merempuh belakang lori 25 tan yang membuat pusingan U.

Mangsa, Maizatul Mad Said, 49, ketika dihubungi hanya mampu mengucap syukur kerana terselamat dalam nahas itu.

"Alhamdulillah memang tidak ada apa-apa, Allah lindung saya. Satu kaca pun memang tidak kena walaupun orang tengok bumbung dan sampai macam itu, tersepit pun tidak. Syukur Alhamdulillah, masih diberi nyawa.

"Saya sendiri pun terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa, malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman," katanya.

Menceritakan semula kejadian, ibu kepada seorang anak itu berkata, dia sedang menuju ke tempat berniaga di Pantai Klebang selepas menghantar anak perempuan tunggalnya yang habis bercuti semester ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jasin.

Katanya, ketika menghampiri tempat kejadian dia melihat lori berkenaan membuat pusingan U dan sempat menekan brek, namun gagal memberhentikan kereta lalu melanggar belakang lori berkenaan.

"Saya dah tekan brek tapi disebabkan mungkin kerana lori itu agak panjang, maka tak lepas. Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sehinggalah kereta merempuh belakang lori dan apabila terhenti tangan saya masih memegang stereng.

"Saya kemudian membuka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baru saya sedar, kereta sudah 'total lost' sebelum orang ramai datang melihat kejadian," katanya.

Menurutnya, walaupun mengalami kerugian besar kerana keretanya musnah sepenuhnya selain barang jualan rosak, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang disifatkannya ajaib itu.

Ditanya, sama ada mengamalkan doa tertentu hingga memungkinkan terselamat dalam nahas itu, Maizatul berkata, dia hanya membaca Bismillah dan doa naik kenderaan setiap kali memasuki kereta selain membaca surah al-Fatihah sebanyak 40 kali jika hendak berjalan jauh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 5.30 petang.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori datang dari arah Muar menghala ke bandar Melaka membuat pusingan U di kawasan yang dibenarkan.

"Pada masa sama, bahagian belakang lori dilanggar kereta dipandu wanita terbabit yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Jasin menuju ke Klebang untuk berniaga," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


meta sos : https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/909...ak-kena-metrotv

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 06:45 AM | Show all posts
soo yg tersepit... mati eksiden tuh sbb x baca alfatihah 40x ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta lama... remuk bertocang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 07:58 AM | Show all posts
dah bukan ajal dia, belum sampai masanya. Moga dapat terus mengingati Allah dengan lebih kuat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya tgk keta tu sampai takde bumbung.Macam mana sikit pun dia  tak cedera ya?
Dah mcm final destination plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:41 AM | Show all posts
panjang umur dia. kalau belum sampai waktu remuk mcm ni xjd apa2 tp kalau dh sampai waktu dlm tidurpn leh pegikan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.103577 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list