|
Selebriti Wanita Baru Cerai Kantoi Pergi Bercuti Bersama Pelakon Lelaki Kacak Yang Masih Bujang
[Copy link]
|
|
Nad, Ungku Ismail pergi Bali atas urusan kerja

Nad (enam dari kiri) dan Ahmad Tarmimi (tujuh dari kiri) serta tenaga kreatif filem Denu pada majlis pelancaran di Ampang, semalam. Foto NSTP Rohanis Shukri
AMPANG: Pelakon Nad Zainal menepis dakwaan bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali seperti yang hangat diperkatakan netizen, baru-baru ini.
Tidak berniat menyembunyikan situasi sebenar, Nad menjelaskan, pemergiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi.
"Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi.
"Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu.
"Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media sosial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak 'cover line' (berselindung).
"Kita memang sengaja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok," katanya.
Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama.
Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.
"Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta.
"Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube.
"Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama.
"Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama.

Nad menjelaskan pemergiannya ke Bali bersama Ungku Ismail adalah atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi. Foto NSTP Rohanis Shukri
"Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama," katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Denu di sebuah hotel di sini, semalam.
Filem berkisar kehidupan Primadona Mak Yong itu diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Selain Nad yang memegang watak Asmah, filem menelan kos RM1.8 juta dibintangi pelakon handalan seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... i-atas-urusan-kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 12-10-2022 10:22 AM
Raline replied at 12-10-2022 10:03 AM
Nad, Ungku Ismail pergi Bali atas urusan kerja
Yelah tu ber yang yang..Tom Hardy Emma Stone bagai |
|
|
|
|
|
|
|
 husnuzon
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kita memang sengaja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok," katanya.
Ye nok, weolls boleh nampak betapa menggeletisnya anda  |
|
|
|
|
|
|
|
membongak je kome ni la.. menggeletis nye kalahkan BBNU |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca kt fb ada yg bagi list termasuk nama elakun lelaki gayah tu pastu nama elie suyati pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 12-10-2022 12:05 PM
aku baca kt fb ada yg bagi list termasuk nama elakun lelaki gayah tu pastu nama elie suyati ...
Apa kaitan elie suriati ex datin seri azri iskandar dalam hal ini yach?  |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya perancangan nak ke sana sini. Ada ke yang nak tengok ????.
Nak buat company produksi, bukan ke ui ni ada company sendiri.  |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 12-10-2022 12:15 PM
Apa kaitan elie suriati ex datin seri azri iskandar dalam hal ini yach?
Oo..dlm fb tu org komem2 bgi la lists rexently devorced artis..salah satu dia eli suryati. Pstu ada nazimiah |
|
|
|
|
|
|
|
ye la tu youtube channel .. ntah2 utk cover je tu ..
tak tau la kalau dpt berjuta view nnti kan .. rengsa aku nengoknyer ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|