CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1417|Reply: 20

Duda Dakwa Bekas Isteri Dera Anak 2 Tahun- Badan Luka, Kuku Nak Tercabut, "Mummy Buat"

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa bekas isterinya melakukan penderaan terhadap anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.


Wan Iqbal Shafiq Ab. Hamid memberitahu, dia mula menyedari anaknya menjadi mangsa penderaaan setelah mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan bekas isterinya di Kuala Lumpur, bulan lalu.


Pada awalnya dia mengesan terdapat beberapa kesan luka pada badan anaknya, selain kuku kaki anaknya seolah-olah telah dicabut.




Foto: Utusan




“Saya berpisah dengan isteri sejak tahun lalu dan setiap bulan saya akan mengambilnya untuk dijaga selama seminggu. Jadi, ketika saya ambil dia pada bulan Julai lalu, saya lihat ada bekas luka seperti dicubit menggunakan kuku.


“Saya bertanyakan perkara itu kepada bekas isteri, namun, dia tidak mahu mengaku melakukan perbuatan tersebut. Tetapi, apabila saya tanya pada anak, dia beritahu ‘mummy’ yang buat.


“Saya percaya kerana budak sekecil itu tidak pandai menipu. Jadi, apabila pulang ke Johor Bahru saya terus membuat laporan di Balai Polis Setia Indah,” katanya di sini.


Wan Iqbal Shafiq turut membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) dan pihak hospital mengesahkan ada tanda-tanda penderaan berlaku.


“Sejak kejadian itu, setiap kali saya ambil anak daripada bekas isteri, saya akan periksa badannya. Pada Ogos lalu, saya buat laporan polis kedua kerana terdapat kesan lebam pada tangan kanan dan kiri anak. Anak seperti sudah tidak mahu kembali duduk bersama-sama ibunya kerana setiap kali mahu hantar pulang dia menangis kerana enggan ke sana.


“Pada waktu ini, saya mendapat hak penjagaan sementara hingga akhir bulan ini, namun, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan hak jagaan akan diserah kembali kepada bekas isteri selepas ini. Perkara ini merunsingkan saya sehingga ganggu fokus dan prestasi saya di tempat kerja dan digantung kerja kerana kerap mengambil cuti untuk menguruskan situasi ini.


“Harapan saya supaya pihak JKM dapat memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan anak sekiranya hak penjagaan diberikan semula kepada ibunya,” katanya yang tinggal di Bandar Dato’ Onn, di sini.


Wan Iqbal Shafiq turut melahirkan perasaan kecewa terhadap pihak polis kerana setelah dua laporan dibuat dengan disertakan laporan perubatan oleh pihak hospital, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.


“Pegawai penyiasat memberitahu kes berkenaan tidak dapat diteruskan. Saya memang kecewa, rasa marah pun ada. Tak akan hendak tunggu anak saya sudah tinggal separuh nyawa baharu mahu bertindak.


“Pegawai berkenaan kata saya boleh membuat tuntutan hak penjagaan anak, tetapi, dalam soal ini saya mahu ambil tindakan undang-undang. Mereka (polis) kata tiada saksi, tetapi mengapa tidak pergi membuat siasatan dan mengambil keterangan pihak terlibat, malah taska tempat anak saya bersekolah juga telah maklumkan ada kesan lebam, pergilah siasat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berkenaan.-CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan Ayah ini. Semoga DiPermudahkan Urusan beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis mcm biase. Kerje nak senang.. Dh ade kematian nnti barulah acah2x prihatin... Puihh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haihh kes dera budak pun pulis boleh buat rilek je. Tak kesian ke wei budak umur camtu dah kena macam ni dengan mak sendiri pulak tu. Bapak tu bukan mintak custody pun, mintak cek je ex-wife tu dulu. Itu pun susah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:51 PM | Show all posts
bekas isteri kabel bsr kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak tiri kje kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis pemalas
Cuba kalau bapak mangsa ni vip, mesti dan2 tu siasat
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran.  Pompuan sundal kutip wat bini.  Pompuan baek2 tak pandang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ibu dah kejam..ayahnye ambik le anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la kata polis tu,  tuan sila buat tuntutan penjagaan penuh anak tu,  dah cukup bukti anak didera dalam penjagaan ibunya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsep polis. Kejadian berlaku di kl, kena report di kl
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
polis memang. x efficient lansung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah reportnya pun pada polis. Memang gitu je lah kerja theyols. Sebab bukan kes penting katanya. Kena ada yang mati baru lah terkial2 semua cari kunci keta start
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis bila kes terlalu banyak, Dorang pun dah imun takda rasa simpati. Takda rasa perikemanusiaan. Bukan masalah dia katanya. Last2 akan kata ni masalah rumahtangga masalah peribadi. Tak masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka (polis) kata tiada saksi, tetapi mengapa tidak pergi membuat siasatan dan mengambil keterangan pihak terlibat, malah taska tempat anak saya bersekolah juga telah maklumkan ada kesan lebam, pergilah siasat…setuju dgn kata2 abam ni lagipun budak2 takkan menipu bab2 ni…
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mom from hell!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 12:58 PM | Show all posts
Ramai je macam tu bila bercerai lepas geram marah pada anak, anak juga tetap jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila viral ni mcmana agaknya
Betul kan..kena viral dolu baru ada tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik jelah bapaknya jaga takyah mohon2 penjagaan bagai kalau dah maknya pun mendera. Gila. Si bapak patut takyah pulangkan kat maknya kalau hasilnya begitu memedihkan. Kesian tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu Bapa xpulang Kan anak kpd x Bini puaka Tu, nanti takut2 sipuaka buat report Anak diculik xlaki SBB die Ada hak penjgaan penuh..yg JKM pun cuma BG kat Bapa sebulan jer hak penjgaan..pastu kene htr BLK dekat sipuaka mak lampir..

Den xblh brain..mcm xde langsung tindakan yg efficient dlm kes ni..polis sekadar nasihat tanpa buat siasatan lanjut..JKM hny BG sebulan penjgaan...?????? Gitu je..

Bunyi kejam..tp klu gitu..dgn sibapa SMP kene gantung kerja TP tetap xdpt buat ape2 utk dpt hak anaknya..mmm biarla Allah SWT amik ko cpt2 dik..Dr ko membesar hidup dlm kesurupun dgn emak puaka KO dik...den kesian kat KO dik...mmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.116715 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list