View: 1168|Reply: 19
|
[Tempatan]
Nilai ringgit kembali susut berbanding dolar AS
[Copy link]
|
|
NILAI ringgit menyusut sedikit daripada kenaikan yang dicatatkan minggu lepas dan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh pengukuhan nilai dolar AS selain kemerosotan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4795/4890.
Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, peniaga dilihat mencari perlindungan dengan mendapatkan dolar (mata wang selamat) di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan global, sementara menunggu ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengenai kenaikan kadar pada hari Rabu.
"Permintaan untuk dolar AS bermula selepas Rizab Persekutuan pada Isnin menukar nada dan cenderung terhadap kenaikan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Innes berkata, harga minyak kekal tidak menentu ekoran berita yang kian meluas antara menambah dan mengurangkan bekalan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.46 peratus kepada AS$82.81.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniaga bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nilai mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2628/2705 daripada 3.2573/2645 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2425/2500 daripada 3.2118/2188.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3852/3971 daripada 5.4094/4209 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6530/6633 daripada 4.6551/6650 minggu lepas. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/233810/bisnes/nilai-ringgit-susut-berbanding-dolar-as |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 29-11-2022 03:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ringgit susut, bursa jatuh, yg naik cuma harga telur…mcm terbalik pulak lepas PH jd kerajaan…prove your mettle anwar…come on act fast |
|
|
|
|
|
|
|
ni misti kerja orng yg tak nak piyem,kjaaan,negara ni...elok2 belaka. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini ler padah bila sentimen penaruh luar react pada ketidaktentuan politik negara kita...
You can take your own sweet time naming your kabinet anwart..... |
|
|
|
|
|
|
|
Good news for me
At least  |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia kejap naik kejap turun..apedehal... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap paling tinggi pun 1usd = rm5... senang nak kira |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa
isu kecik ni
apa2 pun,PH perlukan Zahid dlm Kabinet
sure pelabur bertambah yakin 
lagipun kalau Zahid tak membantu 30 kerusi
tak jadinya Anwar naik PM10
so masukkan jugak Zahid dlm list kabinet |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak naik rm5? jenuh tak beli toilet roll lagi nehhh  |
|
|
|
|
|
|
|
Terdesak nak jadi PM sampai sanggup bergabung dgn Mat Sakau |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa Zahid dgn 30 kerusi dan sebagai bakal TPM
tak mungkin Anwar jadi PM10 |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 30-11-2022 01:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
R2D2 replied at 29-11-2022 10:55 PM
tanpa Zahid dgn 30 kerusi dan sebagai bakal TPM
tak mungkin Anwar jadi PM10
Tepat sekali…kalau tak disebabkan zahid baik dgn anwar rasanya kerajaan skrg adalah BN dan PN sebab inilah kehendak ramai org kita…but anyway kita tengok apa keajaiban yg anwar blh buat… |
|
|
|
|
|
|
|
Isu UEC tu satu lg..kang x penuhi tarik sokongan.. mcm mn Pak Non settlekan.. Kalo ikut abis kn maki rakyat Melayu..hilang la respect..X ikut hilang sokongan |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-11-2022 03:44 PM
ni misti kerja orng yg tak nak piyem,kjaaan,negara ni...elok2 belaka....
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
semlm ada satu analisis
semua parti komponen nakkan jawatan TPM
susah jugak part ni
kalau tak layan
goyah la PM10 
biasa kalau peringkat negeri
kepala yg ketuai lompat tu , ADUN tu akan diberi post EXCO
kalau peringkat pusat
kepala tu mesti post menteri penuh paling busuk pun |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 29-11-2022 03:56 PM
tak apa
isu kecik ni
apa2 pun,PH perlukan Zahid dlm Kabinet
Jd TPM lebih tepat dgn kuasa yg luas. Bkn hanya setakat TPM pd nama sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Plot twist: PAS join kerajaan dan Hadi Awang dilantik TPM dan Menteri Agama. Ini lg stabil |
|
|
|
|
|
|
|
Eh xper...ringgit turun jah..lagi pun hr tuh dah naik sekali hr pertama jd pm..kita kan nk pembaharuan katanyaaaa...???? |
|
|
|
|
|
|
|
dapat mercedes s600 tak kalo jadi tpm?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|