CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1596|Reply: 19

Bukan Salah Wings, Awie Kata Kelantan Dah Lama Jahanam!

  [Copy link]
Post time 8-10-2022 12:59 AM | Show all posts |Read mode
Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie kesal dengan tindakan beberapa pihak yang menuduh kehadiran band muzik itu dalam sebuah konsert di Kelantan baru-baru ini, seolah-olah telah mencalarkan imej negeri itu.

Menurut Awie, konsert yang hanya berdurasi satu malam itu tidak terlalu besar impaknya sehingga boleh meruntuhkan akhlak warga negeri itu dengan tiba-tiba. Lagipula, konsert itu diadakan dalam keadaan tertib iaitu dipisahkan tempat duduk mengikut jantina.

“Bagi saya mudah sahaja, kalau manusia itu betul-betul mahu berubah bukan setakat kepada sesuatu yang jahil, mengisi sedikit ruang untuk berhibur adalah tidak salah.

“Untuk rakyat di sana, supaya tidak pergi ke seberang (Thailand) berhibur sehingga tidak tentu arah dan memberi kesan teruk, lebih baik duduk berhibur di negeri sendiri, lagi terjaga dan terjamin.

“Jangan terlalu ekstrem menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu, bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku. Kita gunakan kepandaian kita untuk jadi lebih baik.

“Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan di negeri itu dengan menuduh rakyat negeri itu terus itu jadi jahanam, tidak boleh begitu. (Kelantan) sudah jahanam lama dah,” katanya ketika ditemui Getaran pada sesi sidang media Konsert Naga Kramat baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu merasakan ada beberapa pihak seolah-olah  sengaja mencetus isu ini untuk dijadikan bahan kontroversi parti politik tertentu.

“Ini sebenarnya permainan politik. Janganlah, jadikan penganjuran konsert begini sebagai permainan politik, tidak elok.

“Sebaliknya gunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri itu untuk menjadi lebih baik, agar rakyat terjamin.

“Kalau nak cerita tentang masalah yang ada di situ, memang dah sedia ada banyak kes dah dengan pelbagai jenayah, itu yang perlu diambil kira, bukan sebab konsert itu.

“Saya siap selawat dan nyanyi lagu Arab pada malam itu untuk rakyat Kelantan. Sudah masanya kita sedikit terbuka dengan anak muda barulah anak muda akan sokong mereka di samping majukan pelancongan,” tambahnya.

Terdahulu, Wings dijemput menghadiri Konsert Riuh Sokmo pada September lalu Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan Datuk Ramli Sarip.

Terkini, Wings bakal tampil dengan konsert terbaharu pada 22 Oktober di Zepp Kuala Lumpur. Tiket Konsert Naga Kramat itu sudah dijual menerusi atas talian www.ticket2u.com.my/nagakramat bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2022 01:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ore kelate serambi mekah sila masuk mencemar suci dan beri sepatah dja kata
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsert wayang etc haram
Dadah senang sgt nk dpt mcm diorg xkisah je buat2 xnmpk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat sinun punya banyak masalah & jenayah besar lain (dadah, seludup barang sana sini) tapi highlight benda gini juga punca
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu... x dpt enjoy kat kelate, reramai turun golok
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:46 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 8-10-2022 08:18 AM
Ore kelate serambi mekah sila masuk mencemar suci dan beri sepatah dja kata

betul la tu, i setuju apa yg awie ni cakap
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuuu bangwie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik tergelak Awie cakap
“We are from Bangladesh”

Masa konsert F1 baru ni
Tapi powerrrr lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 8-10-2022 11:47 AM
Macik tergelak Awie cakap
“We are from Bangladesh”


Awie dan Wings memang berbisa.

Tapi tak faham, kenapa Bangladeshi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:28 PM | Show all posts
tapi memang betul pun apa awie kata tu... dah sah2 negeri dah jahanam, baru nak fefeeling konon satu konsert dah melumpuhkan seluruh belia negeri tu....

nah kaka throwback dangdut depan tesco kb... sambil tu nak berlatih twerking jap ikut rentak muzik video ni i love kpop (kelantan pop)


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 8-10-2022 10:37 AM
Betul tu... x dpt enjoy kat kelate, reramai turun golok

hdup lg ke golok?mati dah kawasan tu...ramai org g hatyai katanyaa..dah tak g golok..muahahahahah...kelate & pil kuda tak dpt dipisahkan...haahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Mereka cari hiburan di seberang sungai. Huha
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dengan tokwie..masa study ramai je mek kelate tak balik hostel malam minggu ikut jantan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:32 PM | Show all posts
Fazzbulous replied at 8-10-2022 09:44 PM
hdup lg ke golok?mati dah kawasan tu...ramai org g hatyai katanyaa..dah tak g golok..muahahahahah. ...

org gi lagi u, makanan golok sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 8-10-2022 08:28 PM
tapi memang betul pun apa awie kata tu... dah sah2 negeri dah jahanam, baru nak fefeeling konon satu ...

Astagaaa kaka. Bapok ke dia ni. Agak manlook. Tp wajah bukan persis desa akan tetapi level ulu banat xde letrik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 8-10-2022 10:37 AM
Betul tu... x dpt enjoy kat kelate, reramai turun golok

Rakyat kelantan pi golok lagi senang dr rakyat selangor nak pergi klcc..seberang ja sungai..tanpa passport..dah smpai..dah puas jimba balik la
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 11:17 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 8-10-2022 08:28 PM
tapi memang betul pun apa awie kata tu... dah sah2 negeri dah jahanam, baru nak fefeeling konon satu ...

Pprt darat punya pesen.



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kes ejen kosmetik kena culik dkt sana pun dh seriau. Senang plak tu bolos masuk siam smp ke laos nun. Sbb tulah jgn extreme sgt tutup pawagamlah, xleh konsertlah, last2 suma dok memerap dlm rumah, tu yg tiba dtg bisikan ablasa srh ratah anak sendiri lah. Bodoh piang pny pemikiran pak lebai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-10-2022 08:25 PM
Awie dan Wings memang berbisa.

Tapi tak faham, kenapa Bangladeshi?

Sebab dia nyanyi lagu melayu
Audience banyak bangsa luar
Saja lah dia buat kelakar sebab mat saleh tak faham dia borak apa hihi
Tapi besttt
Ticer tengok ler kt YT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.161337 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list