CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 11

[Dunia] Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KIEV – Sebuah bilik seksaan didakwa milik Russia, di mana mangsa dikatakan dipaksa menyedut asap selain gigi mereka turut dicabut  ditemui di bandar Kharkiv, Ukraine, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bilik seksaan digelar Auschwitz mini itu ditemui di perkampungan Pisky-Rad’kivs’ki, Kharkiv, di mana penduduk tempatan mendakwa ada mangsa yang ditanam secara hidup-hidup.

Beberapa rakaman imej didedahkan selepas askar dan orang awam dikatakan ditahan di bilik seksaan itu dan dipukul.

Imej-imej menunjukkan terdapat bekas plastik  dipenuhi dengan gigi emas dan topeng muka gas yang dikatakan digunakan untuk memaksa mangsa menyedut asap daripada kain buruk yang dibakar.

Beberapa mangsa terselamat berkata, mereka ditahan di situ selama berminggu-minggu dan diseksa semasa disoal siasat sehingga mereka memberitahu nama penduduk setempat yang menawarkan bantuan.

“Penduduk setempat sering terdengar bunyi jeritan dari sini. Pasukan penyiasat menemui sebuah bilik seksaan yang kejam di kampung ini.

“Polis telah diberitahu mengenai seksaan yang berlaku di sini termasuk menanam mangsa secara hidup-hidup dan menggunakan topeng muka yang mengandungi asap kain buruk,” kata Ketua Penyiasat wilayah Kharkiv, Serhii Bolvinov.

Bolvinov berikrar bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti penyiksaan  itu akan dihukum.

Russia sebelum ini berkali-kali menafikan pencabulan hak asasi manusia sejak tenteranya dihantar berperang ke Ukraine pada Februari lalu. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2022/10/06/sebaldi-gigi-emas-ditemui-dalam-bilik-seksaan-di-ukraine/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
...ada mangsa yang ditanam secara hidup-hidup...ini benar2 kejam
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekejaman yang dah serupa macam askar Jepun dan militan Serbia
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:05 PM | Show all posts
manusia saitan gileeee ko kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 7-10-2022 02:45 PM
Kekejaman yang dah serupa macam askar Jepun dan militan Serbia

Cabut gigi emas ni lebih kepada Nazi. Cabut semua gigi orang hidup dan mayat yang dah kena gas sambil belah perut dan selongkar kalau2 ada barang kemas yang ditelan. Rambut dicukur dan guna untuk industri atau isi tilam. Lemak kalau ada diguna untuk sabun dan bahan bakar tapi lemak sangat sedikit sebab semua kurus kering kebuluran. Kulit ada yang guna sebagai leather. Tulang dihancurkan dan diproses jadi baja untuk ladang2. Semua pakaian dan beg mangsa dirampas dan diproses. Selalunya, mangsa yang digas tu diproses oleh anak bini suami isteri sanak sedara sendiri yang menjadi buruh paksa Sonderkommando sebelum dia sendiri digas berapa bulan kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 7-10-2022 04:14 PM
Cabut gigi emas ni lebih kepada Nazi. Cabut semua gigi orang hidup dan mayat yang dah kena gas sam ...

Dasyatnya……memang gerun sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:35 AM | Show all posts
what to expect dari negara komunis
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 02:36 PM | Show all posts
aku lebih curious berapa kilo emas tu boleh pulak tak kena curi oleh askar sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah jahat sangat eh
Ni semua dari pemimpin tak guna jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 7-10-2022 04:14 PM
Cabut gigi emas ni lebih kepada Nazi. Cabut semua gigi orang hidup dan mayat yang dah kena gas sam ...

Kejam dan zalim nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun geli geleman...eeeewwwww...uwekks... tp klu dijual..laku X?? Brapelah dpt untung ye klu lebur Dan dijual.. kehkehkeh

Blh Jual dekat penyanyi hip hop black.. kehkehkeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.115904 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list